29 lunch date

Romance Series 4617

"Bos..nanti jangan lupa lunch date dengan Cik Dahlia pukul 1 tengahari di Resident Hotel Bangi" Sofea mengingatkan Hakimi akan jadual kerjanya usai meeting yang baru habis.

"Ehh.. bila masa pula I kena keluar dengan dia ni. I rasa semua pasal kerja dah settlekan?" menjungkit sebelah kening Hakimi memandang PA nya itu meminta kepastian.

Sofea menundukkan sedikit kepalanya seolah olah ingin membisikkan sesuatu kepada Hakimi
"Yang ni Boss besar yang suruh I arrangekan untuk bos lunch dengan Cik Dahlia.
sorry bos.. "kedua telapak tangan Sofea bertangkup dan.diangkat separas dada meminta maaf dari Hakimi.

"Aduh.. kenapa lah papa ni tak habis habis dengan Dahlia. Dengar nama Dahlia pun dah buat I semput. Kalau keluar makan berdua dengan makhluk tu ...silap silap mati tercekik I tau" kesal betul Hakimi dengan sikap Dato Mohsin.

"Agak agak lah bos. Takkan keluar makan pun boleh sampai mati tercekik" Sofea ketawa mengekek. Gelihati dengan sikap Hakimi yang betul betul anti dengan makhluk bernama Dahlia itu.

Hakimi melihat jam tangannya. Hampir pukul 12.30 tengahari.

"You boleh keluar sekarang. I pergi dulu. Kang lambat lagi teruk I kena bebel dengan Big Boss you tu"

"Orite bos. Selamat berdating" ucap Sofea sambil menutup mulut menahan ketawa.

"huh" Hakimi mendengus kasar..geram terpaksa keluar dengan dan Dahlia dan juga geram si Sofea yang asyik menyakat.

"Hai Kimi" Dahlia melambai tangannya,apabila nampat kelibat jejaka pujaan hatinya itu di muka pintu cafe. Senyum manis terukir di bibirnya.

"Hai" sepatah sahaja yang keluar dari mulut Hakimi tanpa merenung Dahlia.

Sememangnya Dahlia gadis manja yang baik. Cuma sikap Dato Adam yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi permintaan anak manjanya itu..menjadikan Dahlia seorang yang selfish.

"You nak makan apa Kimi.. Lia oderkan" ucap dahlia. Matanya galak merenung Hakimi yang masih acuh tak acuh.

"Apa je.. I tak kisah"

"Kimi.. kenapa sekarang you lain sangat. Macam sengaja menjauhkan diri dari Lia. Lia ada buat salah ke"

Hakimi mendongak memandang Dahlia. Wajah yang di awalnya tadi begitu ceria dengan kedatangannya..kini berubah hambar.

Hakimi menarik nafas panjang dan perlahan lahan menghembusnya.

"Apa sebenarnya yang you harapkan dari I Lia?" terpancul soalan yang Hakimi pasti sudah menjangka jawapan yang akan diperolehinya nanti.

Wajah Dahlia berkerut. Tidak mengerti maksud kata kata Hakimi.

"Kenapa Kimi tanya Lia macam tu. Kimi tahu kan selama ni Lia sayangkan Kimi. Dan..... Lia pun tahu Kimi sayangkan Lia. Kitakan dah lama kenal" balas Dahlia. Sukar dia menjangkakan apa maksud pertanyaan Hakimi.

"Betul.. Kita dah lama kenal dan I pun sayang you..sebab you kawan I Lia."

"KAWAN??" Dahlia terkejut mendengar kata kata Hakimi.

"Yes. Tak lebih dan tak kurang. I sayang you hanya sebagai kawan I. Harap you jangan salah anggap" terang Hakimi lagi.

Wajah Dahlia berubah riak.

"Tapi Kimi..."

Belum sempat Dahlia meneruskan kata katanya Hakimi terus bersuara lagi.

"Dalam hati I dah ada seseorang yang sangat I sayang dan I cintakan dia Lia. I harap you faham. I tak mungkin memcintai you" Dia berharap Dahlia memahaminya dan tidak terus berharap padanya lagi.

