Hakimi terlewat sampai ke ofis pagi ini. Namun belum terlewat untuk menghadiri mesyuarat yang sepatutnya di hadiri oleh Dato Mohsin. Masih berbaki 2 jam.
Sesampai sahaja di depan biliknya..dia berhenti seketika. Bilik Dato Mohsin yang bertentangan dengannya di renung sekilas. Bibirnya diketap menahan amarah yang menggunung.
Dia harus bijak mengawal amarahnya. Musuh seharusnya dilawan dengan kesabaran..bukannya kemarahan. Itu adalah prinsipnya.
"Adruce.. masuk ke bilik saya sekejap. Bawakan sekali fail untuk meeting nanti. Saya perlukan semua detail yang lengkap" Ujar Hakimi memandang ke arah PA Dato Mohsin.
"Sofea...awak pun masuk sekali. Sekali buatkan saya kopi panas ye"
"Baik bos." Terus Sofea meluru ke arah pantry untuk membancuh kopi untuk majikannya.
Adruce pula membelek dan mengutip beberapa fail yang berkaitan sebelum kakinya melangkah ke bilik Hakimi.
"Thanks Adruce sebab hantar Dato ke hospital semalam. Kalau awak tak ada..I tak tahu apa yang akan terjadi" Ucap Hakimi apabila Adruce melabuhkan duduknya ke atas kerusi yang bertentangan.
"Its ok boss. Dah tanggungjawab saya. Dato macam mana? " soal Adruce.
"Dia masih lemah. Perlukan rehat. Hurmmm... pasal Dato Adam datang jumpa papa semalam... ada apa apa lagi yang terjadi?"
"Sebenarnya boss... sebelum semalam.. Dato ada jumpa Dato Adam beberapa kali. Berkaitan dengan projek kondiminium di Damansara yang sepatutnya syarikat kita yang dapat. Tapi last minit Dato Adam cancel. Saya tak pasti apa puncanya. Yang pasti syarikat kita dah habis banyak duit dan masa melobi projek tersebut. Jika kita tak dapat projek ni.. mungkin syarikat kita akan menghadapi masalah kewangan lepas ni" Jelas Adruce sambil menghulurkan sebuah fail hitam kepada Hakimi.
"Semua pasal projek tu ada dalam ni. Kita tak boleh saman Royal Holding sebab projek tu belum lagi confirm milik kita. Silap langkah sekiranya melibatkan SPRM...Dato yang akan dapat masalah" Sambung Adruce lagi.
Tersandar Hakimi mendengar penjelasan Adruce. Dia meraup wajahnya..buntu seketika.
"Sofea. You call Tan Sri Megat. Buat appointment secepat yang mungkin. I harap Tan Sri boleh bantu kita. Adruce.. Apa tujuan meeting kita dengan Royal Holding hari ni. Siapa wakil Royal Holding yang akan ke mari?" Mata Hakimi memandang Adruce yang berada di hadapannya.
"Meeting kali ni...untuk mencari kata sepakat berhubung satu surat perjanjian yang sepatutnya ditandatangi oleh Dato. Selepas Dato sign dokumen perjanjian tu...baru Dato Adam akan serahkan projek kondo pada syarikat kita. Cuma yang menjadi tanda tanya... saya tidak mendapat maklumat apa- apa berkaitan surat perjanjian tu. Dato merahsiakan maklumat perjanjian tersebut." Penerangan dari Adruce membuatkan Hakimi terdiam seketika.
Ada sesuatu yang tak kena di sini.
"Oh ye.. Dato Adam sendiri yang akan menghadiri mesyuarat kejap lagi" Adruce bersuara.
"Kita tengok apa permainan Dato Adam. Kita ikut rentak diaorang."
Sofea dan Adruce mengangguk faham.
"Korang boleh keluar dulu. Sofea..Nanti maklumkan pada I bila Dato Adam dah sampai"
"Baik boss"
Setelah Adruce dan Sofea berlalu.. Hakimi mula meneliti fail yang diberikan Adruce tadi.
Terkedu Hakimi melihat amout duit yang digunakan oleh papanya untuk melobi projek tersebut.
Patutlah bila tugas melobi sesuatu projek...Dato Mohsin tidak pernah meminta Hakimi campur tangan. Rupanya cara yang digunakan oleh Dato Mohsin...benar-benar menjerat diri.
