Desas desus tentang perkahwinan Hakimi dan Haila sampai ke pengetahuan Dato Adam dan Dahlia.
Majlis merisik akan berlangsung lagi seminggu. Terketap gigi Dato Adam menahan amarah. Ugutan terhadap Dato Mohsin dan Hakimi seperti omongan kosong. Langsung tak berbekas di hati keduanya.
Melihat puterinya yang sudah dua tiga,hari berkurung dalam bilik setelah mendapat perkhabaran tersebut..makin memuncak amarah Dato Adam.
"Sabar Lia.. Daddy akan pastikan Kimi akan jadi milik Lia." Guman Dato Adam.
Pantas tangannya mendial nombor seseorang.
Tanpa menunggu lama deringan..talian terus bersambung.
" Aku nak maklumat tentang perempuan yang menjadi tunangan anak Dato Mohsin!" keras suara Dato Adam memberi arahan.
Seketika dia mematikan talian.
"Kalau cara diplomasi tak jalan... kau tunggu Sin... Tahulah apa yang aku nak buat"
Senyum sinis terukir di bibir Dato Adam.
"Ila.. Ni baju untuk majlis bertunang nanti. Ila try dulu..nanti boleh kita betulkan mana yang tak kena" Ujar Hawa pada Ila.
"Mahal ni kak Hawa.. segan Ila" Ila merasa dirinya tidak layak memakai persalinan yang mahal itu.
"Ila jangan risau. Kimi yang minta akak sediakan semua ni. Time ni lah akak nak paw duit Kimi cukup cukup" Usik Hawa. Kedua duanya tergelak dengan usikan Hawa itu.
" Kalau macam tu..baiklah Kak. Terima kasih tau". Baju dari tangan Hawa diambil. Ila segera ke bilik persalinan. Dia perlu segera menyelesaikan urusannya hari ini kerana dia terpaksa pulang dengan menaiki bas.
Semenjak seminggu lepas..Hakimi akan mengambil dan menghantar Ila pulang. Namun selama tiga hari dia terpaksa menguruskan kerja di Johor.
"Dato... saya dah dapatkan maklumat yang Dato minta tu" Satu fail yang hanya menngadungi beberapa helaian kertas di letakkan di atas meja di hadapan Dato Adam.
"Nah... ganjaran atas kerja kau.. Kau boleh keluar sekarang." sambil tangannya mencampakkan sekeping sampul surat yang kelihatan akan menggelembung dan padat isinya.
"Baik Dato.. Kalau perlukan khidmat kami...Dato just call je. Kami keluar dulu". Kedua lelaki yang berpakaian serba hitam itu menundukkan sedikit kepala ke arah Dato Adam dan segera beredar dari situ.
Fail hitam dicapai. Dato Adam meneliti semua butiran yang tercatit pada helaian kertas tersebut.
"Oo.. anak Yusof rupanya. Hidup lagi kau Yusof..Aku ingatkan dah berambus. Dulu kau pernah ganggu urusan aku..dan sekarang hubungan anak aku terhalang disebabkan anak kau. Takpe..takpe. Kau orang tengok je nasib korang macam mana."Dato Adam ketawa lantang.
Fail hitam itu dihempas geram.
"Joe.. I need your help" Tutur Dato Adam bila talian telefonnya bersambung.
"Jumpa tempat biasa setengah jam dari sekarang" sambung Dato Adam lagi.
Selesai mematikan panggilan..Dato Adam bergegas keluar.
"Syida.. I keluar ada hal kejap. Batalkan meeting I petang ni"
Terpingga pingga setiausaha Dato Adam mencerna kata- kata majikannya sebentar tadi.
Hanya anggukan yg mampu di balas.
'Apa hal pulak bos ni. Tak pernah lagi batalkan meeting. Tambah pula meeting yang penting' guman Syida yang merasa pelik dengan kelakuan Dato Adam.
"Dia boss..I kuli.. So follow the flow" Syida mengelengkan kepala agar tidak perlu pening kepala fikirkan masalah bossnya.
"Selamat petang Dato" sesusuk tubuh tegap yang kelihatan kukuh dan kekar berdiri disebelah Dato Adam.
Masing -masing masih memandang ke hadapan menikmati desiran ombak yang memukul pantai.
"Nah tugasan untuk kau Joe" Fail hitam yang dihulur Dato Adam bertukar tangan.
"Aku nak kau dapatkan perempuan ni. Seminggu lagi budak tu akan bertunang. Kau nak buat apa pada budak tu..terpulang pada kau. Yang penting majlis pertunangan itu perlu di halang."
"Baik Dato. Semua pasti saya uruskan"
"Kalau macam tu.. Nah ini habuan kau. Selebihnya aku akan berikan selepas semua selesai" Satu sampul surat coklat yang kelihatan tebal di ambil oleh lelaki tersebut.
Kedua-dua terus beredar meninggalkan tempat tersebut.
Masuk sahaja ke dalam kereta.. fail hitam yang diberikan oleh Dato Adam...terus dibuka.
Berkerut keningnya membaca maklumat yang tertera. Nafas yang panjang dihela sambil memejam rapat kedua matanya.
"Haila" separa berbisik dan terukir senyum sinis di hujung bibir lelaki bernama Joe itu.
Share this novel