"Makcik.. Adli nak minta izin berbual dengan Ila kat bawah pokok sana sekejap" Hakimi meminta izin dari Mak Ijah untuk berbual dengan Ila selepaa mereka makan tengahari dan solat zohor.
Banyak benda yang perlu diterangkan pada Ila yang semenjak makan tengahari tadi asyik memandangnya dan mengangguk tanda meminta dia menceritakan apa yang sedang berlaku.
"Pergi lah Adli.. Makcik dengan pakcik pun masih banyak yang nak dibualkan dengan Mama Adli."
"Terima Kasih Makcik" Adli segera menuju ke dapur mencari Ila.
"Ila.. buat apa tu. Jom kita ke laman. Ada banyak yang Abang Akim nak ceritakan". Hakimi memandang Ila yang sedang mengacau kopi untuk di bawa ke ruang tamu.
"Kejap ye.. Ila nak hantar kopi ni kat depan dulu. Abang Akim pergilah tunggu Ila kat bangku bawah pokok tu. Kejap lagi Ila ke sana." Ila tersenyum seraya memandang sekilas wajah Hakimi.
'Aduh Ila. Gugur jantung abang kalau macam ni. Nasib belum halal..kalau tak memang dah kena terkam' Hakimi meraup rambutnya ke belakang sambil tersenyum nipis.
"Duduk lah" Hakimi menyuruh Ila duduk sambil dia mengalihkan sedikit tempat duduknya ke hujung bangku.
"Apa yang abang nak cakap ni?" tanya Ila tanpa berbasi basi.
"Ila mesti nak tahu kan kenapa mama mesra dengan Ibu dan Abah Ila. Dan kenapa diaorang panggil abang Adli?" Hakimi memandang wajah Ila yang nampak teruja untuk mendengarnya.
Ila mengangguk perlahan.
"Sebenarnya.. Abah Ila dulu kerja dengan keluarga Abang. Masa tu Ila belum ada lagi. Abah Ila kerja sebagai tukang kebun dan penjaga rumah kami. Kadang kadang jadi driver papa kalau papa sibuk sangat. Masa tu bisnes papa tengah naik.. belum dapat title Dato pun lagi" Hakimi ketawa kecil sambil mengelengkan kepala.
"Abang Akim dan Hawa rapat dengan Abah Ila sebab papa selalu sibuk. Hujung minggu mesti kami ikut Abah Ila balik rumah dan tidur dirumah keluarga Ila. Ibu Ila sangat baik. Layan kami berdua macam anak sendiri. Dan nama abang Hakimi Adli. Sebab tu Abah dengan Ibu Ila panggil Abang ..Adli"
"ooo.. Patutlah nampak macam dah kenal lama" Ila pula yang terangguk anguk.
"Result U dah dapat ke belum" Hakimi mengubah topik cerita.
"Rasanya dalam seminggu lagi. Tapi tak ada maknanya abang Akim. Ila kena kerja untuk sara keluarga. Kalau dapat ofer pun..terpaksa tolak" suram wajah Ila setiap kali memikirkan nasib yang perlu diharunginya.
Hakimi terdiam. Dia teragak agak untuk membuka mulut. Namun hatinya menghalang.
Dia menarik nafas yang panjang dan dihembus perlahan untuk mencari kekuatan dan keyakinan.
"Ila... Abang Akim betul betul suka dan sayangkan Ila. Abang Akim nak jaga Ila dan pakcik. Dan. kalau boleh Abang nak kahwin dengan Ila supaya dapat jaga Ila dan pakcik. Abang tahu apa yang abang cakap ni..terburu buru. Tapi abang harap sangat Ila tak kan menolak" dengan sekali nafas..Hakimi menuturkan apa yang ada di hatinya. Merah mukanya menahan malu kerana meluahkan semua yang dirasainya itu.
Terlopong mulut si Haila ni pulak. Terkejut dengan setiap perkataan yang meluncur laju dari mulut Hakimi tanpa sebarang kiasan.
