12 mat motor

Romance Series 4617

Bulan ke dua Ila bekerja di Butik Hanan.. bermulalah tugasnya menyiapkan tempahan pakaian pengantin anak Datin Zairina. Ini bermakna waktu kerjanya juga berubah.

Ila akan bekerja sehingga jam 10 malam... bermakna tiap malam sehabis waktu kerja dia akan pulang dengan grab.

"kak Hawa.. esok Ila masuk lambat sikit ye. Mak kena siapkan tempahan kuih. Saya kesiankan mak. Ingat nk tolong dia dulu sblm saya keluar.Dalam pukul 10 saya masuk kerja".

"Boleh je Ila. Semalam kan Ila dah bagitau akak." Hawa tersenyum memandang Ila. Sungguh bertuah siapa sahaja yang berdamping dengan gadis kecil molek ini. Sangat bertanggungjawab. Baik dalam kerja atau pun sebagai anak.

"Lagipun.. Datin Zairina datang sini sebelah petang. Sempatlah nanti Ila jumpa dia." terang Kak Hawa.

"ye Kak.. Harap dia suka dengan design yang Ila dah buat ni." Ila memandang Hawa.

"InsyaAllah Ila. Akak dah hantar gambar pada Datin. Dia cakap sangat cantik dan berpuas hati. Sebab tu dia nak singgah esok. Nak tengok sendiri" Hawa tergelak kecil dengan keletah Datin Zairina.

"Kalau macam tu..lega saya mendengarnya. Saya ke belakang dulu kak Hawa. Nak solat asar jap. Lepas tu nak sambung kerja" Ila meminta diri.

"Ha ah.. Ila pergilah solat. Lepas tu pegi minum dulu. Tadi ada kuih akak beli masa keluar makan dengan Hakimi" Ujar Hawa.

"terima kasih kak Hawa." Ila terus berlalu

-------------------------------

Malam itu seperti biasa Ila menunggu kawan Hawa. Hampir 10.15pm masih belum nampak kelibat kereta yang ditunggu-tunggu.

'ish..mana kak Ain ni. biasa sblm pukul 10 dah sampai sini.' guman Ila.

Ting!!

Satu mesej masuk ke telefon Ila.

Cepat dia melihat mesej tersebut.

~ Assalam Ila. Ni Kak Ain. Sori Kak Ain lambat sikit. Tayar kereta pancit -- Kak Ain

~ Waalaikumussalam. Ye ke kak.. Tak pe lah. Nanti Ila cari teksi. Kesian Kak Ain. Nanti lambat sampai rumah kalau datang ambil Ila -- Haila

~ Ila tak pe ke.. Akak pun belum pasti pukul berapa suami akak sampai. Tadi dia cakap dah on the way -- Kak Ain

~ Ila ok je kak.. kalau tak dapat teksi.. nanti Ila bagitau akak semula ye -- Haila

~ ok Ila. apa-apa bagitau akak. Sebab Ila bawah tanggungjawab akak.. ni amanah dari Hawa -- Kak Ain

~ Baik kak. Akak pun take care tau. Nanti Ila mesej akak semula -- Haila

Ila terus bergegas ke perhentian bas. Dia perlu mendapatkan teksi.

Hampir 15 minit dia menanti. Sebuah teksi masih belum kelihatan. Kawasan tempat kerjanya memang sukar untuk mendapatkan teksi.. lebih-lebih lagi di waktu malam. Sebab tu Hawa menempah grab untuk Ila supaya senang Ila pulang kerja setiap malam.

Ila mula gelisah. Kawasan tempat dia menunggu teksi itu semakin lengang. Tiba-tiba dua buah motor berhenti di hadapannya.

Ila mula cemas. Dua orang pemuda yang menaiki motosikal itu berjalan mendekatinya.

"hai.. sorang je ke adik manis.. jom ikut abang kita ronda-ronda dulu. Pegi makan ke" salah seorang dari mat motor itu bersuara.

Yang seorang lagi tersengih-sengih sambil menganggukkan kepalanya. Seolah mengiakan apa yang dikatakan oleh kawannya itu.

"Jangan ganggu saya. Nanti saya menjerit" Air mata Ila mula merembes laju. Dia sangat ketakutan.

Kakinya perlahan menapak ke belakang.
Terasa lemah dan tidak mampu diangkat.

