11 tetamu

Romance Series 4617

Malam kian larut.. hampir jam 12 malam Hakimi bangun dari katil. Matanya sukar untuk dilelapkan. Dia masih teringat kejadian tengahari tadi dan juga pertemuannya dengan keluarga Ila. Dia tidak menyangka keluarga Ila begitu ramah dan baik sekali.

Hakimi termenung seketika di birai katil. Matanya terpandang laptop yang ada di atas meja kerjanya. Tiba-tiba terbit rasa rindu pada insan yang bergelar adik angkatnya.

Hakimi menekan butan on..mula menghidupkan laptopnya itu.

Jari jemarinya menaip sesuatu pada laptopnya.

~Asaalamualaikum Wanie.
Apa khabar Wanie sekarang.
Lama abang menunggu email dari Wanie.
Abang harap sekiranya Wanie dah baca email abang ni.. Wanie cepat-cepat balas ye.
Abang rindu nak berborak dengan Wanie.
Dah hampir 3 bulan wanie belum baca dan reply email yang abang kirim sebelum ni.
Abang menunggu dan masih mengharap agar suatu hari nanti..kita dapat berjumpa.

Ikhlas dari Abang Akim~

#send

Hakimi menaip email ringkas. Hatinya dipagut rindu pada insan yang bergelar Wanie itu..meskipun belum sekali pun mereka bersua.

Hakimi menguap perlahan. Jam menunjukkan pukul 1pagi. Dia kembali ke katil dan merebahkan badannya. Matanya perlahan-lahan terpejam dan dia mula lena dibuai mimpi...

------------------------------------------

Hujung minggu.. Ila sekeluarga sudah sampai ke bandar. Haila..Husna dan Hairul berjalan seiringan setelah keluar dr kereta. Sementara Pak Usop dan Mak Ijah berjalan berdua di belakang anak-anak mereka. Keduanya tersenyum apabila sesekali 3 beradik itu bergurau senda dan ketawa riang.

Walaupun tidak berharta..Pak Usop sangat bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang taat dan tidak pernah meminta-minta.

Selesai makan di restoran nasi ayam yang agak terkenal di bandar itu..mereka sekeluarga menemani Ila membeli telefon bimbit Ila kemudian mengajak mereka ke kedai pakaian untuk membelikan pakaian buat adik-adiknya dan kedua orang tuanya.

Betapa gembira hati Ila melihat kegembiraan yang terpancar di wajah adik-adiknya. Mak ijah sangat terharu melihat anak sulungnya itu.

'Ya Allah..sekiranya suatu hari nanti..aku dan suamiku sudah tidak ada lagi di dunia ini.. Engkau satukanlah Hati anak-anak ku ini..agar mereka saling kasih mengasihi sesama mereka' Mak ijah berdoa di dalam hatinya..

Dia tahu..anak sulungnya itu seorang yang bertanggung jawab dan akan menjaga adik-adiknya dengan baik. Entah kenapa tiba2 hatinya di landa sebak.

-------------------------------------

"Jemput masuk Datuk..Datin". pelawa Mak Nab kepada tetamu yang ditunggu-tunggu

"Adam.. " Datuk Mohsin yang baru turun ke tingkat bawah meluru memeluk Datuk Adam yang baru menapak masuk ke banglo itu.

"wah.. makin hensem kau Mohsin.. makin muda pulak aku tengok" Datuk Adam bersuara selepas mereka meleraikan pelukan.

"kau pun apa kurangnya..Makin bergaya. Kalah orang muda" Sakat Datuk Mohsin

Kedua-duanya gelak dan saling menepuk bahu.

"Apa khabar Sue. Dahlia. Jemput masuk".
Datin Wahida bersuara. Datin Wahida dan Datin Suraini berpelukan erat.

"Lama betul kita tak jumpa ye Wahida. Hampir setahun kut" Datin Suraini bersuara.

"ye lah.. Sue. Kau pun tak de nak datang sini.. Semenjak dah buka cafe ni. Sibuk betul aku tengok." sakat Datin Wahida.

"Ala Wahida.. Aku ni suka-suka je buka cafe tu.. tapi tak sangka sambutan betul-betul diluar jangkaan. Tak menang tangan staf aku." ucap Datin Suraini.

"Kau bila nak datang makan kat cafe aku tu. Don't worry.. untuk kau aku belanja. Nanti kau oder je apa yang kau nak makan. Aku belanja." Datin Suraini senyum memandang wajah sahabatnya itu.
Dia perasan muka Datin Wahida yang kelihatan cengkung dan badannya susut sedikit.

"InsyaAllah Sue. Nanti Hakimi free aku ajak dia ke sana" Datin Wahida tersenyum. Matanya memandang ke arah Dahlia. "Lia macam mana study kat sana? ni balik bercuti ke..dah habis belajar".

"Dah habis auntie. Lia ingat lepas ni nak cari kerja". Mungkin dalam sebulan ni.. Lia nak rest dulu. Lepas tu baru cari kerja".

"Assalamualaikum" sapa Hakimi pada tetamu mereka.

"apa khabar uncle..auntie. "Hakimi menghulurkan tangan bersalam dengan Datuk Adam.

"Jom kita makan. Mak Nab dah siap hidang..nanti sejuk pula tak sedap." Pelawa Datuk Mohsin.

Mereka berjalan ke meja makan yang mempunyai 12 kerusi itu. Mewah dan selesa.

Dahlia yang dari tadi kelihatan tersinggung. Dia bangun dari sofa dan berjalan ke arah Hakimi. Hakimi berjalan ke arah ruang makan seolah-olah tidak perasan kewujudannya di situ.

"hmm. hai Kimi" Dahlia bersuara.

Riak wajah Hakimi berubah. Dia tersentak dan berpusing melihat ke arah kirinya di mana Dahlia yang tiba-tiba muncul disisinya.

"hai Lia. Sori I tak perasan tadi" Hakimi terasa kekok. sekaligus rasa bersalah.

"Duduklah Lia." Hakimi menarik satu kerusi di meja makan itu untuk Dahlia. Dahlia duduk sambil mempamerkan senyuman yang manis.

Datuk Adam dan Datuk Mohsin pula memandang antara satu sama lain dan tersenyum penuh makna.

##############

Kasih dan Sayang tidak boleh dipaksa...tetapi boleh dipupuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience