46 setuju

Romance Series 4617

Selepas menunaikan solat maghrib di surau hospital. Hakimi menghantar Ila pulang.

Mereka sempat singgah disebuah restoran masakan panas untuk makan malam.

Hampir 9.30 malam mereka sampai di rumah Ila.

"Abang Akim nak jumpa abah ke" tanya Ila ragu- ragu.

"Hurm.. kenapa. Sayang tak suka ke" tanya Hakimi sambil tersenyum mengusik. Tangannya segera membuka tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta.

"Jom. " Hakimi membukakan pintu kereta untuk Ila pula sambil menghulurkan tangan.

Tangan yang dihulurkan Hakimi dibiar sepi oleh Ila.

"Belum halal" bisik Ila sambil berlalu melewati Hakimi. Dia kemudiannya berhenti melangkah dan berpusing melihat Hakimi yang masih tercegat di tepi kereta.

Hakimi meraup rambutnya dengan tangan yang dihulurkan buat Ila tadi. Malu dengan sikapnya tadi.

"My bad" ucapnya sepatah sambil menyaingi Ila.
Ila hanya tersenyum.

"Makin lama makin gatal eh." usik Ila.

"Assalamualaikum. Ibu..abah. Ila dah balik"
sebaik membuka pintu rumah..Ila terus masuk.

Pak Usop dan Mak Ijah yang duduk diruang tamu menjawab salam Ila.

"Masuk lah Adli." pelawa Pak Usop. Dengan menggunakan tongkatnya, Pak Usop berusaha bangun untuk bersalam dengan Hakimi.

"eh pakcik..tak pe. Tak payah bangun. Pakcik kan belum sembuh sepenuhnya. Pakcik duduk lah" Jelas kerisauan di wajah Hakimi apabila melihat Pak Usop cuba untuk bangun mendapatkannya.

"Doktor pesan..pakcik tak boleh malas kalau nak cepat sembuh. Kena rajin bergerak" Jelas PakUsop.

"Dato macam mana Adli?. Dah sihat ke. Makcik dengan Pakcik tak dapat nak pergi menziarah." Mak Ijah memandang Hakimi yang sudah pun duduk di atas sofa bersebelahan Pak Usop.

"Alhamdulillah makcik.. Sehari dua lagi dah boleh discharge. Nanti Adli datang ambil makcik dengan pakcik lepas papa dah boleh balik rumah."

"Alhamdulillah. syukur lah kalau macam tu. Ha Ila..pergi lah buatkan kopi. Takkan nak biarkan tetamu kita ni berbual kosong" Pak Usop memandang ke arah Ila.

Ila mengangguk dan terus berlalu ke dapur.

"pakcik..makcik. Sebenarnya Adli ada perkara yang nak dibincangkan." Setelah Ila berlalu ke dapur..Hakimi mula bersuara sambil meneguk air liur Tiba tiba tekaknya terasa perit dan kering. Peluh halus mula kelihatan di dahinya. Rasa gementar menguasai dirinya.

"Ada apa Adli. Ada hal penting ke?" soal Pak Usop.

Dia merasa pelik melihat Hakimi kelihatan resah.

Hakimi menelan lagi liurnya. Dia berdehem sebelum bersuara.

"pasal Ila. Adli nak memperisterikan Ila. Nak Kahwin dengan Ila. Adli nak jaga Ila dan pakcik sekeluarga. Itu pun kalau pakcik izinkan" Seperti sudah dihafal...laju patah kata yang keluar dari mulut Hakimi dengan hanya satu nafas.Fuhhh dia menarik nafas lega.

Pak Usop dan Mak Ijah hanya terdiam.

Hakimi menundukkan wajahnya. Menekur memandang lantai.

Suasana diam seketika. Saat itu Ila pula datang menatang sedulang kopi panas.

Sambil menuang kopi ke dalam cawan..Ila memandang Ibu dan Abahnya..kemudian memandang Hakimi yang masih menundukkan wajahnya.

Dah kenapa pula ni. desis hati Ila.

Selesai menuang kopi..Ila mengambil tempat di sebelah Mak Ijah.

"Bila nak hantar rombongan meminang" Tiba- tiba Pak Usop bersuara.

"Hah" Hakimi mengangkat muka memandang Pak Usop dengan riak terkejut.

" Pakcik setuju ke?" Tanya Hakimi pula.

Pak Usop ketawa perlahan. Mak Ijah hanya tersenyum.

Mereka berdua telah tahu hal tersebut sebelum Ila dan Hakimi sampai tadi. Dato Mohsin dan Datin Wahida terlebih dahulu menelefon. Risau dianggap tak beradat seandainya hal besar seperti itu dibiarkan anak anak yang membincangkannya.

"Pakcik dengan makcik tak ada halangan. Itu pun kalau tuan badan setuju." Usik Pak Usop sambil menjeling ke arah Ila yang sudah tertunduk malu.

"Alhamdulillah. Terima kasih pakcik. Sebab sudi terima Adli" Tanpa lengah Hakimi terus merangkul tubuh pak Usop. Erat pelukan kegembiraan keduanya.

Mak Ijah memeluk bahu Ila sambil mengelus lembut pipi anaknya itu.

############

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience