35 jemputan

Romance Series 4617

"Jom Ila.. abang Akim hantar Ila balik harini" tersentak Ila yang baru keluar dari butik. Terkejut dengan Hakimi yang tiba tiba muncul di depan butik.

"Ya Allah. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Nak tercabut jantung Ila ni. Abang Akim ni suka sangat terkejutkan Ila. Suka ye kalau Ila mati cepat" Ila mendengus perlahan. Di urut dadanya yang sedikit berdebar. Dia cuba mengawal debaran akibat rasa terkejut yang belum hilang. Risau dia pitam lagi.

"Jangan cakap macam tu sayang. Abang Akim tak sanggup kehilangan Ila. Please jangan sebut lagi pasal mati" Berubah wajah Hakimi
Wajah cerianya berganti suram. Dia tidak sanggup kehilangan gadis manis ini.

"Sori Abang Akim. Ila gurau je. Tapi abang pun jangan terkejutkan Ila. Sebab Ila tak kuat. Takut pengsan lagi." Ila dihurung rasa bersalah bila melihat wajah muram Hakimi.

"Abang janji takkan buat lagi. I promise . Jom sayang abang hantar pulang" senyuman mula terukir di wajah Hakimi.

Ila pula menundukkan wajahnya. Malu di panggil 'sayang'. Wajahnya merona merah di palingkan ke sini seketika.

"Jom" Ucap Ila sepatah tanpa memandang Hakimi.

Hakimi yang perasan perubahan air muka Ila tersenyum dalam hati. Dia sendiri tak perasan macam mana mulutnya tiba tiba boleh memanggil Ila 'sayang'. Betul betul dah angau.

Sepanjang perjalanan pulang hampir 40 minit itu akhirnya mereka,sampai di halaman rumah. Kelihatan sebuah kereta BMW berwarna silver berada di halaman rumah Pak Usop.

"Abah ada tetamu ke" guman Ila perlahan.

"Kereta siapa tu Ila?" tanya Hakimi kehairanan.

"Entahlah abang. Ila tak pernah nampak pun sebelum ni. Jom lah masuk dulu jumpa Abah dan Ibu" Pelawa Ila sambil keluar dan menutup pintu kereta.

Hakimi menurut dan terus keluar dari kereta. Hajat kedatangannya ingin di sampaikan kepada Pak Usop.

"Assalamualaikum" Ila memberi salam sambil melangkah masuk. Matanya memandang ke arah tetamu yang sedang duduk berbual dengan Ibu dan Abahnya.

"Waalaikumussalam " serentak mereka semua menjawab salam dan berpaling ke arah Ila.

"Awal Ila balik harini. Biasanya lagi setengah jam baru sampai" Mak Ijah hairan melihat Ila pulang dari kerja lebih awal harini.

"Assalamualaikum" Hakimi muncul dibelakang Ila sambil memberi salam sebelum sempat Ila menjawab pertanyaan Ibunya.

"oo. patut pun cepat. Adli yang hantar ye" Ucap mak Ijah sambil tersenyum melihat Hakimi.

"Makcik dan pakcik apa khabar?" Hakimi nampak lebih mesra dengan Mak Ijah setelah mengetahui yang mereka sekeluarga dulu adalah pekerja bapanya yang sangat disayanginya.

Dia terus meluru ke arah pak Usop sambil mencium tangan pak Usop dan memeluk erat tubuh tua itu.

"Pa..pakcik si..sihat Aa.Ad..Li" pak usop tersenyum.

Hakimi menghulurkan tangan bersalam dengan tetamu pak usop. Tiba tiba hatinya merasa tidak nyaman apabila bersalam dengan pemuda yang menjadi tetamu pak Usop itu.

"Apa khabar Mak Rubi" Ila tersenyum melihat sepupu ibunya itu.
"Mak Rubi sihat Ila. Ila macam mana nak..sihat ke?" Mak Rubi memeluk erat anak sepupunya itu.

"Alhamdulillah Mak Rubi. Ila sihat. Abang Aiman apa khabar?" Ila berpaling melihat ke arah Aiman sambil menyapa mesra.

"Abang sihat" Terlihat segaris senyum di wajah Aiman sambil merenung Ila. Cantik desis hati Aiman.

Hakimi yang duduk di sofa bersebelahan Pak Usop memandang tajam ke arah Aiman. Dia merasa tidak sedap hati melihat cara Aiman memandang Ila.

"Adli..Ini sepupu makcik dan anaknya. Mereka ni satu satunya keluarga makcik yang masih ada" Mak Ijah memperkenalkan tetamu nya kepada Hakimi.

"Mak Rubi dengam Abang Aiman dah lama ke sampai?" sapa Ila.

"Ada dalam sejam yang lalu Ila. Kebetulan Aiman ada mesyuarat di Kuala Lumpur. Tu yang Mak Rubi ikut sekali. Dah Alang alang tu..saja kami nak buat suprise datang melawat. Tapi tak sangka kami yang terkejut tengok Abah Ila macam ni. Kenapa tak telefon Mak Rubi bagitau yang abah sakit?" Lembut tutur Puan Rubiah sambil menggosok belakang Ila.

