1 Exam

Romance Series 4617

"Alhamdulillah.. lega rasanya". Ila meraup tangan ke muka setelah kertas jawapan dikutip oleh pengawas peperiksaan.

"macam mana Ila..lepas ni kau nk buat apa?"Ayu menyoal Ila sambil tangannya ligat mengemas barang-barang di atas meja.. semua pen..pensil di masukkan dalam bekas.

"aku belum tahu lagi Ayu.. Rasanya aku nak cari kerja sebelum keputusan STPM keluar. Aku kena simpan duit kalau aku nak sambung belajar.. keluarga aku bukan orang senang.. kau pun tahu kan..adik2 aku pun ramai yg tengah belajar"Ila tunduk mengemas barang-barang nya juga.

Ila tidak pernah mengeluh dengan takdir hidup yang di lalui.. bahkan bersyukur. Seringkali dia berpesan pada dirinya.' ada lagi orang yang lebih susah darinya'. Itu lah yg sering disematkan dalam.hati. Dia perlu cekal dan tidak mudah patah semangat.

Sebagai anak sulung..Ila tau...besar tanggungjawab dan harapan yg diletakkan oleh org tuanya. Mereka mahu Ila jadi contoh pada adik-adiknya yang lain.

Pak Usop dan Mak Ijah sangat bersyukur mempunyai anak seperti Ila yang sangat patuh dan tidak pernah membantah kata-kata mereka.

Pak Usop sanggup bersusah payah bekerja supaya anak-anaknya dapat belajar sehingga ke menara gading.. Walau kadang-kadang tubuh tua itu terasa sangat lelah dan penat.

Namun apabila anak-anak menunjukkan keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan.. itu lah yang menjadi semangat Pak Usop agar bekerja lebih gigih lagi.

Ila sedar.. sebagai anak sulung dia tidak boleh duduk diam.. dia akan cari kerja secepat mungkin sebelum keputusan exam keluar. Dia sedar..berapalah sangat pendapatan ayahnya yang setakat kerja kampung.. kadang ada..kadang pernah seminggu mereka semua terpaksa ikat perut.

----------------------------

Dari jauh kelihatan sepasang suami isteri tersenyum memandang Ila. Jam baru menunjukkan 7.45pagi.

"awal Ila sampai"..sapa Abg Zani. Isterinya Hawa tersenyum memandang Ila dan menghulurkan tgn utk bersalam.

"Bas awal abang zani. Ila naik bas pukul 7.. klau terlepas bas tu..pukul 8 baru ada bas kedua.."senyum ila lembut sambil menjawab pertanyaan bossnya.

Hari ni adalah hari pertama Ila kerja di Butik milik Abang Zani dan isterinya. Ila bersyukur.. tak sampai seminggu dia sudah mendapat pekerjaan. Ila juga turut memaklumkan pada bossnya yg dia hanya bekerja sementara keputusan exam keluar. Bagi Ila..dia tdk mahu menyusahkan mana2 majikan yg terpaksa tergesa-gesa mencari pekerja ganti setelah dia berhenti kelak.

Sebelum mendapat pekerjaan di Butik itu.. dah banyak tempat Ila mohon..semua ditolak
Alasannya tidak mahu pekerja sementara.nanti menyusahkan mereka untuk cari pekerja ganti.

Mujur Sewaktu memohon di Butik abg Zani dan Kak Hawa...mereka sedang mencari pekerja baru. Salah seorang dari pekerjanya teraksa berhenti utk menjaga org tua yg tiba-tiba sakit.

------------------------------------

"Ila balik dulu..kak Hawa". ila bersuara setelah siap mengemas apa yang patut

"Hati-hati Ila..jumpa esok ye" pesan Kak Hawa. senang dengan Ila.
Baginya Ila seorang yang sangat sopan dan rajin membantu.. Biasanya kerja mengemas stok yg baru masuk akan mengambil masa dua tiga hari.
Stok yang sampai semalam..tingal sikit saja yg belum di label dan di letakkan harga.Ila sgt cepat belajar. Hawa puas hati dgn kerja Ila. 'budak ni pasti berjaya kelak' bisik Hawa dalam hati.

Jika ikut kan Ila..mahu je dia siapkan semua kerja tadi..
memandangkan dia balik dengan bas.. terpaksa dia balik awal. Bas terakhir ke kampungnya lagi 15 minit akan tiba. Ila mempercepatkan langkahnya ke bus stop berhampiran

bukkkk!!!

"HOII.. kau tak nampak ke.. Jalan Plpakai mata lah lain kali".

Ila menjeling sekilas apabila mendengar suara garau menengkingnya. Terus Ila menunduk tanpa mengangkat mukanya.

"Maaf encik..saya tak sengaja".. terketar2 suara Ila.. belum pernah dia ditengking begitu

lelaki itu mendengus dan berlalu. Dia menjeling sekilas gadis yang masih menunduk. 'Hurm cantik' desis hatinya.

Ila cepat-cepat mengambil payung yang terlepas dari tangannya setelah terjatuh tadi. terus dibuka. dan kakinya cepat-cepat melangkah.

cing..cinggg. bunyi key chain yang tergantung di hujung tangkai payung berbunyi2 galak apbl Ila berlari-lari anak. Hujan renyai2 mula turun.

Mujur Ila sempat sampai. Ila terus melangkah ke perut bas. Dari jauh sepasang mata melihat gadis kecil berbaju kurung itu hilang di dalam perut bas..

####

Assalam.. hai salam kenal semua. semoga terhibur dengan tulisan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience