13 Jejak Kasih

Romance Series 4617

Kereta Honda putih itu memasuki halaman rumah Pak Usop. Kelihatan Pak Usop dan Mak Ijah berada di serambi rumah menanti kepulangan Ila.

Sebaik sahaja Aiman memberhentikan keretanya..Ila meluru keluar dan terus memeluk Mak Ijah.

Aiman dan Puan Rubiah turut keluar dari kereta dan memerhati Ila dengan Mak Ijah

"Ya Allah anakku. Ila tak apa-apa ke". Mak Ijah memeluk erat anaknya itu. Raut wajah yang kerisauan sejak Pak Usop menerima panggilan telefon sejam yang lalu kembali reda.

Ila kembali teresak-esak dalam pelukan Mak Ijah.

"Halijah ke ni" tiba-tiba Puan Rubiah bersuara.

"Ru..Rubiah.. Anak Mak Ngah Esah ke??". Mak Ijah memandang wanita yang berada di hadapannya itu.

Puan Rubiah menggangguk perlahan. Air mata mula bergenang di pelupuk matanya.

"ye Ijah.. Aku Rubiah..sepupu kau. Anak mak ngah Esah". suara Puan Rubiah tenggelam timbul menahan sebak di dadanya.

"Allah.... Rubi. Aku tak sangka dapat jumpa kau lagi". Kali ini Mak ijah teresak2. Perlahan dia melepaskan pelukan Ila dan menuju ke arah Puan Rubiah.

Seketika keduanya berpandangan dan berpegangan tangan. Masing-masing menahan sebak yang kian menyesakkan dada.

Akhirnya setelah beberapa detik..terhambur tangisan kedua-duanya. Lantas Puan Rubiah menarik Mak Ijah ke dalam pelukannya.

Setelah keduanya meleraikan pelukan..Puan Rubiah berpaling ke arah Pak Usop.

"Kau Yusof kan... "soal Puan Rubiah.

Pak Usop hanya menggangguk dan tersenyum.

"Jemput naik ke rumah dulu Rubi." pelawa Pak Usop yang semenjak tadi memerhatikan jejak kasih antara isterinya dengan sepupu isterinya itu.

"Anak.. jemput naik ke rumah pakcik". Pak Usop mempelawa Aiman yang sejak tadi hanya berdiam diri sahaja.

Aiman hanya tersenyum dan mengangguk.

---------------------------

Setelah meletakkan seteko tea o panas.. Mak Ijah terus menuangnya ke dalam cawan.

"Jemput minum Rubi." pelawa Mak Ijah.

"Anak pun..jemput minum". Mak Ijah turut mempelawa Aiman.

"Ni Aiman..anak aku Ijah." Puan Rubiah tersenyum sambil nemperkenalkan Aiman.

"Aiman.. Mak Ijah ni sepupu Mama. Sepupu sebelah Atuk Husin.". Jelas Puan Rubiah.

Aiman hanya tersenyum mengangguk ke arah Mak Ijah.

Kemudian Mak Ijah dan Puan Rubiah berbual-bual sambil bercerita tentang kisah lampau. Sesekali pak Usop mencelah perbualan mereka.

Hampur jam 1 pagi Puan Rubiah dan Aiman meminta izin untuk pulang.

"Tidur sini je lah Rubi. Dah lewat malam ni" pelawa Pak Usop. Mak Ijah mengangguk kepalanya mengiakan apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

"Tak pe lah Ijah.. aku kena balik malam ni. Esok pagi Aiman ada mesyuarat dekat ofis cawangan sini. Petang dah nak bertolak balik ke Johor pula."jelas Puan Rubiah

"Kalau macam tu.. Hati-hati ye Aiman bawa kereta tu nanti." pesan Mak Ijah.

"Baik Mak Ijah.. InsyaAllah" ujar Aiman.

"Terima kasih sebab tolong Ila tadi Mak Rubi..Abang Aiman". Tiba-tiba Ila yang berdiri disebelah Pak Usop bersuara.

"Sama-sama Ila. Ada hikmahnya kita berjumpa tadi. Mak Rubi pun tak sangka dapat jumpa dengan Mak Ila ni. Dah berbelas tahun terputus hubungan". sungguh Puan Rubiah sangat bersyukur dengan pertemuaan itu.

"Kami beransur dulu Mak Ijah..Pak Usop" Aiman bersuara dan menghulurkan tangan bersalam dengan Pak Usop.

Mak Ijah dan Puan Rubiah berpelukan seketika.

"Ada masa...datanglah lagi ke sini ye Rubi". pesan Mak Ijah.

"InsyaAllah Ijah. Kalau aku datang lagi..InsyaAllah aku akan singgah sini. Kau pun kalau ke Johor...bagitau aku tau. No phone aku dah bagi tadi.. jangan lupa hubungi aku." Puan Rubiah menggenggam erat tangan Mak Ijah buat seketika.

Aiman dan Puan Rubiah akhirnya bergerak ke hotel tempat mereka menginap.

###############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience