Kringggg
Ila bingkas bangun dan segera menutup jam loceng. Tangannya di tadah
"Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wailaihinnusyur"
doa yang di ajar ibu dari kecil..tak pernah Ila lupa.
tangan diraup ke muka. Ila terus turun dari katil dan mencapai tuala, baju dan sehelai kain batik.
Bergegas Ila ke dapur dan menuju bilik air.. biasa lah rumah kampung...cuma ada sebiji bilik air yang di kongsi bersama.
"Dah bangun pun.. Ingat mak nak naik kejutkan tadi"Mak Ijah sudah siap bertelekung menunggu Pak Usop mengambil kopiah menegur Ila.. Anaknya ini jarang bangun lewat. Biasanya jam 6pg..Ila dah masuk dapur menolong Mak ijah menyediakan sarapan pagi utk mereka sekeluarga
"Kena bangun awal mak..takut terlepas bas nanti"Ila senyum..terus menghilang dalam bilik air.
Mak Ijah dan Pak Usop menutup dan mengunci pintu. Mereka melangkah ke surau yang tak jauh dari rumah mereka untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Begitulah rutin mereka setiap pagi.
Selepas solat subuh..Ila mengambil quran dan membaca perlahan2 surah Al Waqiah. usai siap terus Ila mendakap lama quran lusuh itu dan mengucup perlahan.
Terasa sangat tenang jiwanya..hampir terlupa yang dia sudah mula bekerja.
Tergesa-gesa Ila bersiap. Baju kurung bewarna hijau lembut berbunga pink dikenakan pada badan kecil molek itu.. shawl warna pink di ambil.
Siap!!
Ila menilik wajah dan penampilan sederhananya itu. Cukup sekadar bersih..dan kemas
itu sudah memadai. Kehidupan keluarga yang susah..pakaian mahal dan berjenama tidak pernah ada dalam kamus hidup mereka sekeluarga. Jenama 'pasar malam' sudah memadai.
Ila melangkah ke dapur menyiapkan sarapan pagi.. Mak Ijah dan Pak Usop baru pulang dari surau
"Masak apa Ila". tanya Mak ijah
"goreng bihun mak." tangannya lincah menggaul bihun.
Mak Ijah pula mencapai teko. kopi dan gula dicedok. Berkepul2 asap dari teko apabila Mak Ijah menuang air panas. Perlahan-lahan di kacau.
Ila siap menceduk bihun ke dalam mangkuk besar.. sedikit di masukkan kedlm bekas mengisi makanan. 'Hari ni tak payah keluar lunch dah' bisik Ila dalam hati.
"Ila pergi dulu ye Mak..ayah" kedua tangan tua itu di raih.. dikucup hormat
"Hati-hati Ila.. kerja elok-elok ".. pesan mak Ijah
"baik mak". Ila tersenyum dan terus melangkah menuju bus stop
Mujur tak jauh mana pun.. dalam 5 minit dia dah terpacak di pondok bus itu
------------------------------------------
"Ila". panggil kak Hawa
"Ye kak.. " Ila menghampiri kak Hawa
"Ni ada senarai nama pelanggan yang akan datang ambil tempahan mereka hari ni. Nanti jangan lupa call nombor-nombor ni untuk ingatkan mereka. " fail yang nipis itu bertukar tangan
"baik kak". Ila terus ke kaunter dan mula melaksanakan tugas yang di beri.
'Wahh..ramai juga customer Butik ni' bisik ila. sebenarnya dia kagum dengan kak Hawa.. Walaupun berasal dari keluarga orang kaya.. tapi tak pernah meminta bantuan kelurga utk berjaya dalam bisness butiknya itu
Kak Hawa bermula dari bawah. Perkahwinan Kak Hawa dgn Abang Zani tidak mendapat restu keluarga Kak Hawa. Kak Hawa di buang keluarga setelah mengambil keputusan utk berkahwin dengan abang Zani..cinta hatinya semenjak dari universiti lagi
-----------------------------
"Datin .. Ini pakaian yang Datin tempah" Ila menunjukkan baju kurung moden yang ditempah oleh Datin Wardah
"ok". sepatah je keluar dr mulut Datin Wahida
"Datin nk cuba dulu ke".. Ila bertanya sopan.. senyum masih melekat dibibirnya
"tak payah.. saya ambil terus. hurmm. mana Hawa" tanya Datin Wahida
Matanya masih lagi melilau mencari kelibat Kak Hawa.
"Kak Hawa keluar jumpa supplier Datin.. Lepas Lunch dia balik semula ke butik" Ila terus melayan Datin Wahida.