"Papa....what are you doing. Kalau mama tahu.. mesti dia kecewa" Keluh Hakimi kecewa.
----------------------------------------------------
"Kak Aina.. kenapa Kak Hawa tak datang butik harini." Ila menyoal Aina sambil tangannya ligat menjahit manik.
"Lupa akak nak bagitahu. Pagi tadi Kak Hawa call minta akak buka kan butik pagini. Kak Hawa cakap dia nak melawat papanya di hospital. Kalau tak silap akak..papa Kak Hawa kena serangan jantung" Aina memang ditugaskan untuk menjaga dan membuka butik sekiranya Hawa sakit atau tidak dapat datang ke butik.
"Maksud Kak Aina...Dato Mohsin?" soal Ila lagi meminta kepastian.
"Rasanya lah. Sebab ayah Abang Zani dah lama meninggal. Mesti yang sakit tu papa Kak Hawa" Yakin sekali Aina meneka.
"Mesti Kak Hawa sedih dan susah hati kan?" Ujar Kamalia yang dari tadi asyik mengosok baju yang telah siap.
"Nanti kita tunggu berita dari kak Hawa. Kita doakan yang baik- baik. Mungkin asbab ujian ini..keluarga mereka bersatu kembali. Siapa tahu kan" ujar Aina.
Ila hanya mengangguk.
Pasti Abang Akim dan kak Hawa sedih sekarang. Ibu dengan Abah mesti terkejut mengetahui berita ni. Guman Ila sendiri.
-----------------------------------
Pada mulanya Datin Wahida berkeras tidak mahu pulang. Apabila Dato Mohsin sendiri meminta dia pulang berehat..akhirnya Datin Wahida akur.
Itu pun stelah puas Hawa memujuk untuk menjaga Dato Mohsin. Dia meminta suaminya menghantar Datin Wahida untuk pulang berehat sejak pagi tadi.
Sampai sahaja dikediamannya...Pak Hamid bergegas membuka pintu kereta Izani.
"Kenapa Datin tak bagitahu Pak Hamid nak pulang. Boleh Pak Hamid datang ambil" Ujar Pak Hamid.
"Tak apa Pak Hamid. Menantu saya nak hantarkan. Tak perlulah susahkan Pak Hamid. Cuma tengahari nanti.. Pak Hamid tolong hantarkan makanan untuk Hawa dan Dato. Nanti saya minta Mak Nab siapkan."
"Apa khabar Pak Hamid?"sapa Izani.
"Alhamdulillah. Sihat tuan".
"Panggil Zani je pak Hamid. Segan saya kalau panggil macam tu" Izani tersenyum sambil memandang Pak Hamid.
"Kalau dah macam tu..baiklah. Jemput masuk Zani. Boleh kita borak kat dalam." Pelawa Pak Hamid.
" Ya Allah. Terlupa mama nak jemput kamu masuk Zani. Nasib Pak Hamid ajak. Maafkan Mama ye" Ujar Datin Wahida kesal.
"Tak pe Mama. Izani faham. Mama masuklah berehat dulu. Nanti Zani berbual dengan Pak Hamid "
Datin Wahida mengangguk dan tersenyum hambar. Jelas kepenatan terserlah pada wajahnya.
Setelah Datin Wahida berlalu..Pak Hamid mengajak Izani ke Dapur dan meminta Mak Nab membuat minuman dan menyediakan makanan.
"Syukur pada Allah. Akhirnya Dato dah boleh terima kamu dan Hawa semula" Pak Hamid menadah tangan dan meraup ke muka.
"Mak nab pun gembira sangat Izani. Hawa tu dah macam anak Mak Nab. Rindu Mak Nak nak jumpa Hawa. "
"InsyaAllah Mak Nab. Ada rezeki nanti saya bawa Hawa ke sini. Dah lewat ni. Zani kena masuk ofis lepas lunch. Zani minta diri dulu. Kirim salam pada Mama ye. Nanti Zani jumpa mama kat hospital petang ni" Ujar Izani sambil bangun dan menghulurkan tangan bersalam dengan Pak Hamid.
"Iyalah. Hati- hati memandu" Pesan Pak Hamid.
Izani mengangguk sambil tersenyum.
##########
Share this novel