Sedar tak sedar.. sudah hampir sebulan Ila bekerja di Butik Hanan. Dia makin cekap menguruskan Butik dan melayan pelanggan.
"Ila.. sebelum balik nanti..jumpa Kak Hawa ye". pesan Hawa.
"Baik Kak". Ila tersenyum memandang majikannya yang sangat baik itu. Banyak tunjuk ajar yang diberikan dengan ikhlas.
.
.
.
TOK! TOK! TOK!!
"Masuk"
"Assalamualaikum kak Hawa" Ila menutup pintu dan melangkah menghampiri meja majikannya itu
"Waalaikumussalam. Duduk dulu Ila. Sekejap ye, Akak siapkan kerja sikit.". Kak Hawa masih memandang laptop di hadapannya
"Baik kak".Ila memandang wajah Hawa yang nampak serius menyiapkan kerjanya itu
Dia sangat kagum dengan Kak Hawa. Baginya Hawa seorang yang sangat berdikari dan bercita2 tinggi
"ok.. siap juga" tangan Hawa menutup laptop di depannya dan memandang Ila
"Ada apa Kak Hawa nak jumpa Ila"
"Begini Ila..... Ingat tak Datin Zairina.. customer akk yang kita jumpa 3 minggu lepas"Hawa memandang Ila
Ila mengangguk tanpa mencelah.. dia menunggu patah perkataan yang akan keluar dari mulut majikannya lagi
"Lagi 2 bulan..anak Datin Zairina nak Kawin. Dia nk kita yang siapkan baju pengantin anaknya itu.. 3 pasang. satu untuk majlis akad nikah.. satu untuk majlis resepsi sebelah perempuan dan lagi satu untuk majlis bertandang ke rumah pihak lelaki...tapi........" mata Hawa memandang tepat pada anak mata Ila.
"Datin nak Ila yang siapkan jahitan manik dan labuci semua persalinan pengantin. Datin pesan..dia tak nak yang ready made. Dia nak semua jahitan tangan Ila. Datin sangat berpuas hati dengan design dan corak jahitan manik Ila sebelum ni"
"Kak Hawa belum bagi kata putus pada Datin..sebab Kak Hawa nak tanya Ila dulu" Kak Hawa tersenyum selepas meluahkan apa yang terbuku. Dia tahu yang Datin Zairina amat cerewet tentang kualiti. Namun semenjak Ila bekerja disitu..Datin Zairina sangat sukakan hasil kerja Ila
"macam mana Ila.. Ila boleh buat tak."
"Sebenarnya Ila takut kak Hawa.. ye lah baju pengantin kut.. kalau setakat dress untuk dinner..baju kenduri kawin tu tak de lah details dan sarat sangat. Ila takut Datin dengan anaknya tak puas hati dengan hasilnya nanti" Ila memandang wajah Hawa
"Akak pun dah bagitau Datin. Akak dah cakap yang Ila baru lagi kerja. Tapi Datin cakap dia yakin dengan kebolehan Ila". "satu lagi.. dia pesan pada akak supaya updated progress kerja Ila pada dia setiap 2 hari. Jadi Ila tak perlu risau kalau ada yang datin nak ubah..dia akan bagitau segera pada Ila."
"Kalau macam tu.. baik lah kak Hawa. Nanti Kak Hawa bagi tunjuk ajar ye. Ila masih tak yakin untuk terima tugasan ini"
"akak yakin Ila boleh" ucap Kak Hawa sambil memegang tangan Ila..seolah2 menyalurkan semangat pada Ila
"InsyaAllah Kak.. Ila cuba sehabis baik"
"Kalau macam tu..esok Datin dengan Alya akan datang untuk bincang hal ini. Nanti akak call Datin cakap Ila setuju..mesti Datin happy"
"baik kak.. saya akan buat sebaik mungkin.. ada apa-apa lagi ke yang kak Hawa nak bincang". Ila menjeling jam di tangannya.
"tak de dah..Ila kalau nak balik..pergi lah. dah pukul 5 lebih. nanti tertinggal bas" Kak Hawa tersenyum. Dia sangat memahami kesusahan gadis kecil molek itu. Kalau tertinggal bas..terpaksa Ila naik grab.
Hawa tahu Ila berjimat cermat menabung untuk menyambung pelajarannya nanti. Dia sangat mengagumi gadis itu yang tidak pernah mengeluh.
"kalau macam tu..Ila balik dulu ye Kak Hawa. Jumpa esok"
"Bye Ila.. hati-hati tau"
"terima kasih kak"
-------------------------------------
Malam itu usai solat isyak..Pak Usop sekeluarga makan malam .