Kali ini air mata yang ditahan tadi berderai jua membasahi pipi mulus Dahlia. Sangkanya Hakimi juga mencintainya dan sangkanya lagi Hakimi akan jadi miliknya.

"Sorry Lia. I tak bermaksud nak kecewakan you. Tapi hati I tak mampu untuk mencintai you. I'm so sorry" Ucap Hakimi perlahan.

Tanpa pamit..Dahlia bangun terus mencapai beg tangannya dan berlari keluar sambil menangis.

Hakimi hanya mengelengkan kepala serta meraut wajah dengan dua tangannya.Dia mendengus kesal.

Akhirnya Hakimi terus beredar dari situ.

Hampir setengah jam Hakimi termenung di dalam keretanya. Kusut dia memikirkan kemungkinan yang akan berlaku.

Sekiranya Dahlia mengadu pada Dato Adam..pasti Dato Adam akan memberitahu papanya Dato Mohsin. 'Arghhh kacau' getus hati Hakimi.

Dia juga tidak menyangka..Dahlia hanya menangis semasa dia berterus terang sebentar tadi. Ingatkan Dahlia akan mengamuk atau paling tidak memarahi atau pun menengkingnya. Tapi..Dahlia cuma menangis. Hakimi betul betul rasa bersalah.

Kak Hawa... Terus Hakimi mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor Hawa.

"Assalamualaikum Kimi" Suara dihujung talian kedengaran.

"Waalaikumussalam sis. You ada kat mana sekarang?" soal Hakimi.

"I kat butik..sibuk sikit. Why Kimi" Hawa menyoal Hakimi. Dia amat memgenali kerenah adik lelakinya itu. Kalau rindu..mesti terjongol kat Butik..tak pun kat rumahnya. Kalau telefon..mesti ada je masalah yang tengah dia hadap sekarang ini.

"oo.. I singgah kat butik you lah kejap lagi. Sbb sekarang I dekat bangi. Mungkin 15 minit I sampai. " tanpa menjawab pertanyaan Hawa tadi.. Hakimi terus memecut ke butik Hanan.

'Masalah apa pula kali ni' guman Hawa dalam hatinya.

"Assalamualaikum" sapa Hakimi sambil melangkah masuk ke dalam butik.

Hampir dua minggu lebih dia tidak berjumpa dengan Hawa. Kali terakhir semasa mengambil Ila di butik untuk pergi ke hospital.

"Waalaikumussalam.. hurmm bagus ada perubahan sekarang.. dah pandai bagi salam" usik Hawa mesra.

Tersengih Hakimi sambil menggosok belakang tengkuknya.

"Jom ke bilik akak.. kita,sembang kat dalam" Hakimi terus membototi Hawa ke arah biliknya.

"So.. apa masalah pulak harini" tanpa selindung Hawa menyoal Hakimi. Matanya merenung kewajah adik kesayangannya itu.

"Lia.. I mean Dahlia. I baru keluar lunch dengan dia.. Papa yang aturkan"

"ouwwh.. then" direct je soalan Hawa meminta penjelasan seterusnya.

"I dah berterus terang dengan dia yang I cintakan orang lain. I ingat lepas I admit semua tu..teruk I kena maki dengan Lia. Tapi dia hanya menangis dan terus pergi.. I rasa bersalah pula" jujur Hakimi menceritakan apa yang telah berlaku.

"Akak rasa biar Lia bertenang dahulu. Mungkin dia terkejut dengar apa yang Kimi cakapkan."

"Tapi sis..I risau papa marahkan I" Hakimi meraup wajahnya.

"Tenang dulu Kimi. Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin Dahlia boleh move on dan batalkan pertunangan you dengan dia. Who's know?" Terjungkit hujung kening Hawa dan matanya menikam lembut wajah adiknya itu.

"I hope so. Tapi kalau sebaliknya macam mana I nak hadap kerenah Papa sis" sungguh Hakimi buntu. Tak kahwin pun.susah..nak kahwin pun susah..

