Ila tersenyum memandang telefon bimbitnya itu. Email yang dibalas Hakimi..dibaca berulang.
'ish dia minta no phone la pulak..nak bagi ke tak ni'
"Ada masalah ke Ila.. Kak Ain tengok mengeleng kepala dari tadi..kejap senyum. Kejap termenung" Nurul Ain yang sedang memandu kereta menyapa Ila. Dikerling sekilas Ila yang berada di sebelah penumpang itu.
"Ahh.. tak ada apa-apa lah kak Ain"
tersentak Ila bila Nurul Ain bersuara.
Nampak sangat dia jauh mengelamun.
"mesej dengan pakwe ke" serkap Nurul Ain. Matanya masih tetap fokus pada pemanduan.
"Mana ada kak. Ni baca email dari kawan je. Dia minta nombor phone Ila. Tapi Ila tak tahu nak bagi ke tidak" ujar Ila ragu-ragu.
"kenapa pula tak nak bagi. Kata kawan."Nurul Ain berasa pelik.
"sebenarnya..kawan pena Ila. Tak pernah berjumpa lagi kak. Cuma kitaorang berhubung melalui email je. Ye lah. Dulu kan Ila tak ada telefon". terang Ila.
Bagi Ila..seminggu menumpang kereta Nurul Ain..merasakan yang Nurul Ain seorang yang senang didekati. Bahkan sering memberi nasihat kepadanya. Tak mustahil dia mudah mempercayai Nurul Ain. Lagi pun Nurul Ain juga sahabat baik majikannya.
"kalau macam tu.. terpulang pada Ila. Atau pun Ila minta je nombor phone dia. Bila Ila dah ready nak bagi nombor Ila..baru Ila hubungi dia." Nurul Ain memberikan cadangan.
"Ok juga cadangan kak Ain." Ila tersenyum.
Sedar tak sedar mereka telah pun sampai di rumah Ila.
"Terima Kasih Kak Ain. Jumpa malam esok ye"
Ila melambaikan tangan kepada Nurul Ain yang perlahan-lahan memandu meninggalkan kawasan rumahnya.
Nurul Ain yang hanya tinggal di kampung bersebelahan sangat gembira dapat menumpangkan Ila. Sebenarnya Hawa tidak membayar sedikit pun kerana dia sendiri yang rela hati menumpangkan Ila.
Jika dulu..setiap malam suaminya yang akan mengambilnya bila pulang dari kerja.
Sejak menumpangkan Ila..Suami Nurul Ain sendiri merasa lega kerana ada juga teman isterinya semasa balik kerja.
-------------------------------
Hakimi merasa gelisah selepas dia menghantar email 2 jam lepas. Sekarang dah hampir 11 malam. Bila diperiksa emailnya..didapati email tersebut telah pun dibuka dan dibaca.. 'kenapa wanie belum balas ye' Ujar Hakimi perlahan.
Laptop dibiarkan tanpa ditutup. Matanya masih belum mengantuk kerana petang tadi dia telah tidur. Telefon bimbitnya yang berada disebelah laptop diambil. Kakinya menghala ke sofa yang ada ditepi tingkap biliknya itu.
Baru saja tangannya mahu menekan telefon bimbitnya.. dia terlihat skrin laptopnya menyala. Segera dia bingkas bangun menuju ke meja kerja.
Tersenyum hati Hakimi melihat email yang dinanti-nantikan.
Assalamualaikum Abang Akim.
Maaf Wanie lambat reply email abang. Tadi masa abang hantar email Wanie masih kerja. Ni baru lepas mandi dan dah nk masuk tidur.
Pasal no phone wanie yang abg minta tu.. Wanie minta maaf. Wanie blm bersedia lagi untuk memberinya
Apa kata abang Akim bagi no phone abang je pada Wanie. Bila Wanie dah bersedia..InsyaAllah Wanie akan hubungi abang Akim.
Wanie harap abang faham ye.
Selamat malam
'hurm' Hakimi sedikit kecewa bila membaca email tersebut.
Moodnya dah merudum seketika. Namun tangannya tetap menaip perlahan-lahan.
Email tersebut dibalasnya. Diselitkan juga no telefonnya walau hatinya masih diselebungi kekecewaan.
'Sabar Hakimi. Sampai masanya pasti akan bersua jua' pujuk Hakimi.
Ila tersenyum membaca email tersebut. Dia segera menyimpan nombor telefon yang tertera
'InsyaAllah one day abang Akim. Ila pun nak kenal abang' getus hati Ila. Matanya perlahan-lahan tertutup dan dia terlena.
#######
sekali lagi negara kita mengalami gelombang covid 19 yang menyebabkan sekolah dan institusi pendidikan ditutup.
please stay safe semua
#kitajagakita
Share this novel