"Maafkan Ila Mak Rubi. Masa Abah sakit haritu...Ila pun buntu tak tahu nak buat apa. Terlupa nak bagitahu Mak Rubi. Nasib Abang Akim ada. Dia yang banyak bantu Ila sekeluarga"

"Tak pe lah Ila. Mak Rubi faham. Lain kali kalau ada apa apa.. jangan lupa bagitahu mak Rubi. Ila sekeluarga je sedara yang Mak Rubi ada sekarang"

"InsyaAllah Mak Rubi. Kalau ada apa apa lepas ni..Ila bagitahu ye".

"Anak ni kawan Ila ye. Terima kasih sebab sudi tolong sepupu mak Rubi sekeluarga."Puan Rubiah memandang Hakimi dan tersenyum.

"Ooo.. ni anak bekas majikan abang Usop Rubi. Masa kecik dulu selalu datang rumah... Dah macam anak kami" Mak Ijah memperkenalkan Hakimi kepada sepupunya itu.

"La..ye ke. Mak Rubi ingat teman lelaki Ila tadi" ucap Puan Rubiah sambil memcuit dagu Ila.

"Ada peluang lah jadi menantu Mak Rubi ye?" Pertanyaan Mak Rubi membuatkan Ila tergamam.

Aiman pula tersenyum nipis sambil menunduk. Malu dengan tutur ibunya yang terlalu terbuka itu.

Hakimi pula tersentak. Wajahnya berubah merah. Dia mula tak senang duduk.

"erm.. makcik..pakcik. Adli balik dulu ye. Dah lewat ni" Ujar Hakimi gugup. Dia berasa tidak selesa selepas mendengar kata kata Puan Rubiah tadi.

"Kenapa cepat sangat nak balik. Minum dulu Adli. " Kata kata Mak Ijah itu di sertakan dengan anggukan dari Pak Usop.

"Adli nak cepat ni. Nak jumpa client malam ni. Sebelum tu nak kena balik rumah dulu. Lain Kali Adli datang lama sikit ye Makcik. Nanti Adli ajak Kak Hawa sekali" Tersenyum wajah Mak Ijah mendengar kata kata Hakimi.

"Rindu dengan Hawa. Nanti ajak Hawa datang sekali ye. Makcik rindu nak peluk Hawa"

"Baik Makcik. Sebelum tu.. Adli nak jemput Pakcik dan Makcik sekeluarga makan tengahari kat rumah hujung minggu ni. Nanti Adli datang ambil. Bolehkan?"

"Tu..tuan Moh..sin nnnak Jum..pa Pak..cik ke?" kali ini Pak usop bersuara setelah sejak tadi lebih banyak terdiam. Bukan dia tidak mahu berbual. Namun kesukarannya untuk bercakap..membuatkan dia lebih banyak berdian dari bercakap.

"Ye Pakcik. Tapi papa belum tahu lagi pasal pakcik. Adli dengan mama nak buat kejutan untuk papa.Mesti papa happy nanti".

Pak Usop mengangguk. Hatinya berbunga bahagia. Sudah lama hatinya berhasrat untuk bertemu dengan bekas majikannya itu.

"Kalau macam tu..Adli beransur pulang dulu ye. Assalamualaikum"

Serentak mereka yang berada di situ menjaeab salam.

Ila pula melangkah ke muka,pintu menghantar Hakimi dengan pandangan matanya.

Aiman pula menerhati Ila dengan berbagai persoalan yang bermain di mindanya.

.Setelah kelibat kereta yang dipandu Hakimi menghilang..Ila masuk kerumah dan meminta izin beredar kebilik untuk membersihkan diri dan solat.

Gelagat Aiman yang asyik memerhati Ila tidak menyedari yang dia diperhatikan oleh Puan Rubiah.

"Makin cantik anak dara,kamu ni Ijah. Dah ada yang punya ke. Kalau tak de..boleh lah aku minta nak buat menantu" ujar Puan Rubiah sambil menjeling sekilas ke aras Aiman.

Aiman tersentak dari asyik memandang Ila dan pura pura menunduk memandang lantai.

"Entah lah Rubi. Itu nak kena tanya tuan badan. Lagipun Ila tu muda lagi. Katanya nak sambung belajar dulu." Mak Ijah memandang Puan Rubiah sambil tersenyum. Dia juga perasan dengan keakraban Hakimi dengan Ila. Seperti ada sesuatu.

"Baguslah kalau Ila nak sambung belajar lagi. Peluang yang ada jangan di sia sia kan. Betul tak"

"Itulah..cuma kami ni tak mampu. Sekarang pun...Ila yang kerja untuk sara kami sekeluarga. InsyaAllah Rubi. Kalau ada rezeki kita berbesan..ada lah jodoh mereka. Kalau tak..janganlah pula kita sampai putus saudara ye" lembut suara Mak Ijah menuturkan kata. Risau sepupunya ini menaruh harapan yang tinggi.

"Alah Ijah...kami ni gurau je. Kalau dah ada rezeki berbesan..berjodohlah mereka. Kalau tak kita tetap keluarga"

Mak Ijah tersenyum. Terasa lapang dadanya.
########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience