44 Dato Adam

Romance Series 4617

Selepas mesyuarat dengan Dato Adam.. Hakimi terus keluar tanpa menghiraukan Dato Adam yang masih berada di dalam bilik mesyuarat itu.

Senyum sinis terpamer diwajah Dato Adam.

"Hari tu Mokhtar..Sekarang kau pula Hakimi. Jangan sesekali terfikir untuk menghancurkan hati anak aku. Sama seperti menempah maut". bergerak gerak rahang Dato Adam menahan geram..kemudian ketawa perlahan.

Tanpa menunggu lebih lama..Dato Adam segera meninggalkan bilik mesyuarat tersebut dan terus keluar. Dia perlu bertemu seseorang untuk menjayakan rancangannya.

------------------------------

Hakimi telah sampai ke keretanya. Sofea dan Adruce yang berada di dalam kereta segera keluar apabila melihat kelibat Hakimi.

"Tak pe.. masuk dalam kereta." arah Hakimi.

Seketika kemudian..mercedes hitam itu bergerak laju meninggalkan perkarangan bangunan Pejabat Urusan Royal Holding.

Adruce tenang memandu..sementara Sofea yang berada di sebelahnya menjeling ke arah Adruce.
Suasana sunyi itu menimbulkan satu rasa yang canggung.

#Flashback#

"Kimi.. boleh uncle bercakap dengan kamu....alone" tajam anak mata Dato Adam menikam mata Hakimi.

Hakimi cuma mengangguk kepala ke arah Adruce dan Sofea supaya mereka beredar.

"Ada apa Dato nak bercakap dengan saya. Rasanya masa meeting tadi..semua dah jelaskan?. But I pelik..about syarat yang Dato tak mention masa meeting tadi.. Why?" tanpa berlengah lagi Hakimi terus melontarkan pertanyaan. Tidak perlu lagi Dato Adam ingin bermain tarik tali.

Walau apa pun yang akan terjadi...pasti ia tetap akan memihak pada Dato' Adam. LICIK guman Hakimi.

"Sabar young man. Take your time. Relaks" Angkuh sekali Dato Adam berbicara.

"Maaf Dato. Saya ada banyak kerja yang perlu saya selesaikan. Bagi saya...dapat atau tidak projek Kondominium tu....saya tak kisah. Untuk menjual maruah saya dan keluarga saya...tidak sama sekali Dato." Kali ini..tenang sahaja tutur bicara Hakimi.

Ah..budak mentah ini. Kau belum kenal sape Dato Adam.

"ok Kimi.. Uncle direct to the point. You just setuju untuk jadi menantu uncle..that project is yours. DEAL?" Kali ini Dato Adam sudah tidak betah berdolak dalih.

"As I said before Dato. Saya takkan jual maruah saya. Sorry!!" tanpa menoleh lagi..Hakimi terus menapak keluar dari bilik mesyuarat Royal Holding.

#end flashback#

"Boss.. are you ok" Suara Sofea mematikan lamunan Hakimi.

"its ok Sofea. You dah buat appointment dengan Tan Sri Megat?"

"Dah boss. Lusa pukul 11 pagi. Lepas appointment dia ajak you lunch. Dia nak kenalkan you dengan kawan dia"

Hakimi hanya mengangguk. Perlahan dia menyandarkan kepala ke belakang dan mula memejamkan mata.

----------------------------

Hawa merenung Dato Mohsin yang tidur sejak sejam yang lalu. Rindu yang tertahan selama ini..akhirnya terlerai. Tidak puas matanya menatap seraut wajah tua yang tertidur pulas itu.

Tok..Tok..Tok

Hawa menapak ke pintu bilik wad dan memulas tombol pintu.

"Hawa.. ni Pak Hamid hantarkan makanan untuk Hawa dan Dato'" Senyum terukir di wajah Pak Hamid melihat anak majikannya itu.

"Terima kasih Pak Hamid. Masuk lah.. papa tidur tu. Pak Hamid apa khabar? Sihat ke?"

"Alhamdulillah. sihat orang tua..macam ni lah Hawa. Pak Hamid dah nak pencen..tapi Dato tak kasi. Dia suruh Pak Hamid buat kerja- kerja ringan je sekarang ni"

"Papa dah anggap Pak Hamid macam keluarga. Kalau Pak Hamid berhenti..Mak Nab pun mesti berhenti juga. Sunyilah rumah tu tak ada orang."

"Itu lah.. sejak Hawa tak ada..bertambah sunyi. Lepas ni Pak Hamid harap rumah tu kembali ceria macam dulu."