Dia tahu yang Hakimi sayangkan dia. Tapi..untuk berkahwin dalam masa terdekat.. dengan status dan jurang antara mereka..membuatkan Ila seakan tidak percaya. Walaupun dia tidak pernah mengenali Dato Mohsin.. tetapi perkahwinan antara majikannya Kak Hawa dan Abang Zani..sudah cukup menjadikanya teladan. Tambahan dia masih muda dan sebagai anak sulung..banyak tanggungjawab yang harus digalas.
Hakimi pula yang terkebil kebil. Hilang sudah rasa malu barusan tadi. Ila yang ada di hadapannya pula berkerut dahi..seolah memikirkan masalah besar. Ye lah nak kahwin..satu isu yang besar. Bukan boleh buat main.
"Ila.. Ila dengar tak apa yang abang Akim cakap tadi". Kali ni Ila memalingkan muka dan memandang Hakimi. Dia mengangguk perlahan.
"Ila tak tahu nak cakap apa. Tapi dalam keadaan keluarga Ila macam ni.. Ila rasa Ila tak layak untuk berada di samping Abang Akim. Ila bukan orang yang layak Abang Akim." Wajahnya kembali di tundukkan.
"Kenapa Ila cakap macam tu. Apa yang tak layak.. Harta?.. Tu semua bukan milik kekal. Sekelip mata je boleh hilang kalau Allah nak ambil. Dia Maha Berkuasa."
Hakimi mengeluh lagi.
"please Ila. Bagi abang peluang. Abang tak akan sia siakan Ila" Mata Hakimi yang sayu itu direnung perlahan. Ila menarik nafas dan menahan getar di dadanya. Dipejamkan seketika matanya. Terbayang kebaikan dan kemesraan Datin Wahida dengan Ibu dan Abahnya semasa mereka makan tadi.
"Baiklah. Tapi bagi Ila masa untuk fikirkan semua ni. Walaupun apa pun keputusan yang akan Ila bagi nanti..sekiranya Ila bersetuju... Abang Akim kena tanya Ibu dan Abah Ila. Kalau diaorang setuju.. Baru Ila setuju. Apa pun.. Abang Akim kena bagi masa untuk Ila."
Hakimi pantas mengangguk. Terasa lega beban dihatinya..meskipun belum ada persetujuan dari Ila.
"Lagi satu. Ila tak nak hubungan yang tak dapat restu. Jadi sepanjang tempoh masa untuk Ila berfikir...Ila nak Abang Akim minta restu Dato dan Datin. Sebab itu akan mempengaruhi keputusan Ila juga nanti" Siapa sangka gadis polos yang lemah lembut ini begitu tegas dengan pendiriannya.
Tergamam Hakimi seketika. ' Minta restu Dato Mohsin!!!' Fuhhhh memang menempah maut.
Hakimi tetap mengangguk kepala bersetuju dengan setiap butir bicara Ila. Nak tak nak..dia kena hadap semuanya.
"Abang tetap harap..keputusan yang Ila buat nanti tak akan mengecewakan Abang." Ila hanya memandang kosong tanpa harapan. Dia tahu bukan senang untuk membuka hati Dato Mohsin.. Namun dia berserah dan redha sekiranya Hakimi bukanlah jodohnya.
"Kimi. Jom kita balik. Dah lewat ni. Nanti bising pula papa tengok kita tak ada kat rumah" Suara lembut Datin Wahida menyapa Hakimi dari belakang.
Tersentak Ila dan Hakimi. Muka Ila mula berona merah kerana malu dan risau sekiranya perbualan mereka tadi di dengari oleh Datin Wahida.
"Dah lama ke mama kat belakang kami?" soal Hakimi yang menyedari ketidakselesaan Ila.
"Tak adalah..baru aja. Jom lah. nanti jalan jem lambat pula kita sampai rumah. Pergi salam Pakcik kat atas rumah. Dah tu minta izin dengan makcik untuk balik ye. Lain kali kita singgah lagi' pesan Datin Wahida.
Hakimi mengangguk dan terus berlalu ke rumah Ila.
Ila berdiri dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
Usai bersalam Datin Wahida terus menarik Ila ke dalam pelukannya dan memeluk erat tubuh genit itu.
"Bakal menantu mama" bisik Datin Wahida ke telinga Ila sambil perlahan melepaskan pelukannya.
#########
Share this novel