Setelah seminggu bercuti..Ila kembali bekerja.
Hari ini dia nekad. Hampir seminggu dia memikirkan hal tersebut.. dia betul betul nekad.
Tok!.Tok!
Pintu bilik Hawa yang tertutup.diketuk perlahan.
"Masuk". Kedengaran suara Hawa mengizinkan dia masuk ke bilik tersebut.
"Ila rupanya. Duduklah." Senyum Hawa pamerkan ke arah Ila.
"Abah macam mana?. Dah bertambah sihat ke? " Soal Hawa lagi.
"Macam yang akak tengok masa melawat haritu lah Kak. Tangan dan kaki dia masih tak boleh bergerak. Bercakap pun kami langsung tak paham" Terang Ila mengenai kesihatan Abahnya.
"Pelan pelan Ila. Penyakit macam ni memang makan masa sikit nak sembuh. Kita yang sihat ni..kena banyak sabar." Nasihat Hawa lagi.
" Ila nak jumpa akak ni...ada apa ye" Tanya Hawa kepada Ila.
"Sebenarnya.. saya kalau boleh nak terus sambung kerja kat sini. Itu pun kalau akak benarkan. Saya tak jadi berhenti lagi". Perlahan suara Ila seolah kurang yakin dengan keputusan yang dibuatnya.
"Kenapa Ila. Bukan minggu lepas Ila cakap dapat tawaran dari UKM?. Lagi dua minggu nak kena daftar kan?" soal Hawa. Hawa merasa pelik dengan kata kata Ila.
"Saya tak jadi sambung belajar kak. Saya kena kerja. Nak kena tanggung Ibu dan adik adik. Rawatan Abah lagi. Sekarang Abah dah sakit dan tak boleh kerja. Saya je satu satunya harapan mereka sekarang." Jelas Ila perlahan. Memang sukar baginya melepaskan apa yang sekian lama menjadi impiannya. Tetapi demi tanggungjawab dia rela mengorbankan segalanya..hatta nyawa sekalipun.
Hawa terdiam seketika.
"Ila dah bincang dengan ibu..Abah?" Hawa kembali bersuara.
Perlahan Ila mengelengkan kepalanya. Air mata yang ditahan dari terhambur akhirnya melepasi benteng kelopak matanya.
"Benda besar macam ni..Ila kena bincang dulu. Mana tahu diaorang ada cara lain. Akak tak halang kalau Ila nak terus kerja kat sini. Akak lagi suka. Kalau Ila dah sambung belajar nanti.. nak datang buat part time kat sini pun..akak terima. Sebab semua kerja Ila..akak sangat berpuas hati. Akak rasa.. seeloknya bincang dulu dengan diaorang. Apa apa keputusan Ila akak terima" Panjang tutur Hawa memberi sedikit nasihat. Dia tidak mahu Ila terpaksa melupakan cita citanya yang selama ini dia impikan.
"Kalau macam tu..nanti Ila berbincang dengan Ibu..Abah dulu. Terima kasih Kak Hawa sebab sudi luangkan masa untuk saya dan bagi saya peluang. Saya keluar dulu nak sambung kerja"
Hawa hanya merenung sayu melihat kelibat Ila yang hilang di sebalik pintu.
Tangannya mendial nombor Hakimi.
" Hai sis.. morning" sapa Hakimi dihujung talian.
"Kimi ni..tak reti bagi salam ke. huh..morning" Dengus Hawa sebal dengan perangai adiknya itu.
"Hahaha.. sori ok.. next time I bagi salam. So apa hal call I pagi pagi ni. I ada meeting kejap lagi. I boleh sembang dalam 10 minit je ok." terang Hakimi mengenai kerjanya pagi itu.
"Sekejap je..tak ambil masa lama pun. Just nak bagitahu you. You tahu kan Ila dapat tawaran dari UKM?" soal Hawa.
"yup..she told me last week"
"You tahu tak dia nak tolak tawaran tu?" soal Hawa lagi.
" Itu pun I tahu sis" selamba je suara Hakimi menjawab pertanyaan si kakak.
" So.. you dah tahulah. You tak kisah ke dia tak sambung belajar" Hawa pula yang geram mendengar suara selamba adiknya itu.
"Tak..I lagi suka.. dapat I masuk meminang dia cepat sikit". Sakat Hakimi sambil ketawa mengekek.
"GILA" dengus Hawa sebal dengan jawapan Hakimi.
"Betul lah. Kalau dia sambung belajar..konfirmlah dia akan tolak pinangan I nanti" Bertambah galak Hakimi mengusik kakaknya itu.
"Malas lah I cakap dengan you Kimi. Ni macam nak ambil kesempatan di atas KE SEM PI TAN" Hawa merengus geram.
"Ok sis.. listen here. You dengar dulu apa yang I nak cakap ni. Then you bagitahu pendapat you nanti" tiba tiba Hakimi bersuara serius. Hilang sudah gelaknya tadi.
"Yes. teruskan" ujar Hawa pendek.
" I memang suka dia sambung belajar..dan I nak bantu dia. Tapi yang pasti dia akan menolak. You know Ila tu macam mana kan. Sebab tu I suka kalau dia tak jadi sambung belajar. Tapi I akan nasihatkan dia supaya tangguhkan dulu pengajiannya. Dan I akan cuba pujuk Ila kahwin dengan I. Lepas kahwin baru I akan suruh dia sambung belajar. Of course lah dia tak kan tolak kalau I nak tanggung dia masa tu...sebab dia dah jadi tanggujawab I. You pikir macam mana sis.. ok tak idea I ni?"
Ternganga Hawa mendengar idea Hakimi.
"Ni betul betul ambil kesempatan di atas kesempitan kan. Tapi kalau dengan cara macam ni dapat bantu Ila..Why not" Ujar Hawa tersenyum.
"Ok sis...time's up.. I kena masuk bilik meeting. Your Papa..Dato Mohsin's here. Tak pasal kena dengar ceramah free nanti. bye sis"
Hawa meletakkan panggilan.
Misi memujuk bermula. Bibirnya tersungging senyum. I akan tolong you kimi ..gud luck bro.
##########
Share this novel