22 Rahsia terbongkar

Romance Series 4617

"Makanlah" suara Hakimi mengejutkan Ila yang kelihatan kekok.

Terasa dadanya ingin pecah. Debaran yang melanda jantungnya ini... lain sekali.

"kenapa ni Ila. I ada buat salah apa apa ke. I tengok you diam je dari tadi. Makanan tu pun macam you tak sudi je makan" ujar Hakimi.

Hairan pula bila dia melihat Ila yang berkelakuan begitu. Ila tampak gelisah dan tidak selesa.

"Kalau you tak suka keluar dengan I....I minta maaf." Kepala Hakimi menunduk seketika. Dia melepaskan keluhan perlahan. Namun didengari Ila.

"maaf" sepatah perkataan meluncur dari bibir mungil Ila.

Dia menarik nafas penjang dan perlahan lahan melepaskannya. Seolah olah mencari kekuatan.

"Saya tak bermaksud begitu. Saya senang keluar dengan awak"

Kata kata Ila membuatkan Hakimi mendongak..merenung gadis manis didepannya itu.

"Terima kasih sebab ajak saya keluar makan" tutut Ila lagi.

Bibir Hakimi mula memperlihatkan senyuman. Setiap bicara sang gadis seolah olah satu melodi indah yang menerpa halwa telinganya.

"Kalau saya tanya sesuatu.. awak tak marah" soal Ila. Matanya memandang Hakimi yang sejak tadi asyik merenungnya.

Tersenyum lebar Hakimi sambil mengangguk. Terhenti pergerakan tangannya yang dari tadi asyik menguis makanan dalam pinggan.

"Kenapa awak ajak saya keluar..hurm maksud saya.. " soalan yang keluar dari mulut Ila terhenti di situ. Dia kehilangan kata kata untuk di teruskan. Dia perlu penjelasan dan juga perlu menjelaskan segalanya pada Hakimi hari ini.

"I like you. I like to see you.. to hear your voice..i like everything about you". Laju patah perkataan yang meluncur dari mulut Hakimi.

Tergaman Ila mendengar bait bicara tersebut. Walaupun di dalam hatinya bagai nak menjerit untuk memberitahu satu dunia..betapa gembiranya dia mendengar ucapan Hakimi barusan tadi.. namun dia kaget dengan pengakuan Hakimi yang sangat terbuka.

"Tapi.. saya tak layak berkawan dengan awak. Awak sendiri dah tengok keluarga saya.. Kami orang susah" sayu mata Ila memandang Hakimi. Suaranya di kawal agar tidak terdengar jelas bait bait kekecewaan yang ada.

"Kenapa.. Nak berkawan kena cari yang setaraf ke"
"Sebenarnya dah lama saya sukakan awak.. dari pertama kali kita jumpa"
"saya juga rasa seolah olah kita dah lama kenal walaupun kita jarang berjumpa"
"saya juga selesa masa pertama kali jumpa keluarga awak dulu"
"Yang pasti saya sukakan awak..dan.........tak nak kehilangan awak"

Panjang penjelasan Hakimi. Dari I..you dah bertukar pula kepada saya.. awak.

Terkedu Ila lagi.

Sunyi seketika seakan waktu terhenti. Mujur meja yang mereka duduki sedikit terlindung dan jauh dari meja meja yang lain.

"Awak tak rasa kita..kalau nanti keluarga awak akan menolak saya" ujar Ila perlahan. Tergiang giang cerita mengenai perkahwinan dua darjat antara Kak Hawa dan Abang Zani.

"Saya tak nak dengar apa apa... Saya cuma nak tahu..dan nak dengar dari mulut awak....... awak sukakan saya tak" Soal Hakimi. Kali ni dia merenung tepat pada anak mata hitam Ila.

Perlahan Ila menarik nafas..menahan seketika kemudian melepaskannya.

"Sebenarnya.. dalam hati saya ada seorang lelaki yang saya sayangi..ermm selain dari abah."

Mata Ila memandang tepat pada anak mata coklat milik Hakimi. Dia melihat sedikit perubahan pada wajah Hakimi..namun Hakimi masih cuba,mengawal riak wajahnya itu supaya tidak terlampau ketara kekecewaan yang terpancar. Mata mereka masih lagi berpandangan.