Wajah muram Datin Wahida terus terpancar.. sedikit kecewa
"nanti suruh Hawa call saya ye"
"baik Datin" Ila mengangguk perlahan.
--------------------------------
Aina dan Kamalia terus menghampiri Ila.
"kenapa tu" muncung Aina panjang menghala ke arah pintu Butik yang baru di tutup sambil memandang Ila
Aina dan Kamalia telah hampir 2 tahun bekerja di butik itu.. dah masak dengan perangai pelanggan di situ
"oo. Datin Wahida datang ambil baju tadi.. Dia cari Kak Hawa..tapi Ila cakap Kak Hawa tak ada"
"Kesian ye Datin Wahida"..sampuk Kamalia
"Kenapa kak Lia" tanya Ila pada Kamalia..hairan
"Sebenarnya Datin Wahida tu ibu Kak Hawa"jelas kamalia.
"Tapi selepas Kak Hawa berkahwin dgn Abang Zani.. mereka tak dapat jumpa.. Datuk Mohsin..papa kak Hawa tak bagi Datin Wahida jumpa Kak Hawa lagi"
"kalau Datin Wardah dan tuan Hakimi nk jumpa kak Wahida.. mereka curi2 datang sini" sampuk Aina pula.
Ila terdiam..
jauh disudut hatinya merasa sangat sedih.. 'kesian Kak Hawa'
"Jom Ila kita lunch." Aina mengajak Ila.. Jam menunjukkan hampir pukul 1 tengahari.
"Tak pelah kak Aina.. Ila dah bawa bekal tadi.."Ila menolak dengan baik perlawaan Aina.
"Ala.. akak ingat nak belanja Ila tengahari ni..kalau macam tu..akk dengan Kak Lia keluar dulu ye.. esok akak belanja Ila.. tak payah bawak bekal tau" Aina senyum pada Ila.. Hatinya rasa senang dgn sikap Ila yang ringan tulang dan hormat pada orang lain
"InsyAllah kak.. akak pergilah lunch. dah lewat ni"ila senyum
"Jangan lupa kunci pintu butik tu.. pukul 2 baru buka semula" pesan Kamalia pada Ila sebelum keluar
Ila mengangguk. Belum sempat bersuara..kamalia dan Aina telah keluar dari butik. cepat2 dia menolak pintu untuk mengunci dari dalam.
Belum sempat pintu di tutup rapat..tiba-tiba ada tangan yang menolak sedikit kuat..menghalang pintu di tutup.
Ila terdorong sedikit ke belakang.. terkejut!!!
"Maaf encik..Butik ni buka pukul 2 nanti.. sekarang waktu rehat.. " Ila menegur sopan
"Aku kisah ke..kau ke tepi..aku nak masuk ni"
kasar suara lelaki itu..
Terkebil-kebil Ila.. rasa takut mula menyelinap.. otaknya dah mula berfikir.' PEEOMPAK ke'
Menggigil Ila di sebalik pintu kaca itu.. Air mata mula bergenang.. dia dah panik. dada terasa sesak dan sukar bernafas..
GEDEBUKKK
Layu tubuh Ila jatuh disebalik pintu itu. Lelaki itu terkejut terus menerpa ke arah Ila
ishhh.. 'nak angkat ke tidak ni'bisiknya
"Ya Allah Ila.." terjerit kecil kak Hawa yang baru sampai di muka pintu butiknya.
"Kenapa ni Kimi.. apa dan jadi pada Ila" Kak Hawa bertanya pada Lelaki itu
"Mana Kimi tau kak.. Bila Kimi cakap nak masuk dalam butik ni.. tiba-tiba dia pengsan".terpinga2 Hakimi menjawab pertanyaan Hawa.
Hakimi juga terkejut dgn kemunculan Hawa tiba2 itu.
"haaa..dah tu apa lagi.. meh tolong akk angkat Ila ni..cepatlah" arah Hawa
"haa..ye ye kak" Hakimi masih tercegat.. di garu kepalanya. 'ishh..nk angkat mcm mana ni'
"laaa. cepat lah Kimi..yang tergaru-garu kepala tu dah kenapa". Hawa mengeleng2kan kepalanya
Menggigil tangan Hakimi.. sungguh dia tidak pernah menyentuh mana-mana perempuan selain dari Mama dan Kakaknya
Hakimi mencepung tubuh kecik Ila.. sempat dia menjeling melihat wajah Ila semasa membaringkan Ila di atas sofa dlm butik itu.
Hakimi Terkedu.. macam dia pernah lihat wajah ni.. cantikk..lembut dan suci
tapi di mana ye
----------------------------
##
Share this novel