8 pengsan lagi

Romance Series 4617

Hakimi Adli masih merenung si gadis yang telah berjaya mencuri hatinya ini.

"mesej boyfriend ke". Hakimi menebak. Lantas Ila merenung mata coklat lelaki di hadapannya itu.

"Tak ada lah tuan.. saya mesej kak Aina. sebab tadi saya minta dia tapaukan untuk saya". cepat2 Ila mengalihkan pandangan ke luar restoren. Tak sanggup dia menentang mata jejaka di hadapannya ini.

"panggil Kimi je.. tak payah 'tuan2'".

"maaf tuan.. saya tak biasa lah". Ila masih lagi menunduk.. sambil menguis-nguis makanan di dalam pinggannya.

"Kalau macam tu.. tukar panggilan 'tuan' tu dengan panggilan 'awak' je.. boleh?" Hakimi masih merenung Ila.

Rimas Hakimi bila dibahasakan 'tuan' oleh Ila. 'Langsung tak romantik' guman Hakimi dalam hati.

"kalau macam tu.. boleh lah..". sepatah di soal.. sepatah di jawab. Muka Ila dah mula membahang.. MALU.

Seumur hidupnya belum pernah lagi keluar makan berdua dengan lelaki... tambah pula lelaki dihadapannya ini adik kepada majikannya. Memang kekok habis. Nak makan pun tak kenyang guman Ila dalam hati..

Selesai makan tengahari.. Ila dan Hakimi keluar dari restoran itu menuju ke Butik Hanan.

"Allahuakbar" Jerit Ila terkejut apabila tangannya tiba2 disentap kuat oleh Hakimi.
Badannya terdorong tepat ke dada bidang Hakimi.

Dengan debaran dan masih lagi terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba itu.. Ila terpaku. Nafasnya turun naik tercungap-cungap..seolah-olah mencari semangatnya yang entah terbang ke mana sekejap tadi.

"awak ok tak" tanya Hakimi.. tangannya memegang kedua belah bahu Ila yang masih lagi terkejut.

"Ila.. awak ok tak ni". Hakimi menyoal lagi.. Dipandangnya muka Ila yang kelihatan semakin pucat..

Tiba-tiba Ila terkulai jatuh dipangkuannya.

Hakimi panik dengan keadaan Ila yang tiba-tiba pengsan.

Segera dia mengeluarkan telefon dan menghubungi Hawa.

"Sis.. tolong sis. .Your staf pengsan lagi.." Hakimi dah semakin panik..

"kenapa Kimi.. apa yang berlaku" suara Hawa. cemas dihujung talian

"Tadi masa nak cross jalan dari restoren depan butik..Ila nyaris nak kena langgar dengan motor.. mujur Kimi sempat tarik dia.. tiba2 Ila pengsan. Kami kat tepi jalan ni.. cepat lah sis. I tak tahu nak buat apa ni"

"ok jap.. I call Aina.. rasanya diaorang dah on the way balik butik tadi. U minta tolong sapa2 area situ.. buka butik dan bawa Ila masuk sana dulu." satu persatu Hawa mengarahkan Hakimi.

Hakimi segera mengambil kunci butik yang ada dalam beg Ila.. Tubuh genit itu dicempung. Laju kakinya melangkah ke arah butik. Dia meminta seorang perempuan yang kebetulan lalu di hadapan butik membuka kan butik itu.

Ila dibaringkan di atas sofa.. aircond dan lampu dipasang.

"tuan Hakimi.. Ila macam mana". Aina dan Kamalia menerpa ke arah Ila yang masih tidak sedarkan diri.

"Belum sedar lagi kak Aina.".

Hakimi menceritakan peristiwa yang berlaku sekejap tadi.

"Ambilkan air Lia". Kamalia segera mengambil sebotil air mineral lalu dihulurkan pada Aina.

Aina membuka botol dan menuang sedikit ke atas tapak tangannya. Air itu disapu dan diusap berkali-kali pada wajah Ila.

Perlahan-lahan Ila mula membuka mata. Wajahnya pucat tidak bermaya.

"Ila ok tak ni" tanya Aina. Dia risau melihat wajah Ila yang pucat itu.

"Ila ok kak.. cuma kepala rasa pening sikit."
"maaf lah Ila dah menyusahkan kak Aina". Ila merasa bersalah melihat Aina dan kamalia yang mengambil berat tentangnya.

"Maaf tuan Hakimi.. sebab saya dah menyusahkan tuan". Ila bersuara apabila melihat Hakimi yang berdiri di tepinya. Mukanya terasa membahang dan merah. Ila sebenarnya terkejut semasa tangannya dipegang dan ditarik oleh Hakimi semasa kejadian tadi. Ditambah pula tubuhnya yang terdorong ke badan Hakimi.
Kerana terlampau terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba itu..membuatkan dadanya terasa sesak dam terus pengsan.

"Awak ok ke Ila.. jom saya bawa ke klinik.. risau pula saya tengok awak ni.. pucat je" kerisauan jelas terpancar di wajah Hakimi.
Timbul rasa bersalah kerana kecuaiannya semasa mereka mahu melintas jalan .

"saya ok je tuan Hakimi. kalau saya rasa masih tak sihat..nanti saya ajak Kak Aina atau Kak Lia temankan saya ke klinik"

'hish..maunya dia tahu aku pengsan sebab terpeluk dia tadi..mana nak letak muka ni. Maunya tak pengsan..seumur hidup aku belum pernah peluk lelaki bukan mahram.. macam nak gugur jantung aku tadi 'guman hati Ila.

"ok lah..saya dah nak kena balik ofis ni. kalau ada apa-apa..bagitahu kak Hawa". Ila cuma mengangguk.

"Kak Aina..Kak Lia.. saya pergi dulu. tolong tengokkan Ila ye sementara Kak Hawa sampai".

"tuan Hakimi jangan risau.. kami berdua boleh jaga Ila".kak Aina tersengih memandang Hakimi.

------------------------------

"Boss. pukul 3.30ptg boss ada meeting dengan Dato Zakri di Global Holding" Sofea mengingatkan Hakimi tentang jadualnya untuk petang itu.

"Ok sofea thanks. nanti awak bawa semua fail untuk meeting tu. pukul 2.30 kita gerak".
"oh ye. nanti you bawak kereta you.. sebab lepas meeting I ada urusan lain"

"orite boss. saya keluar dulu".

Hakimi termenung.. dia risaukan Ila. Sejak bertemu Ila..dah dua kali gadis itu pengsan.

Hakimi mengambil telefon dan mendail.nombor Hawa.

"Hello sis. you dah sampai kat butik ke" soal Hakimi apabila mendengar suara Hawa menjawab panggilannya.

"Baru nak duduk ni Kimi. Kenapa call akak" Hawa berpura-pura tanya. Dia tahu yang Hakimi risaukan Ila.

"macam mana Ila..dia ok tak lagi sebab tadi masa Kimi nak balik ofis..muka dia pucat sangat". Kerisauan jelas terpapar pada suara Hakimi.

"dont worry Kimi. Akak dah suruh Ila rehat je kat belakang. Nanti dia ok lah tu."

"ok lah sis klau macam tu. I got to go now. kejap lagi nak ke Global Holding. Ada meeting dengan Dato Zakri. Bye sis..luv u"

######

hapoy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience