Keesokannya Mak Ijah bangun awal pagi untuk siapkan tempahan kuih pelanggannya.
Tiga jenis kuih yang ditempah dengan setiap jenis sebanyak 200biji. Tak menang tangan Ila dan Mak Ijah menyiapkannya.
Karipap kentang, koci pulut hitam dan apam solo. Menu yang dipilih sebuah hotel untuk minum petang.
Mak Ijah selalu mendapat tempahan kuih dari hotel dan resort berhampiran kampung mereka itu. Sekiranya ada seminar atau mesyuarat pihak hotel akan meminta Mak Ijah menyiapkan kuih muih sahaja. Mana kala makanan berat akan disediakan oleh chef di hotel berkenaan.
Hampir jam 11.30 pagi siaplah 600biji kuih yang ditempah itu. Lega Mak Ijah apabila semuanya dapat disiapkan awal. Lepas zohor nanti..Pak Usop akan menghantar semua tempahan tersebut.
Ila pula bergegas bersiap untuk ke tempat kerja. Lebihan kuih yang dibuat tadi dimasukkam dalam bekas plastik. Dapatlah dia dan kawan-kawannya nanti makan.
Pukul 12.30 tengahari Ila dah terpacak di perhentian bas. Tanpa menunggu lama..bas yang dinantikan tiba akhirnya.
Perjalanan ke butik Hanan sedikit mengambil masa. Jalan agak sibuk memandangkan waktu ketika itu adalah waktu makan tengahari.
Jam 1.30 tengahari Ila sampai di Butik Hanan. Pintu Butik berkunci. 'Pasti diaorang keluar lunch'. Keluh Ila.
Kakinya menapak ke kerusi batu yang disediakan oleh majlis bandaran di sekitar kawasan tersebut.
Ila bersandar pada kerusi batu itu.. Matanya hanya memerhati kelibat manusia yang lalu lalang.
'Dah lama tak buka email'. Tiba -tiba Ila teringat email yang hampir 3 bulan tidak di baca.
Ada masa setengah jam lagi ni..desis hati Ila. Pantas tangannya mengeluarkan Handphone dari dalam beg sandangnya itu.
Satu persatu email dibuka. Tiga mesej yang diterima dari Akim menarik perhatiannya.
Bibirnya menguntum senyum secara tiba-tiba.
Perlahan-lahan Ila menaip.
~Waalaikussalam
Abang Akim sihat ke.
Wanie minta maaf sebab lambat balas email Abang Akim. Wanie sekarang dah start kerja selepas habis exam haritu. Jadi sibuk sikit.
Tapi lepas ni InsyaAllah wanie akan selalu balas email abang.
- send
Ringkas sahaja mesej yang dihantar Ila. Dia mengerling jam di tangannya. Lagi 10 minit.
Wajahnya di palingkan ke arah Butik Hanan. Ternampak kelibat Aina dan kamalia yang menghampiri butik.
Ila tersenyum. Pantas dia memasukkan telefon ke dalam beg dan terus bangun.
Dia menapak ke arah Aina dan Kamalia yang sudah sampai di situ.
"Hai kak Aina..Kak Lia" Sapa Ila.
""Eh..Ila. Bila sampai" tanya Aina. Kamalia pula sibuk mencari kunci butik di dalam begnya.
"Dalam setengah jam tadi". Ila mempamirkan senyum pada Aina.
"Laa.. kenapa tak call akak. Kitaorang lunch dekat-dekat sini je tadi". mengerut wajah Kamalia memandang Ila. Dia yang sudah mwmbuka pintu butik itu segera memboloskan diri ke dalam.
Ila dan Aina turut masuk. "tak pe kak Lia. Ila malas nk kacau. Lagipun Ila dah makan kat rumah tadi.".
"Ni ada kuih sikit. Ibu Ila buat lebih. Nanti dapat kita makan petang ni". Sambung Ila sambil menunjukkan beg kertas yang ada ditangannya itu.
"mesti sedap. Tak sabar nak makan petang nanti." suara Aina teruja. Matanya galak melihat beg kertas yang ditunjuk oleh Ila. Semua kuih yang dibuat oleh ibu Ila memang cukup sedap.
"amboi aina..belum kenyang lagi ke makan nasi ayam tadi."Kamalia menjeling Aina sambil mengusik temannya itu.
"Kalau pasal kuih ibu Ila..yang kenyang pun boleh lapar balik tau tak". Aina bersuara sambil tangannya membuat gaya menggosok perutnya.
Meletus ketawa mereka bertiga.
"Ila ke belakang dulu lah. Nak simpan kuih ni. lepas tu nak solat sekali". kata Ila masih bersisa gelaknya.
Telatah Aina begitu mencuit hatinya.
Terus Ila menuju ke ruang belakang untuk solat. Sebentar lagi Datin Zairina akan datang ke Butik
Jadi dia perlu bersegera menunaikan kewajipannya pada Sang Pencipta.
#########
Share this novel