"sekejap je adik manis. Lepas tu abang hantar lah balik". Seorang dari mereka mula menapak menghampiri Ila.

"Pergi!! Jangan ganggu saya".
'Ya Allah.. apa harus aku buat. Engkau selamatkan hambamu ini' hati Ila kini hanya berserah pada Allah. Dia panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Air mata semakin laju menuruni pipi Ila. Kedua pemuda itu makin hampir dengan Ila.

Salah seorang dari mereka pantas memegang pergelangan tangan Ila membuatkan Ila tergamam dan hampir jatuh akibat terlampau terkejut.

"Hoi..apa yang korang buat ni ha". tiba-tiba satu jerkahan mengejutkan kedua pemuda itu. Pantas mereka menghidupkan motorsikal dan memecut lari meninggalkan kawasan tersebut.

Ila terjelepuk. Wajahnya pucat dan penuh dengan air mata.

"Cik ok ke." Tanya satu suara garau.

Ila mengangguk perlahan. Namun masih kaku disitu. Kakinya lemah untuk berdiri. Mukanya masih menunduk. Esakannya masih belum reda.

"Cik tunggu sekejap ye.."

sebentar kemudian pemuda tadi dengan seorang wanita datang menghampiri Ila.
"Anak tak apa-apa ke".kedengaran satu suara di sisi Ila. Lantas perlahan-lahan Ila mengangkat wajahnya.

Ila cuma menggangguk lagi. Dia yang masih trauma dan ketakutan itu tidak mampu bersuara.

"Man..ambilkan air kat dalam kereta" wanita yang berada di sisi Ila menyuruh anaknya mengambil air mineral di dalam kereta.

"Minum air ni dulu nak. Baca Bismillah dan Selawat ye.. InsyaAllah anak akan rasa tenang".

Ila menurut apa yang disuruh. Baru terasa lega dan sedikit tenang.

"Terima kasih makcik. Maaf saya dah menyusahkan makcik".

"Anak ni nak ke mana" soal wanita itu.

"Habis kerja tadi saya tunggu teksi..nak balik rumah. " terang Ila.

"oo.. kalau macam tu..jom makcik hantarkan. Kat sini susah nak dapat teksi". wanita itu tersenyum memandang Ila.

"menyusahkan makcik je. Rumah saya jauh." Ila serba salah untuk menerima perlawaan wanita itu. Tambahan pula dia tidak mengenali mereka. Takkan sesuka hati boleh menerima perlawaan dari orang yang dia tidak kenal.

"Takkan anak nak duduk tunggu teksi kat sini. Bahaya tau. Nanti jadi macam tadi". Ila memandang wajah wanita yang sebaya Ibunya itu. Ternampak keikhlasan di wajah wanita itu.

" macam nilah. anak call orang tua anak dulu..nanti bagi makcik bercakap dengan diaorang." wanita itu menyambung lagi.

Ila mengangguk. Tanggannya mendial no rumahnya. Terdengar suara ayahnya dihujung talian.

Setelah berbual seketika dengan Pak Usop, Ila menyerahkan telefonnya pada wanita itu.

Wanita itu menceritakan apa yang terjadi dan meminta izin untuk menghantar Ila pulang.

Kemudian telefon diserahkan semula pada Ila. Ila berbual semula dengan abahnya.

"Abah izinkan makcik hantar Ila balik. maaf Ila menyusahkan makcik" kata Ila sejurus menamatkan perbualan di telefon.

"Oo..Ila namanya. Cantik macam orangnya juga. Jom makcik hantarkan" Wanita itu memimpin Ila ke keretanya.

"Jom Man. Apa lagi tercegat kat situ". Wanita itu bersuara pada pemuda yang ada bersamanya tadi.

"ni Aiman. Anak makcik. Makcik pula nama Rubiah". Puan Rubiah mengenalkan lelaki yang telah menolong Ila tadi.

" Terima kasih encik Aiman..makcik Rubiah. Ila tak tahu apa jadi kalau makcik dan encik Aiman tak ada tadi".

"Tak pe Ila.. mujur makcik lalu kawasan ni tadi. Dah lah tu..jom kami hantar Ila balik. Nanti keluarga Ila risau pula". jelas puan Rubiah.

Aiman hanya mendiamkan diri.

Dia terus memandu kereta untuk menghantar Ila pulang.

##########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience