"Selamat datang Datin..Cik Alya. Jemput duduk..sekejap saya panggilkan Kak Hawa". Ila memberikan srnyuman dan mempelawa kedua pelanggan tetap Butik Hanan itu duduk.
"Kak Hawa.. Datin dah sampai" bagitau Ila pada Hawa yang baru siap minum di bilik rehat.
Kak Hawa mengangguk dan terus ke ruang menunggu di Butiknya itu
"selamat pagi Datin..Alya". Maaf saya di belakang tadi. Hawa menyapa keduanya sambil bersalam.
"Tak pe kak Hawa.. Alya dengan mama yang datang awal. Tadi keluar awal sikit..takut jalan jem"
" kalau macam tu..kita teruskan. Ila tolong ambilkan fail lakaran yang warna biru kat atas meja akak" Hawa menyuruh Ila membawa fail lakaran dari biliknya.
"ok Datin. Ni beberapa lakaran design yang telah saya siapkan. Ikut tema yang Alya nak. Untuk setiap acara..saya buat dua lakaran berbeza.. jadi boleh lah Alya dan Datin pilih"
Datin Zairina dan Alya meneliti lakaran tersebut. "Semua cantik lah Kak Hawa". Alya tersenyum. "Pandai Kak Hawa reka.. kan mummy"makin meleret senyum bakal pengantin baru itu.
"Betul Hawa.. semua cantik. susah nak pilih" Datin Zairina bersuara.. matanya masih tertacap pada lakaran baju pengantin yang ada di hadapannya.
"kalau macam tu..Datin dengan Alya pilih yang mana satu design yang berkenan..dah confirm petang ni juga saya hantar ke tukang jahit utk buatkan. seminggu lagi Alya boleh datang untuk fitting baju. Kalau semua dah ok.. Ila akan terus jahitkan beads dan lace.." terang Kak Hawa.
"Mummy rasa.. yang ni cantik untuk akad nikah.. nampak sopan dan elegan". Datin Zairina menunjukkan pilihannya pada Alya
"Alya pun rasa macam tu juga mummy. Untuk resepsi Alya nak pilih gaun ni.. sesuai dgn tema ala-ala princess...Dan yang ni untuk majlis bertandang..Kebarung tradisional"
"Mummy setuju Alya" Datin Zairina memandang kearah Hawa "ok Hawa. Dah confirm semua design yang kami nak. Saya harap semuanya boleh siap secepat yang mungkin"
"Ila.. saya yakin awak mampu buatkan yang terbaik untuk Alya"Datin Zairina tersenyum beralih memandang Ila yang dari tadi diam.
"InsyaAllah Datin.. saya akan buat yang terbaik"
" Kalau macam tu kami balik dulu.. banyak benda lagi yang belum settle. Nanti Hawa wasap Alya ye untuk fitting."
"Baik Datin. Kami akan buat yang terbaik untuk perkahwinan Alya. Terima Kasih sebab memberi kepercayaan pada kami"
Setelah Datin Zairina dan Alya keluar.. Hawa memanggil Ila,Aina dan Kamalia ke biliknya.
Aina dan Kamalia ditugaskan memilih jenis kain yang bersesuaian dengan design yang telah di pilih. Mereka berdua juga akan menguruskan penghantaran material dan ukuran ke bahagian jahitan.
"Ila.. minggu depan awak akan start menjahit perincian pada baju Alya.. Dah bagitau parents awak ke yang awak kena balik lambat?" Kak Hawa memandang Ila.
"Dah Kak. Malam tadi saya bagitau Mak dengan Abah". "Diaorang ok je sebab saya dah bagitau semua yang akak bagitau saya"
"Alhamdulillah. InsyaAllah nanti akak confirmkan dengan kawan akk yang buat grab tu."
"Kalau macam tu.. semua bersurai.. Ila jangan lupa senaraikan semua jenis beads yang nak kena guna.. Nanti akk order dengan supplier"
"Baik kak Hawa..nanti dah siap semua saya bagi list tu pada akk. Kalau dah tak ada apa-apa..saya sambung kerja,dulu ". Ila meminta diri. Terus dia keluar.
Tanpa lengah.. Ila meneliti lakaran design baju pengantin di tangannya. Dia perlu menyiapkan kerja yang diarahkan oleh Hawa secepat mungkin.
----------------------------------
"Ila.. Kak Aina dengan Kak Lia nak keluar ni. Kami nak hantar material ke tailor. Sekali kami terus lunch. Ila nak kirim apa2 ke.. nanti kami tapaukan" Aina menyapa Ila yang tekun dengan kerjanya.
"Akak belikan nasi ayam je lah. Ila rindu nak makan nasi ayam kat restoren D'Kitchen tu. Boleh kan"
"orite..nanti akak beli. Jaga Butik ye. Kak Hawa pesan dia lambat sikit..mungkin lepas lunch dengan Abang Zani baru dia balik Butik".
"ok kak." Ila membuat thumbs up sambil tersengih.