"InsyAllah Pak Hamid"

"Kalau macam tu.. Pak Hamid beransur dulu. Petang nanti Pak Hamid bawa Datin ke sini. Mak Nab pun nak ikut nanti. Katanya nak melawat Dato dan nak jumpa Hawa sekali"

"Ye lah Pak Hamid. Hati-hati memandu. Kirim salam pada Mak Nab. Terima kasih hantarkan makanan ni"

------------------------
Jam menunjukkan hampir 5 petang. Ila..Aina dan Kamalia mula berkemas untuk menutup butik.

Hawa meminta mereka menutup butik lebih awal sekiranya dia tidak dapat ke butik.

"Ok..semua dah siap. pintu pun dah kunci. Esok jangan lambat datang kerja tau." pesan Kamalia.

"InsyaAllah kak Lia. Ila balik dulu ye. Sekejap lagi bas akan sampai" Ila meminta diri untuk pulang.

Aina dan Kamalia mengangguk dan tersenyum. Mereka berbalas lambaian dan terus bergerak menuju destinasi masing-masing.

Ila menapak ke arah stesen bas yang berdekatan. Telefon bimbit yang berbunyi minta diangkat itu menghentikan langkah kakinya.

Bibirnya mengorak senyum melihat nama yang tertera.

"Assalamualaikum" Ila memulakan hicara.

"Waalaikumussalam . Ila dah nak balik ke" Suara Hakimi terdengar di hujung talian.

"Haah. Ni tengah jalan nak ke bus stop depan tu. Abang Akim kat ofis ke? uncle macam mana?" Kaki Ila mula menapak menuju ke perhentian bas. Walaupun berbual di telefon...dia perlu segera ke perhentian bas supaya tidak ditinggalkan bas hari ni.

"Abang dah habis kerja. lepas ni nak ke hospital jenguk papa. Ila tunggu kat bus stop tu.. nanti Abang Akim datang ambil. 5 minit lagi abang sampai"

"Kenapa susah susah nak datang ambil Ila. Nanti lambat pula Abang Akim nak ke hospital" Ila merasa serba salah.

"Tak susah sayang. Tadi Kak Hawa call Abang Akim. Dia bagitahu papa nak jumpa kita berdua. So tu yang Abang nak Ila ke hospital bersama abang."

"baik lah kalau macam tu. Ila tunggu kat bus stop tempat biasa. Abang Akim hati- hati drive ye"

"I will sayang." Hakimi terus mematikan talian sambil menguntum senyum.

Merah muka Ila setelah Hakimi memutuskan talian. Panggilan 'sayang' dari mulut Hakimi tadi mebuatkan pipinya merona. Terasa malu yang teramat bila digelar dengan panggilan tersebut.

Leka Ila memgelamun sambil tersenyum sendiri. Bunyi hon kereta di depan perhentian bas itu mematikan lamunannya. Bibir menguntum senyum manis melihat kerera hitam milik si buah hati sudah tiba. Pantas dia menghampiri dan terus membuka pintu kereta tersebut dan meloloskan diri ke dalam.

"Sori sayang..Abang Akim lambat sikit. Tadi jem ada motor excident"

Ila cuma mengangguk tanpa jawapan. Hai lah hati. Jangan nak macam macam. Pipi Ila merona lagi.

Hakimi yang melihat muka Ila merona merah..tersenyum sendiri. Ila yang malu- malu itu makin cantik dimatanya.

"Sayang call ibu. Bagitahu kita ke hospital dulu. Lepas tu baru abang Akim hantar sayang pulang" Hakimi mula memandu..sementara Ila pula mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon mak Ijah.

Selesai memaklumkan pada mak Ijah..Ila mendiamkan diri. Terbit rasa kekok nak berbual dengan Hakimi.

"Kenapa diam. Sayang penat ke" tutur Hakimi memecah kesunyian.

Menjadi jadi pula panggilan 'sayang' bermain di mulut Hakimi. Ila memalingkan muka memandang ke cermin sisi.

Hakimi mengulum senyum.

"Sayang.. lepas papa keluar hospital nanti..kita kahwin"

Serentak Ila memalingkan muka memandang Hakimi. Terkejut dengan pernyataan yang keluar dari mulut Hakimi.

"Kenapa sayang pandang abang macam tu?" soal Hakimi sambil menjeling ke arah Ila.

"Kenapa tergesa-gesa abang. Kan uncle belum sihat lagi." pelik Ila dengan sikap Hakimi. Apa pula kata orang nanti.

"Tak pe. Kejap lagi kita jumpa papa. Kita dengar pandangan dan nasihat dari papa. Tapi kalau boleh abang nak kita cepat-cepat disatukan." Ujar Hakimi perlahan. Dia menarik nafas dan mengeluh perlahan. Sungguh dia risau dengan apa yang akan terjadi. Risau Dato Adam akan menjadi ancaman kepada Ila.

Ila hanya mengangguk perlahan. Sesekali matanya melirik ke arah Hakimi yang sedang memandu. Hakimi tampak gusar dan raut wajahnya juga tegang.

###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience