"Tahniah Haila.. result awak sangat cemerlang.. dan awak pun Raihayu.. tahniah" Cikgu Salmah tersenyum sambil menyerahkan slip keputusan peperiksaan kepada mereka berdua.
"Ila..kita berjaya" sorak Ayu sambil terlompat lompat.. sesekali slip yang berada ditangannya itu digoyang goyangkan ke udara.
"kut ye pun..control la sikit Ayu.." siku Ila pada sahabatnya itu.
"eeeee.. happynya tau. Penat lelah kita selama ini terbalas.. syukur ya Allah"kata Ayu.. matanya masih menatap sekeping kertas yang berada ditangannya itu.
"Apa pun tahniah untuk kita berdua" ucap Ila sambil memeluk Ayu.
"Aku tumpang bangga Ila.. walau pun result aku tak secemerlang kau punya.. tapi ini pun dah cukup bagi aku yang tak berapa nk cerdik ni" Ayu tersengih lagi.
"Alah..sikit je pun bezanya. Result kau tu pun..terlebih layak nak mohon mana mana universiti"
"Nanti kita mohon universiti yang sama ye" ucap Ila lagi
"pastilah. Takkan kau nak tinggalkan aku kat kampung sorang sorang.. no..no..no" Ayu menggoyangkan jari telunjuknya je hadapan muka Ila sambil tersengih
"Jom kita jumpa kawan kawan yang lain."Ila mencuit tangan Ayu dan memandang pada sekelompak pelajar lain di hujung bangunan sekolah.
Jelas terpancar kegembiraan diwajah Ila dan kawan kawannya. Namun ada juga yang menangis dan kelihatan muram. Itulah lumrah. Dah rezeki masing masing.
Setelah beberapa jam berada di sekolah...Ila dan Ayu beredar. Mereka berdua tak sabar untuk pulang berjumpa dengan keluarga masing masing.
"Aku hantar kau balik dulu. Hujung minggu ni jangan lupa,tau..kita dah janji nak keluar beramai ramai nk celebrate" Tangan Ayu menekan remote keretanya.
"Boleh..insyaAllah. Aku tak kerja hari minggu ni. Cuma nak kena bagitahu mak abah aku je lah"
"Yang tu kau jangan risau.. sampai kat rumah kau nanti..aku sendiri bagitau abah kau ye.. Kalau abah kau tak bagi juga..nanti aku culik kau bawak lari". Tersengih sengih Ayu... Ila hanya mengelengkan kepala dengan gelagat temannya yang bila bercakap ikut sedap mulut je.
-------------------------------
Malam itu selesai makan malam..Pak Usop memanggil mereka sekeluarga berkumpul.
Mak Ijah menatang cawan dan Husna yang berada di belakang ibunya..membawa seteko air kopi pekat.
Pak Usop memerhatikan isteri kesayangannya itu menuang air kopi ke dalam cawan satu persatu sehingga selesai. Barulah dia mula bersuara.
"Abah nak ucapkan tahniah pada Ila sebab dapat result yang bagus. Abah harap Ila dapat tunjukkan contoh yang baik lagi lepas ni untuk Husna dan Hairul..Bantu adik adik belajar"
"Hairul..Husna.. Jadikan Kak Long sebagai contoh untuk berusaha bersungguh sungguh. SPM dan PT3 pun penting. Tak boleh main main. Abah nak anak anak ayah jangan sia siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh sungguh"
Pak Usop berdiam seketika..memandang satu persatu anak anak yang berada dihadapannya.
"Hanya dengan ilmu sahaja kita mampu berjaya..tapiii....jangan sesekali bongkak dan sombong dengan ilmu yang kita ada. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri..dan hormat orang lain tak kiralah mereka itu lebih tua..atau pun muda dari kita".
"Abah ingat minggu depan Abah nak buat sedikit jamuan kesyukuran. Sekali tu kita buat tahlil dan solat hajat untuk kejayaan semua anak anak abah dalam exam nanti" Mata Pak usop memandang Mak Ijah.