----------------------------
Setelah Aina dan Kamalia berlalu.. Ila meneruskan kerja di kaunter pula. List yang diminta oleh Hawa..telah siap. Dia menyambung kerja dengan menghubungi pelanggan untuk memaklumkan tempahan yang telah siap.
"Assalamualaikum".
"Waalaikumussalam....selamat datang" Ila menjawab salam sambil mempelawa pelanggan masuk.
Kepalanya tedongak memandang ke arah customer yang baru melangkah masuk ke Butik Hanan.
dup dappp.. terasa jantungnya berdebar kencang saat terpandang mata itu.
Kedua-duanya terpegun seketika.
.
satu
.
dua
.
tiga
.
"hurmmm. tuan Hakimi cari Kak Hawa ke" Ila bersuara mematikan lamunan Hakimi.
Terpegun seketika memandang gadis comel yang hitam manis ini. Muka yang bulat..alis mata lentik.. dan hidung kecil yang sedikit mancung terletak elok.
"ha ah.. saya datang nak jumpa kak Hawa. Dah janji dengan dia semalam. Kami nak keluar lunch kejap lagi' tanpa dipinta..laju Hakimi bersuara. Matanya masih memandang tepat pada wajah yang dirindui ini.
"oh.. yeke. Setahu saya kak Hawa keluar jumpa supplier tadi.. lepas lunch dengan suaminya baru dia balik sini". tutur Ila.
Tiba-tiba telefon Hakimi berbunyi
"Hai sis.. where are you?" Tanpa salam Hakimi terus menyoal Hawa. Kakinya melangkah ke ruang menunggu
"Sorry Kimi.. akak lupa harini akak lunch dengan abang Zani. You can joint us. Akak kat Residence Hotel. Lunch kat sini" terdengar suara Hawa dihujung talian.
"Its ok sis.. Jauh tu nak drive ke sana...dengan jalan jem time lunch our ni. "
"kalau Kimi ajak staf you keluar lunch boleh tak.. lagi pun dia tinggal sorang je ni. Sis Aina dengan Sis Lia pun dah keluar". Hakimi meminta izin Hawa
Matanya melirik pada Ila yang tekun membuat kerjanya.
"You nak bawa staf akk lunch kat mana.. Anak dara orang tu Kimi." Hawa sengaja mengusik adiknya itu.
Hawa tahu yang Hakimi ada menaruh hati pada Ila.
"Ala dekat restoren seberang jalan tu je sis. Jalan kaki je. Tak payah risau lah.. Kimi tak bawak lari staf akak tu."
"nanti Kimi tanya Ila sendiri.. akak izinkan.. tu pun kalau Ila nak". jawab Hawa
"thanks sis. Lain kali jangan lupa janji lagi ye. ok bye"
Hakimi menapak semula ke kaunter. Lagi 5 minit waktu makan tengahari.
"Cik Ila.. jom teman saya makan tengahari. My sis lupa yang dia ada date dengan I harini." Hakimi bersuara tanpa memandang wajah Ila. Dia risau sekiranya gadis manis itu menolak perlawaannya.
"hah". sepatah suara terkejut terbit dari bibir comel Ila.
"saya ajak awak lunch.. boleh ke?" Kali ni Hakimi memandang wajah Ila yang masih terkejut
"tapi tuan.. tak ada orang nak jaga Butik". Ila menjawab. Wajahnya di tunduk. Tiba2 terbit rasa segan di hatinya
'Kenapa tiba-tiba ajak aku lunch ni'.guman Ila sendiri
"Lagi 5 minit kan waktu rehat. Butik tutup kan sejam. Saya dah bgtau my sis nak ajak awak teman saya lunch kat restoren depan tu je"Jari Hakimi menunding ke arah restoren seberang jalan setentang dengan Butik Hanan.
"Tapi saya tak biasa keluar berdua dengan orang lelaki tuan.. segan lah".
"Alah sekejap .. jom lah. kita makan-makan je." pujuk Hakimi
"kalau macam tu kejap ye.. saya ambil beg kat belakang"
yesss.. Hakimi tersenyum... Dalam hatinya bersyukur sebab Hawa terlupa lunch date mereka.
------------------
Sambil menunggu makanan yang dioder tiba..Ila sempat mengirim mesej pada Aina.
Ila@ Assalam Kak Aina. Nasi Ayam yang Ila kirim tu tak payah tapau ye. Ila keluar makan kat restoren depan ni.
Aina@ Wasalam.. ok Ila. Ila lunch sorang ... ke dating
Ila@ mana ada dating kak.. tadi tuan Hakimi datang nak lunch dengan Kak Hawa..tapi kak Hawa lupa. tu yang Tuan Hakimi ajak Ila.
Aina@ What!!!!!... hamboi2.. jangan lupa story kat akak ye. senyap-senyap je korang ye.
Ila@ ish.. apa ni kak.. mana ada. ok lah nanti kita sembang ye.. bye
Aina@ bye..selamat berDATING ye.. hehe
#########
??????
Share this novel