"Doakan yang baik baik. InsyaAllah. Ni dah solat zohor ke belum?..sekarang dah pukul 3 kebih" tanya Hawa lagi.

Hakimi hanya mengelengkan kepalanya.

"Kimi pergi solat dulu.. Nanti akak minta Ila buatkan minuman. Kita minum sama sama. " Serta merta senyum terukir di wajah Hakimi apabila si kakak menyebut nama gadis pujaan hatinya.

Lantas dia terus ke bilik solat di Butik itu untuk bermunajat dan menyerah diri pada sang Penciptanya.

Hawa pula terua ke ruangan kerja Ila. Semenjak Ila di arahkan menyiapkan tempahan perkahwinan anak Datin Zairina dulu.. Hawa telah memyediakan satu bilik khas untuk Ila.

"Ila sibuk ke..boleh buatkan 3 cawan kopi. Nanti hantar ke ruangan tetamu ye. "

"tak sibuk sangat. Ok kak..saya buat sekarang. Nanti saya hantar ke sana. Kuih pun ada kak..pagi tadi Ila tolong ibunsiapkan oder. Ibu suruh Ila tapau sekali untuk kita makan sama sama" Ila memberitahu Hawa.

"Wah... sedapnya. Nanti hidang sekali ye. Akak ke depan sekejap. Nampak ada customer baru masuk tu."

Ila terus ke ruangan pantry dan membuat kopi yang diminta Hawa.

Siap membancuh 3 cawan kopi panas bersama kuih kole kacang dan serimuka durian yang di bawa dari rumah turut dihidang sekali.

"Hurm.. Assalamualaikum" surau garau yang menyapa Ila membuatkan Ila terkejut. Mujur dia telah siap menghidang minuman di atas meja. Kalau tidak..maunya tertumpah kerana terkejut.

"Waalaikummussalam. Abang Akim rupanya.. Ingatkan siapa tetamu kak Hawa" sapa Ila lembut sambil tersenyum manis.

"Tadi ada lunch dekat Resident hotel bangi. Itu yang abang Akim singgah."

"Dah siap solat Kimi.. Jom Ila duduk minum sekali" tiba tiba Hawa muncul dari belakang.

" Tak pe kak Hawa.. Ila sambung kerja dulu ye"

" Duduk Ila. Nanti nanti je sambung kerja. Meh duduk sini" Hawa menepuk sofa di sebelahnya.

Ila akur dan terus duduk walaupun terasa segan. Lebih lebih lagi sebab Hawa sudah tahu hubungannya dengan Hakimi.

"Sedapnya kuih yang Ibu Ila buat ni. Kena je dengan tekak akak. Kimi makanlah.. Tadi pegi lunch mesti tak sempat makan apa apa kan" Hawa menjeling Hakimi yang leka merenung Ila. Yang si Ila ni pula tunduk memanjang. Hampir tergelak Hawa melihat keduanya. 'Angau betul lah adik aku ni' bisik hati Hawa.

"Akak ke depan sekejap..ada customer masuk tu...korang sembang lah ye" senhaja Hawa mencipta peluanh untuk keduanya. Bukan selalu dapat peluang berjumpa. Nasib badan dapat kakak dan majikan yang sporting.

"Abah Ila apa khabar?. Maaf abang Akim tak sempat nak jenguk. Lately banyak kerja yang abang Akim kena siapkan" Hakimi memulakan bicara setelah hampir beberapa ketika suasana sepi selepas Hawa keluar dari ruangan itu.

"Alhamdulillah. Nampak makin sihat. Muka pun dah tak pucat macam hari tu. Ibu pun selalu minta Pak Umar tukang urut dari kampung sebelah datang urut abah kat rumah. "

"Abang Akim ingat hujung minggu ni nak pergi jenguk pakcik. Nanti Ila bagitau.Abah ye. "

Ila mengangguk perlahan.

"Minum lah. Nanti sejuk tak sedap" pelawa Ila. Kopi yang telah siap dituang ke dalam cawan dihulur kepada Hakimi.

Hakimi menyambut dan menyisip sedikit kopi yang masih panas itu. Sesekali keduanya bertentangan mata.

###########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience