"Ibu.. ibu jangan risau. Ila dah minta cuti seminggu untuk jaga abah. Ibu rehat je kat rumah. Tengahari Hairul dengan Husna temankan ibu datang melawat abah. Jadi biar Ila je yang jaga abah di hospital. Ibu dapatlah rehat kat rumah" Pujuk Ila.
Mak Ijah akhirnya bersetuju dengan kata kata Ila walau pun hatinya berat untuk menerima. Dia tidak tega membiarkan Pak Usop dihospital.
Hakimi yang sedang memandu hanya mendengar sahaja perbualan dua beranak itu.
"Terima kasih Hakimi sebab tolong hantarkan makcik dan Ila. Susahkan Hakimi je" ujar Mak Ijah.
"Tak pe makcik. Jangan risau. Saya Ikhlas tolong Ila dan makcik. Makcik berehat je kat rumah. Mesti makcik pun penat. Kesihatan makcik pun harus di jaga" Kata kata Hakimi ada benarnya.
Sejak sebelum subuh tadi dia bangun awal siapkan tempahan kuih. Usai siap dan diambil pelanggan..dia,dikejutkan dengan kedatangan Hasan yang memberitahunya tentang Pak Usop pengsan dikebun. Tanpa sempat rehat dia terus mengikuti Hasan dan Imam Majid ke hospital.
Sekarang dah hampir maghrib..baru sampai rumah.
"Jemput naik dulu Abang Akim. Dah nak maghrib ni. Ila nak kemaskan barang abah dulu. Lagipun Ila nak mandi sekejap. Lepas solat maghrib baru kita kehospital"
"Betul kata Ila..Jemput naik dulu Hakimi. Lepas solat maghrib baru gerak". Mak Ijah mengajak Hakimi singgah untuk solat di rumahnya.
"Ye lah makcik. Saya pun nak tumpang solat juga ni."
Selesai solat.. Hakimi dan Ila bertolak ke Hospital.
Sebelum sampai ke hospital.. Hakimi memberhentikan keretanya di sebuah restoren.
"Jom kita singgah makan dulu. Ila mesti lapar kan. Dari tengahari tadi belum makan" Ujar Hakimi.
Ila hanya mengangguk. Baru sekarang perutnya terasa lapar.
"Ila macam mana. Dah ok ke" Hakimi bersuara selepas pelayan kedai yang siap mengambil pesanan makanan mereka berlalu.
"Entah lah Abang Akim. Ila rasa sedih tengok abah terlantar kat hospital. Selama ni..abah lah tulang belakang kami sekeluarga. Kalau lah terjadi apa apa pada abah.. Ila tak boleh bayangkan." Ila menunduk memandang meja kosong di hadapannya.
"Ila sabar ye.. Abang Akim tahu Ila seorang yang kuat. Jangan bimbang.. abang Akim sentiasa ada untuk Ila." Ujar Hakimi.
"Ila anak sulong. Ila yang akan pikul tanggungjawab abah sekarang sehingga abah sembuh. Mungkin Ila terpaksa tangguhkan cita cita Ila untuk sambung belajar dulu. Ila kena terus kerja selagi Abah belum sembuh sepenuhnya" bait kata yang terpancul dari mulut Ila begitu pilu. Dalam kegembiraan mengejar cita citanya.. dia diuji pula.
Semalam baru dia menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UKM. Tiba tiba pagi ni dia dikejutkan dengan keadaan Abahnya pula.
Hakimi yang sedia maklum tentang tawaran itu..mengeluh perlahan. Sungguh berat dugaan yang dihadapi oleh gadis manis ini.
"Bila Ila kena daftar "
"Sepatutnya hujung bulan ni. Tapi mungkin bukan rezeki Ila agaknya. Ila redho"
"Abang nak Ila sambung belajar. Jangan sia siakan peluang yang ada. Abang akan bantu Ila" Hakimi memandang Ila.. memberikan semula harapan sigadis yang hampir berderai.
Perlahan lahan Ila mengelengkan kepala.
"Tak Abang Akim. Ila dah nekad.. Ila takkan sambung. Banyak yang Ila kena pikir.. Pasal Abah..pasal Ibu.. Hairul dan Husna yang nak exam tahun ni. Ila sanggup korbankan cita cita dan impian Ila.. asalkan mereka semua bahagia."
Hakimi terdiam. Dia membiarkan Ila melayan perasaannya.. Nanti nanti lah dia pujuk supaya Ila setuju dengan cadangannya.
"Jom makan dulu.. Lepas makan abang terus hantar Ila ke hospital. Kalau lewat sangat nanti guard tak bagi masuk" Hakimi bersuara.
Ila mengangguk perlahan. Walau pun tekaknya pahit untuk menelan makanan di hadapannya..dia memaksa jua diri untuk menghabiskan nasi di pinggannya.
----------------------------------
Setelah seminggu menemani Pak Usop.. akhirnya Pak Usop dibenarkan keluar dari hospital.
Pak Usop tidak dapat menggerakkan tangan dan kaki kirinya. Dia juga tidak dapat bertutur seperti biasa. Namun dia redho dengan keadaan dirinya.
"Assalamulaikum.Ila dah siap kemas barang Pakcik?" soal Hakimi yang terpancul di muka pintu bilik dimana Pak Usop ditempatkan.
"Waalaikumusaalam..ada sikit lagi belum siap" jawab Ila sambil tersenyum.
"Kalau macam tu..abang ambil surat kebenaran keluar dengan ubat pakcik dulu ye. Nanti dah settle semua abang datang sini" balas Hakimi.
Ila mengangguk. Tangannya kembali mengemaskan barang Pak Usop dan barangnya setelah Hakimi berlalu pergi.
"Abah.. Kejap lagi kita dah boleh balik. Abah jangan risau. Ila akan jaga abah sampai sihat." ujar Ila sambil tangannya membetulkan pakaian dan rambut Pak Usop.
Pak Usop hanya mengangguk. Hatinya sebak mengenangkan nasib keluarganya,selepas ini. Hanya kepada Allah dia bergantung harap sepenuhnya.
"Jom Ila.. abang bantu bawa pakcik. Ila boleh bawa tak beg tu?" tanya Hakimi
"Boleh.. tak berat pun kan ada roda ni. Ila tarik je" Ila senyum sambil mengangkat beg yang berada di atas katil itu.. terus di letakkan atas lantai.
"Semua barang dah ambil kan. Cuba check semula. takut ada yang tertinggal" Pesan Hakimi.
"Semua dah ambil abang Akim. InsyaAllah tak ada yang tertinggal"
"Kalau macam tu..jom kita gerak sekarang"
#############
Share this novel