Selepas menumpangkan Sofea sehingga ke MRT, Hakimi memecut keretanya. Dia ingin segera sampai dirumah dan berehat.
Semenjak Hawa keluar dari rumah itu, semua tugas di pejabat tergalas dibahunya seorang.
"Cepat balik harini Kimi" Sapa Datin Wahida.
"Kimi dari Pejabat Datuk Adam. Ada meeting tadi. Lepas meeting terus balik rumah" terang Hakimi.
"Kimi dah makan ke belum. Kalau nak makan mama minta Mak Nab siapkan"Ujar Datin Wardah.
"Masih kenyang lagi Mama. Kimi cuma nak tidur je sekejap."
Datin Wardah mengangguk perlahan. Majalah yang berada di tangamnya tadi diangkat semula.
Hakimi menghempaskan badannya ke atas katil. Dia memicit kepalanya perlahan-lahan. Tak sampai 5 minit..tangannya jatuh menutup mata. Sebentar kemudian terdengar dengkuran halus.
------------------------------
"Good Job Ila. Saya suka sangat". tersenyum Datin Zairina melihat hasil jahitan manik pada baju pengantin Alya.
"Alhamdulillah. Rasanya lagi seminggu.. Baju untuk akad nikah ni boleh siap. Lepas tu saya siapkan pula untuk majlis resepsi sebelah perempuan."Terang Ila
Datin Zairina hanya mengangguk kepalanya. Matanya masih tertancap pada baju yang ada ditangannya.
"Jemput minum Datin"pelawa Hawa yang dari tadi hanya memerhati.
"Ni kuih yang Ibu Ila buat. Dia tapaukan. Rezeki Datin dapat rasa kuih Ibu Ila ni. Sedap sangat" Hawa memuji kuih-kuih yang terhidang didepan mereka itu.
"Oh yeke Ila. Baguslah awak ni. Semua pandai. Menjahit..memasak. Pakej lengkap untuk jadi menantu solehah ni. Nasib anak bujang saya semua dah kahwin" Ujar Datin Zairina sambil ketawa.
"Biasa-biasa je Datin. Saya tak pandai sangat. Cuma bantu ibu kalau ada tempahan yang banyak". terang Ila
"Eh sedaplah.. Betul Hawa cakap". Ucap Datin Zairina sambil mengunyah kuih apam solo yang telah selamat masuk ke mulutnya.
"Jadi Ibu Ila ambil tempahan ye. Kalau macam tu.. bolehlah saya tempah untuk majlis Alya nanti." bersungguh Datin Zairina makan.
Baginya kuih yang dibuat oleh Mak Ijah itu menepati seleranya.
"InsyaAllah boleh Datin. Nanti Ila bagitau Ibu". Ila tersenyum.
"Ila bagitau saya jenis-jenis kuih yang Ibu Ila buat.. Nanti saya decide nak berapa jenis ye"
Ujar Datin Zairina memberitahu Ila.
"Boleh Datin. Apa-apa saya tanya ibu dulu. Lepas tu saya bagitau Datin". Berbunga hati Ila bila Datin Zairina mahu menempah kuih-kuih ibunya.
---------------------------
Hampir pukul 8 malam Hakimi terjaga. Terasa ringan sikit kepalanya selepas tidur.
Dia meraba-raba mencari suis lampu tidur di tepi katil. Mengerinyis mata Hakimi dek silau lampu yang baru di buka itu. Matanya terus melihat jam ditangannya. "Allah. Dah nak habis waktu magrib" terungkap spontan kata-kata dari mulut Hakimi.
Bergegas Hakimi mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Dia perlu segera membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib.
Usai siap solat..Hakimi berteleku di atas sejadah. Perutnya mula berkeroncong minta di isi. Sekilas dia memandang jam di dinding biliknya itu..
'Baik tunggu isyak dulu lah' desis hatinya.
"Mama.." Hakimi menyapa Datin Wardah apabila kakinya mula menapak masuk ke ruang makan.
Melihat hidangan di atas meja makan itu..dia dapat mengagak yang Datuk Mohsin tidak ada dirumah.
"Jom kita makan" Ujar Datin Wardah.
"Mak Nab.. jom kita makan sekali" Ujar Hakimi.
Pembantu rumah yang telah bekerja hampir 10 tahun itu cuma tersenyum.
"Kimi makan ye.. Mak Nab kenyang lagi makan kuih petang tadi." ujar Mak Nab.
"Mak Nab kebelakang dulu ye. Nak Solat isyak. Lepas solat nanti Mak Nab kemas meja makan" sambung Mak Nab.
Datin Wardah dan Hakimi hanya tersenyum dan menggangguk.
Selepas makan malam, Hakimi meminta izin untuk ke bilik.
Laptop di ambil dan dibuka. Dia ingin melihat email yang di hantar pada adik angkatnya tempoh hari..Adakah sudah di baca atau belum.
Terukir senyuman di wajah Hakimi.
Mesej ringkas yang dibalas oleh wanie membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Cepat-cepat dia menaip sesuatu di laptopnya itu. Mesej balasan yang telah di taip itu..segera di hantar.
Dia menunggu hampir setengah jam..namun hampa kerana mesejnya itu masih tidak dibaca oleh Wanie.
'Sabar Kimi.. mungkin dia tengah sibuk' desis hatinya memujuk diri sendiri.
-----------------------------------
Jam menunjukkan hampir 9.30 malam. Tangan Ila tangkas menyiapkan kerja ditangannya. Aina dan Kamalia pula sibuk di ruangan hadapan butik..melayan pengunjung yang ada di situ.
Semenjak seminggu..Ila tidak lagi berada di ruangan hadapan. Dia lebih banyak menghabiskan masa duduk di dalam bilik khas bagi menyiapkan tempahan pelanggan.
"Ila belum siap-siap untuk balik ke?" tiba-tiba terjengul wajah Hawa di muka pintu bilik itu.
"Ada 20 minit lagi kak Hawa. Kejap lagi saya kemas. Nak siapkan yang ni sikit lagi" Ujar Ila.
"Esok-esok je sambung Ila. Kerja yang Ila buat ni..kira dah cepat dari target masa yang kita jangka. Jadi tak perlu lah buat kerja sampai tak ingat nak balik" Usik Hawa.
Kagum benar dia dengan kesungguhan gadis hitam manis di hadapannya ini.
Tersengih-sengih Ila mendengar usikan Hawa.
"Kalau cepat siap..nanti boleh kak Hawa ambil tempahan lain pulak..kan untung tu"Kata gurauan Ila itu membuatkan Hawa tergelak.
"Tempahan yang ada sekarang pun dah tak menang tangan Ila. Jangan ada yang bawak tilam bantal pula kat butik ni gara-gara tak cukup masa nak siapkan nanti. Yang susahnya...Ila jugak. Sebab semua pelanggan kebanyakkannya nk Ila yang jahit" ujar Hawa sambil tergelak lagi.
Ila hanya tersengih mendengar gurauan majikannya itu.
Ada benarnya apa yang Hawa cakap. Semenjak dia bekerja disitu..ramai pelanggan yang mana pernah melihat hasil kerja tangannya..sangat berpuas hati. Rata-rata yang datang menempah lagi..hanya mahu Ila yang jahitkan.
"boleh je kak Hawa.. bagi bonus banyak-banyak ye.. Nanti saya pindah terus tinggal kat butik ni." seloroh Ila.
Tergelak Hawa mendengar jawapan Ila.
"Akak nak ke depan dulu ye. Jangan lambat..nanti kawan akak sampai, kamu belum kemas lagi" pesan Hawa sambil berlalu.
##########
Share this novel