"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" Hawa yang tengah membelek invois customer berpusing melihat ke arah orang yang memberi salam.
"Bertuah punya,adik. Terkejut akak. Ingatkan sape lah tadi yang suara macam doremon" Ujar Hawa sambil mengetap gigi. Geram dengan usikan Hakimi.
Tergelak besar Hakimi melihat reaksi muka si kakak yang terkejut dengan gurauannya.
"Saje I nak sakat you. I miss you sis" Tangan Hawa di capai dan disalaminya dan dicium. Kemudian dia terus memeluk Hawa.
"Miss you too Kimi. Mama dengan papa sihat ke?" Soalan yang pasti akan sentiasa meniti di bibir Hawa setiap kali kunjungan Hakimi ke butiknya.
"Sihat. Mama kirim salam. You free tak sekarang. I ada something nak story dengan you. Jom kita minum kat kafe hujung sana"
" You bagi I masa setengah jam boleh. Nak settlekan sikit lagi ni" Ujar Hawa sambil mengangkat fail ditangannya.
"orite.. I jenguk Ila sekejap boleh ke." Tersengih sengih Hakimi meminta izin untuk berjumpa dengan buah hatinya.
"Amboi.. ambil kesempatan nampak. Jangan menggatal lebih lebih..nanti akak kawinkan korang cepat cepat" sakat Hawa pula sambil ketawa.
"I ok je sis.. orang tu yang belum bagi lampu hijau lagi" makin lebar pula senyuman Hakimi kali ini.
Hakimi cepat cepat berlalu ke bilik Ila. Lama lama berborak dengan Hawa..lagi kuat disakatnya.
Hawa ketawa sambil mengelengkan kepalanya.
"Assalamualaikum" Hakimi menapak masuk keruangan kerja dimana Ila berada.
"Abang Akim.. Waalaikumussalam" Jawab Ila gugup kerana terkejut dengan kemunculan Hakimi.
"Sorry kalau abang terkejutkan Ila. Sibuk ke?" Soal Hakimi. Mata Hakimi tertacap pada tangan Ila yang sedang memegang sehelai gaun putih.
"Sibuk juga lah. Nak kena siapkan gaun ni sebelum hujung minggu".Ila meleretkan senyum dengan muka yang tampak penat.
"Ila tak penat ke.. Kerja kat butik non stop.. hujung minggu bawak balik menjahit kat rumah.. tolong ibu buat kuih.Abang yang tengok pun tak sanggup" bebel Hakimi sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang bertentangan dengan Ila.
Ila mengeluh perlahan namun bibirnya menguntum senyum.. 'Manis' detik hati Hakimi.
"Apalah sangat dengan apa yang Ila lakukan sekarang ni. Pengorbanan yang Abah buat untuk kami sekeluarga terlalu besar. Tak mampu Ila balas sampai bila bila." Ujar Ila.
"Sebab tu abang nak bantu. Abah Ila pun banyak jasanya pada keluarga abang. Sebab tu abang nak halalkan hubungan kita. Kalau abang nak bantu Ila dengan keadaan sekarang..maksud abang tanpa ada apa apa hubungan pasti Ila tolak. Please Ila.. terima lamaran Abang. Abang betul betul sayangkan Ila" Hakimi perlu memujuk Ila. Setelah dia tahu yang Pak Usop dulu adalah pakcik yang selalu menemaninya dulu..makin membuak buak semamgatnya untuk membantu mereka sekeluarga.
"Bagi masa untuk Ila fikir."
"Ok abang bagi Ila masa sebanyak mana yang Ila mahu. Cuma abang nak bagitahu Ila.. Papa nak jumpa Ila. Nak kenal" Balas Hakimi sambil mengenyitkan mata.
"Hah.. Abang Akim ni biar betul. Ishh tak nak la Ila jumpa Dato.Mati kejung Ila nanti" Matanya membulat memandang Hakimi yang tersengih sengih.
"Eh.. Papa tak makan orang tau. Dia makan nasi sama macam kita. Nak Takut apanya" usik Hakimi sambil ketawa. Belum pernah dia nampak melihat gadis itu sebegitu... Comel!
"Yelah.. tahulah. Dato tak makan Ila pakai mulut.. tapi pakai mata. Mana lah tahu dia tak suka Ila..dia tenung Ila tajam... Memang boleh mati tau!" bentak Ila geram.. Hish tak faham ke yang hatinya kecut bila mendengar yang Dato Mohsin nak jumpa dengan dia.
"La.. dah haritu Ila cakap salah satu syarat..mesti dapat restu papa. Ni bila papa dah nak jumpa..dia pulak tak nak. Yang mana satu betul ni. Pening kepala, Abang pikir" Hakimi mengelengkan kepala sambil memegang dahi.
"Tapi Ila takut lah.." rengek Ila. Dia betul betul tak sanggup berhadapan dengan Dato Mohsin. Macam mana kalau tiba tiba Dato Mohsin menghina dan memaki dia. Eeiii.. memang dia tak sanggup.
"Nanti ajak sekali keluarga Ila. Bawak Abah dengan Ibu sekali. Boleh papa jumpa diaorang. Lagipun papa dah lama tak jumpa dengan Abah Ila."
Ila terdiam seketika.. " Kalau macam tu.. nanti Ila bincang dengan ibu dulu. Ye lah sejak.Abah sakit...kami tak pernah kemana mana. Abah pun tak suka sangat keluar dengan keadaan dia macam tu."
" Yang tu Ila jangan risau. Nanti free.. Abang pegi jumpa Abah Ila. Biar Abang sendiri yang bagitahu" Lega Hakimi bila Ila tidak membantah.
"Kimi.. kerja akak dah siap. Kita nak berborak kat butik ke..atau kat luar" Hawa yang tiba tiba muncul tersenyum memandang Ila dan adiknya.
"Jom kita minum kat cafe hujung sana. Haus la pulak tekak ni" Hakimi menggosok lehernya sambil tersengih memandang Hawa.
"Jom. Tapi akak cuma ada sejam je tau. Lepas tu akak nak ke Damansara nak jumpa client kat sana. Ila jom join sekali"
"Tak pe Kak Hawa. Ila nak siapkan kerja ni dulu. Sebab petang ni customer ni datang nak tengok progress gaun ni. Pastu nak fitting sekali. Kalau saya ikut..takut tak siap pulak" Sebenarnya dia segan untuk keluar minum bersama majikannya itu. Nanti apa pula pandangam Aina dan Kamalia. Takut dia dipandang suka ambik kesempatan di atas kebaikan layanan majikannya itu.
"ooh.. Akak lupa. Ni baju Najwa kan? Betullah dia ada inform akak..petang ni dia singgah. Kalau macam tu.. akak keluar dulu. Ada apa apa..bagitahu Aina dengan Kamalia."
"Baik kak" Ila tersenyum mengangguk.
"Bye Ila.. nanti abang call ye" Sempat pula Hakimi mengenyitkan mata. Membulat mata Ila memandang tingkah Hakimi. Risau ketahuan oleh Hawa.
Terkekek kekek Hakimi ketawa melihat reaksi Ila. Cepat cepat dia berlalu mengekori kakaknya yang sudah membuka pintu butik untuk keluar.
Ila hanya mampu mengeleng kepala. Tercuit hatinya dengan usikan Hakimi. Bibirnya perlahan mengukir senyum nipis.
#########
Share this novel