Seperti biasa waktu kerja Ila habis jam 5.30 petang .. sepatutnya waktu pulang semua staf adalah jam 7malam. Hanya pada musim perayaan sahaja Butik Hanan milik Hawa Izzaty dan suaminya Ikram Izani itu berlarutan sehingga 10malam.
Pantas Ila melangkah laju menuju pondok bas yg berhampiran butik. Rintik halus mula menjamah kulit mukanya.
'dah hujan'. guman hatinya. Ila sedikit lega kerana sudah hampir ke pondok bas. Sekilas dia memandang jam di tangan.. lagi 5 minit.
Ila memerhati sekeliling.. ada dua tiga orang yang menunggu bas di situ.. masing2 sibuk dengan gadget di tangan..tanpa menghiraukan suasana di pondok bas itu.
Ila bingkas bangun apabila nampak bas yang di tunggu tiba.. tanpa perlu beratur lama..Ila sudah berada di perut bas..
Bas mula bergerak perlahan.. hujan mula turun dengan lebatnya.. Hampir setengah jam perjalanan, bas mula membelok memasuki simpang ke kampungnya..
Keluar dari perut bas.. Ila berlari berteduh di pondok bas yang berdekatan rumahnya.. Baru dia teringat.. payungnya tertinggal di tempat dia menunggu bas untuk pulang tadi. Nak tak nak..Ila berlari-lari anak ke rumahnya yang jarak hampir 200meter itu.
Tak lah jauh kan...tapi kalau dah hujan lebat.. 200m tu terasa jauh.. kompem basah kuyup.
Pak Usop yang berada di serambi..mengeleng-ngeleng kepala.. kesian dia melihat anak gadis suntinya lencun dek hujan.
"Masuk ikut pintu dapur Ila..terus ke bilik air. Nanti abah suruh Husna ambilkan tuala dan kain"
Pak Usop segera memanggil Husna yang sedang membantu Mak Ijah melipat kain.
"Husna..ambil tuala dengan pakaian kak Ila"suara pak Usop..tenggelam timbul hilang dalam bunyi hujan yang lebat.
Husna...anak bongsu pasangan Pak Usop dan Mak Ijah itu..segera bergegas ke bilik Ila.. kemudian terus ke dapur.
Malam itu..sesudah solat isyak..Ila tertidur..
------------------------------------------
"Ila..Ila.."
tok..tok..tok
"Ila..Ila.." Mak ijah memanggil lagi sambil tangannya mengetuk pintu bilik Ila..
krekk
"Ya mak.." mata ila sedikit merah dan layu itu di pandang oleh Mak Ijah.. Tangannya pantas di letakkan ke dahi Ila.. Membahang sedikit tangan Mak ijah
"Bangun solat dulu.. nanti lepas solat Ila baring. Mak balik dari surau..nanti mak buatkan sarapan. lepas tu boleh makan ubat"..Mak ijah mengingatkan Ila..
Walau pun sakit.. Mak Ijah dan suaminya tegas.. Bagi mereka..solat wajib di utamakan..walau macam mana keadaan sekalipun. sakit bukan alasan untuk meninggalkan solat
"Tapi mak.. Ila kena pegi kerja.. nanti apa kata Kak Hawa. Baru masuk kerja 2 hari..dah minta cuti. Lagi pun Ila demam sikit je ni.. Masih larat lagi lah Mak.. Lepas mandi nanti..ok lah tu"
"ikut lah Ila.. Nanti minta Abah hantarkan.. risau kalau kau naik bas" pesan mak ijah "mak nak ke surau ni'
"ye lah Mak.. Ila pun nk mandi.. dah lewat ni". Ila bergegas ke bilik air
Usai mandi dan berwuduk.. seperti biasa Ila solat subuh dan mengaji. Berpinar dan berair sedikit matanya..'hurmmm demam sikit je Ila..' Ila berkata dalam hati
Segera dia bangun dan bersiap. Terus kakinya melangkah ke dapur membuat sarapan
----------------------------------
"terima kasih abah" Ila membuka pintu kereta dan keluar
"petang nanti Abah ambil ye." pesan Pak Usop
"baik Abah.. nanti Ila tunggu sana " tgn Ila menunding ke arah pondok bas yang tak jauh dari situ.
Kereta buruk milik ayahnya..proton saga kelabu itu bergerak pulang..
Ila teringat payung yg tertinggal di pondok bas itu.. bergegas dia ke sana..tetapi sedikit hampa.
payung kesayangannya sudah tidak ada di situ
'takpe lah.. mungkin rezeki org lain yg memerlukan payung'bisik Ila.
Hatinya sedikit terkilan.. Payung yang dihadiahkan oleh abang angkatnya itu sudah hilang.
Ila amat menjaga payung yang di hadiahkan oleh abang angkatnya itu.Baginya dengan payung itu lah..dia akan dapat mengenali abg angkat yg hampir setahun mereka berhubung melalui email sahaja.. Belum pernah bersua muka. Dan masing-masing hanya menggunakan nama samaran.
Payung itu pun di kirim menggunakan alamat rumah Ayu..sahabatnya.
Dan sudah hampir 2 bulan lebih Ila tidak mengirim email pada abang angkatnya.. Dia sibuk mengulangkaji pelajaran utk STPM. Lagi pun..Ila hanya dpt membalas dan mengirim email hanya jika dia ke rumah Ayu..
'bukan jodoh kita utk berjumpa agaknya abg Akim' bisik Ila sayu 'jika di izinkan Allah.. persahabatan kita ini ikhlas.. Ila doakan suatu hari nanti..kita akan dpt berjumpa' bisik Ila dlm hatinya
Kakinya melangkah sayu ke arah Butik Hanan.
Dari jauh..Ila nampak Kak Hawa baru tiba. Abang Zani mula membuka pintu butik
Begitu lah rutin harian Ikram Izani... menghantar dan membuka butik isterinya Hawa Izaty. Kemudian barulah dia ke tempat kerjanya yg tidak jauh dari situ.
----------------------------------------
"kenapa ni Ila.. sepanjang hari ni kak Lia tengok Ila muram je". sapa Kamalia
"tak de apa lah kak.. Ila cuma terpikir kan payung yang Ila selalu bawa tu.. dah hilang.. semalam Ila tertinggal dekat bus stop depan tu"
"laaa.. hilang payung dah mcm hilang laki pulak akak tengok" kamalia ketawa halus. "tak payah sedih lah.. kat bilik rehat ada payung lebih.. yg kak lia punya. Nanti Ila ambil je guna.. Kak Lia dh tak guna sangat sebab sekarang kak Lia datang naik motor."
"ye ke kak.. terima kasih.. nanti gaji Ila belanja kak Lia dgn Kak Aina ye".Ila senyum pada Kamalia. Namun hatinya masih sedih.. bukan kerana payung yang hilang..tetapi tanda pemberian orang yang dia sgt sayangi di dalam diam2.
Parah juga Ila ni.. tak kenal batang hidung..rupa paras.. tapi boleh jatuh cintan pulak
###
Share this novel