Selesai mambasuh pinggan dan mengemas meja..Ila membancuh seteko kopi O panas lalu di bawa ke ruang tamu.
Ila memandang kedua adiknya Husna dan Hairul tekun mengaji Quran di hadapan Pak Usop. Begitu lah rutin mereka sepanjang cuti sekolah. Lagi beberapa minggu..persekolahan akan bermula. Hairul akan memasuki tingkatan 5 dan Husna pula tingkatan 3.
Haila sedar..banyak tanggungjawab yang dipikul oleh abahnya. Mesti banyak duit diperlukan untuk membeli buku dan membayar kelas tuition adik-adiknya itu. Ila tekad..dia akan cuba membantu abahnya. Dia rela berkorban demi adik-adiknya itu.
"Ila..mana cawan?" sapa Mak Ijah mematikan lamunan Ila
"kejap mak..ada kt dapur. nanti Ila ambilkan"
"Mak... Abah.. ada customer di Butik kak Hawa nak Ila siapkan perincian manik untuk baju pengantin anaknya. Mak dengan Abah doakan Ila ye. Ila takut sebenarnya nak terima tugasan yang kak Hawa beri ni.. tapi Datin tu nak Ila juga yang buat. Tu yang Ila risau.." Ila bersuara sambil duduk disofa bersebelahan Mak Ijah
"InsyaAllah mak doakan Ila.. mak yakin Ila boleh. Bila kita buat kerja dengan ikhlas..Allah akan permudahkan. Mak tahu Ila boleh" Ujar mak Ijah
Mak Ijah sedar..Ila mewarisi bakat jahitan darinya. Sebelum ini..Ila banyak membantunya menyiapkan tempahan jahitan... Tambah- tambah bila tiba musim perayaan. Memang tak menang tangan. Ramai yang memuji hasil tangan anaknya itu.
Tulang belut..mata lalat.. sebut je apa jenis jahitan tangan.. semua Ila siapkan dengan kemas dan teliti.
"Minum bah".. Pelawa Ila sambil menuang kopi o untuk abahnya. Adik adik nya dah menghilang dalam bilik masing-masing selepas siap mengaji.
Pak usop mengangguk sambil mengambil cawan yang dihulurkan oleh Ila.
'Bismillah' terpejam mata Pak Usop menikmati kopi o buatan anaknya itu.. sedap seperti biasa.
"Kalau Kak Hawa dah confirm dengan Datin..Hari minggu Ila kena pergi kerja mak..abah" Ila memberitahu orang tuanya. "dua bulan je.. siap je baju pengantin tu.. Ila kerja macam biasa" sambung Ila sambil memandang abahnya
"mulai minggu depan mungkin Ila balik lambat. Pukul 10malam baru abis kerja"
"kalau macam tu..nanti abis kerja abah ambil ye"kata Pak Usop.
Jaga anak dara ni bukan senang. Hatinya sedikit risau bila mendengar kata2 anaknya itu.
"tak pe abah. Waktu balik Ila ambil grab je. Abah pun bukannya boleh drive waktu malam. Lagi satu Kak Hawa dah bagitau Ila. Dia akan booking grab untuk Ila..tambang grab semua dia tanggung. lagipun yang bawak grab tu kawan tempat kerja suaminya...kawan kak Hawa juga" Ila menerangkan semua apa yang telah diberitahu Hawa tadi.
"baik betul bos Ila ye.. " Mak Ijah menyampuk.
"Ye mak.. sebab tu Ila tak sampai hati nak tolak permintaan kak Hawa. Sebab tu juga Kak Aina dengan Kak Lia suka kerja dengan kak Hawa. Diaorang cakap susah nak cari bos sebaik Kak Hawa"
Mak Ijah sedia maklum dengan dua lagi rakan kerja Ila. Walaupun tidak mengenali mereka..sedikit sebanyak cerita yang dia dengar dari mulut anaknya itu..dia tahu..kedua-duanya amat baik dengan Ila.
Dia bersyukur yang Ila sentiasa didampingi oleh orang-orang yang baik.
Bisik Mak Ijah 'semoga Allah sentiasa memelihara mu wahai anak' Doa yang sentiasa dipanjatkannya kepada yang Maha Esa
##############
Lama tidak berkarya di sini. kesibukan pada kerja hakiki sedikit menghalang.
mungkin bab ini sedikit membosankan. semoga terhibur
luv u guys
Share this novel