"Macam mana Jah.. awak setuju ke"
"Alhamdulillah bang..saya setuju. Apa yang baik untuk kita sekeluarga.. InsyaAllah saya ikut je" Mak Ijah memandang suaminya sambil tersenyum.
"Kita buat kecil kecil je. Panggil jemaah surau dengan jiran jiran terdekat je. Ha...jangan lupa jemput sepupu awak sekali" pesan Pak Usop.
Mak Ijah mengangguk perlahan.
"Abah.. Kalau Ila nak ajak sorang dua kawan sekolah Ila dengan kawan tempat kerja Ila boleh tak..." Tanya Ila perlahan.
"Ajak lah. Husna dengan Hairul pun kalau nak ajak kawan baik korang..ajak lah sekali. Ajak lah diaorang datang awal sikit..dapatlah tolong apa yang patut." Pak Usop tersenyum memandang anak anaknya. Baginya dia hanya mahukan anak anaknya gembira. Kerana hanya anak anak adalah harta yang paling bernilai dalam hidupnya.
"Baik Abah" serentak ketiga tiga menjawab.
"Korang pergilah masuk tidur. Esok nak sekolah..Ila pun kerja kan?" Mak Ijah bersuara.
"Ye mak. Ila cuti hari ni je. Esok kerja macam biasa..sampai Ila dapat tawaran mana mana universiti..kalau ada rezeki lah"
"InsyaAllah. Pegilah masuk tidur..cawan ni semua nanti mak kemaskan"
Ila mengangguk. Dia menapak ke biliknya. Sebaik menutup pintu..dia mengambil telefon dan membuka wasap.
Tersenyum sedikit dia membaca perbualan dalam group sekolahnya..beratus ratus mesej yang masuk itu dibaca satu persatu. Rata rata rakan sekelasnya semua mendapat keputusan yang baik.
Sedang dia leka membaca mesej tersebut..dia mendapat satu mesej dari nombor yang di simpan sebagai 'Abang Akim'.
Ila terkejut dan teragak agak untuk membuka mesej tersebut. 'Macam mana Abang Akim dapat nombor phone Ila ni' getus hati Ila.
Dengan perasaan berdebar debar..ila membuka mesej tersebut.
(Assalamualaikum Ila.
Maaf Saya ganggu awak malam malam begini..cuma nak tanya tentang result exam awak. Apa pun tahniah saya ucapkan..sebab saya rasa mesti awak lulus dengan cemerlang.
Harap awak sudi bagitau saya.
opss lupa saya nak kenalkan diri... I'm Hakimi)
"Ya Allah" Ila kaget. Rupanya selama ini orang yang dia anggap sebagai abang angkatnya itu..rupanya Hakimi.
'ish..apa aku nk reply ni.. macam mana kalau dia tahu yang aku adalah wanie adik angkatnya'
Ila gelisah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
Tangannya mula menaip pada skrin telefonnya.
Buat masa sekarang..biarlah Hakimi tidak tahu yang dia adalah wanie. Sampai saatnya nanti..dia sendiri akan menceritakan segalanya.
(Waalaikumussalam awak. Terima kasih sebab sudi tanya khabar saya. Alhamdulillah saya lulus.
Doa kan saya ye..agar saya dapat capai cita cita saya nak sambung belajar kat universiti)
#send
Hakimi yang dari tadi menunggu mesej balasan dari Ila..tersenyum bila Ila membalas mesejnya.
(Kalau macam tu.. Esok saya nak belanja awak makan tengahari boleh tak. Itu pun kalau Ila setuju)
#send
(esok saya bagitahu semula. Takut banyak kerja dekat butik. sebelum waktu lunch saya mesej awak ye)
#send
(orite.. thanks Ila. Esok says tunggu mesej awak)
#send
Ila hanya tersenyum dan membiarkan mesej terakhir itu tanpa balasan.
Rupanya Hakimi lah yang banyak memberi sokongan dan nasihat padanya selama dia.
Ila meletakkan telefon di atas meja tepi katil. Usai membaca doa tidur..Ila menarik selimut dan mula memejamkan mata.
Semoga mimpi indah yang bertamu dalam tidurnya malam ini.
############
Share this novel