"lelaki ini.. banyak memberikan saya kekuatan di saat saya jatuh dan tiada tempat mengadu...banyak memberikan nasihat di kala saya buntu..selalu membuatkan saya gembira dikala saya berduka. Dan kebaikan yang dia ada.. membuatkan saya jatuh hati pada dia. Sewaktu saya perlukan seseorang..dia seolah olah sentiasa ada untuk saya. Walaupun. saya tidak pernah bertemu dengannya..tetapi keikhlasannya dapat saya,rasai sehingga kini"Ujar Ila lagi.

"Apa maksud awak.. awak sayangkan seseorang yang awak tak pernah jumpa" berkerut kening Hakimi cuba menghadam kata kata Ila sebentar tadi.

Ila mengangguk dan tersenyum.
Terpana Hakimi melihat senyuman yang sejak dari tadi dia tunggu.

"Ye saya sayangkan dia..dan teringin nak jumpa dia. Walaupun setelah saya jumpa dia....dia tak sukakan saya.. Saya terima... Sebab sayang saya pada dia..kerana keikhlasannya..bukannya kerana siapapun dia"

"Kiranya..saya tak ada peluanglah ni untuk mendapatkan hati awak" Hakimi mengalihkan pandangan ke arah tingkap. Memandang jauh ke arah tasik yang berada di luar restoren itu.

"ya.. Hati saya hanya untuk Abang Akim.. bukan untuk orang lain" ujar Ila tersenyum.

"ohhh.." Hakimi mengeluh kecewa.

Tiba tiba dia terdiam

"Hah... Abang Akim????" terkejut Hakimi..Keliru dan pantas memandang semula ke arah Ila.

"Ye.. hanya untuk Abang Akim. Hati Wanie hanya untuk Abang Akim sorang.. Abang angkat wanie" Muka Ila berona merah bila menyedari Hakimi memandangnya dengan pandangan seolah olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu.

"Ila...wanie.. Wanie tu Ila" Sekali lagi Hakimi meminta penjelasan dari gadis di depannya itu.

Ila mengangguk dan masih menundukkan wajahnya. Pipinya semakin merah seperti tomato yang ranum.

"Ya Allah.. kenapa Ila tak pernah bagitau saya. Wanie tau abang teringin nak jumpa wanie. Abang pun rindu dan sayangkan wanie.. cuma abang takut cuma bertepuk sebelah tangan." Bertukar tukar panggilan yang keluar dari mulut Hakimi.. Dia betul betul kaget dengan apa yang terjadi.

"Bila Ila tahu yang saya Abang Akim. Dan kenapa guna nama wanie" soal Hakimi. Dia masih lagi tersenyum... Apa yang berlaku sekarang..masih terasa seperti mimpi.

"Baru malam tadi.. bila awak hantar mesej.. Nombor yang keluar..adalah nombor yang saya ambil dalam email haritu. Saya pun terkejut dan tak sangka" Ujar Ila perlahan.

"lagi satu..Wanie tu memang nama saya...Haila Hazwanie binti Yusoff" ujar Ila lagi.

"Hurm.. akhirnya setelah 3 tahun berhubung dengan email je.. here we are" ucap Hakimi sambil tersenyum lucu. Terasa macam dalam drama pula pertemuannya,dengan adik angkat yang selama ini dirindui dalam diam.

"So... sekarang nak abang panggil Ila ke..panggil Wanie". bicara Hakimi penuh kelembutan. Matanya merenung wajah hitam manis didepannya ini.

"Panggil Ila je lah awak.. kekok kalau panggil nama,Wanie sebab tak ada orang panggil saya guna nama tu" Jelas Ila lagi. Perasaan malu yang tadi menebal dalam dadanya mula hilang. Kelembutan bicara Hakimi membuatkan Ila makin selesa.

"Boleh je.. tapi Ila panggil saya Abang.. Abang Akim. Boleh tak" Mata Hakimi masih tak lepas dari memandang Ila. Sungguh kerinduan yang dia pendam untuk dua nama..kini terlerai. Rupanya kedua duanya adalah orang yang sama.

Ila mengangguk perlahan.

"Thanks Ila. Abang rasa happy sangat hari ni. Abang betul betul tak sangka yang Ila dan Wanie..orang yang sama. Jom kita makan.. dah nak pukul 3 ni.. nanti kak Hawa bising"

"Terima kasih Abang Akim.. sebab selama ni.. abang banyak bagi nasihat dan tunjuk ajar pada Ila. Ila pun tak sangka rupanya Abang Akim tu...Tuan Hakimi"

Serentak kedua duanya tertawa. Dua Hati kini menjadi satu..

##############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience