19

Romance Series 4617

Pejam celik..dah hampir beberapa bulan Ila bekerja di Butik Hanan. Esok dia akan meminta cuti bagi mengambil keputusan STPM.

Rutin kerjanya juga kembali seperti biasa. Pukul 5 petang dia akan bersiap siap untuk pulang.

"Good Luck Ila" Ucap Aina dan Kamalia serentak.

"thanks kak Lia..Kak Aina"
"Ila balik dulu ye..takut terlepas bas".

Ila berjalan menuju ke perhentian bas. Melihat ada ruang kosong tempat menunggu bas..tanpa lengah dia melabuhkan punggung dan terus duduk.

"Ila.."Satu suatu menyapanya..membuatkan Ila tersentak.

Segera dia berpaling. Dilihat Hakimi tersenyum memandangnya.

"Apa awak buat kat sini" Tanya Ila gugup. Terkejut dengan kehadiran Hakimi secara tiba tiba.

"Esok keputusan exam keluarkan.. so I just want to wish you good luck"

"Thanks" sepatah sahaja yang hanya mampu Ila balas. Sungguh dia gugup bila berhadapan dengan Hakimi.

"Can I have your phone number. Sorry. Sebenarnya dah lama I nak minta.. tapi tak berkesempatan." Hakimi merenung tepat ke arah mata Ila.

Kali ni dia nekad. Dia akan menurut kata hatinya..menyayangi dan menyintai gadis hitam manis yang berdiri di depannya.

Ila terpana dengan renungan dari Hakimi. Hatinya sangat merindui untuk menatap wajah redup jejaka itu. Masing masing terdiam seketika dan saling bertatapan.

"Can I" ulang Hakimi lagi.

Ila tertunduk malu. Menyedari keterlanjuran menatap wajah anak teruna orang.. Mukanya merona merah. Kepalanya diangguk angguk perlahan.

Hakimi segera menghulur telefon bimbitnya pada Ila.

Segera Ila menaip nombor di skrin telefon tersebut.

"Ni nombor saya. Maaf saya balik dulu. Bas dah sampai". telefon dihulur semula pada Hakimi.

"Hati hati" ucap Hakimi.

Ila hanya mengangguk dan tersenyum. Dia segera memboloskan diri ke dalam perut bas.

-------------------------------

"Assalamualaikum" Laung Ayu.
"Waalaikumussalam" Jawap Pak Usop yang berada diserambi rumah.

"Ila dah siap ke pakcik" Ayu bertanya sambil tersengih.

"Naiklah dulu Ayu. Ila tengah bersiap tu" ujar Pak Usop

"Tak pe pakcik. Ayu tunggu kat bawah ni je. Nanti kalau dah masuk dalam..lambat pula."

"yelah. Nanti pakcik panggil Ila" Baru Pak Usop bangkit dari kerusinya..terjongol wajah Ila di muka pintu.

Ila segera menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Pak Usop.

"Doakan Ila ye Abah"

Terus tubuh kecil anaknya itu ditarik dan dipeluk.
"Abah sentiasa doakan semua anak abah". Satu kucupan diberikan ke dahi Ila.

"Terima kasih Abah. Ila pergi dulu ye".

Mak Ijah yang baru tiba di muka pintu memerhati Ila yang sudah melangkah menuju ke arah sahabatnya Ayu. Mereka segera masuk ke dalam kereta Myvi milik Ayu.

"Saya rasa berdebar lah Abang" Ucap Mak Ijah sambil memandang wajah suaminya

"kita doakan yang terbaik..dan redho dengan segalanya" Balas Pak Usop sambil memeluk dan mengusap bahu isterinya itu.

##############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience