13

Fantasy Completed 1384

Zach segera ke rumah perjodohan setelah mendapatkan lokasi.
Dia melihat tubuh Krystal dibaringkan lurus di sofa lantas membuat Krystal dalam posisi duduk.

"Dia buat apa sebelum pengsan?"

"Dia kata mahu mengambil air, ketika itu dia sedang makan coklat." Ujar Henry.

Zach menyingkap kedua-dua lengan baju panjang Krystal sehingga terlihat seluruh lengannya. Terlihat lengannya memerah seperti keradangan. Dilihat juga lehernya yang memerah.

"Dia cuma menggunakan banyak rise. Bagi telefon dia."

Mark segera menyuakan telefon Krystal. Zach mengetik sesuatu sebelum telefon itu terletak di telinganya.
"Doktor. Krystal mengguna banyak rise lagi. Sekarang sudah pengsan."
"Baik."
Setelah panggilan dimatikan, telefon dimasukkan ke poketnya.

"Dia ada pegang patung yang selalu dia bawa?"

"Tak ada."

"Baiklah. Terima kasih sudah menjaga dia."

"Apa akan terjadi pada dia?" Nathan sedikit risau pada keadaan Krystal.

"Dia akan dirawat di hospital dan kalau keadaan dia teruk, mungkin pengsan untuk beberapa hari."

"Tuan Zachary, ini ada kaitan dengan kejadian pagi tadi?" Dia terfikir begitu bila Zach mengatakan Krystal menggunakan banyak rise.

"Nampaknya ya." Zach lantas mencempung tubuh Krystal keluar untuk dibawa ke hospital.

~~~~~

"Krystal. Awak ke mana?" Tanya Henry. Dia ingin berbual dulu dengan Krystal setelah beberapa Krystal berehat di rumahnya ketika sudah sedar dari pengsan pada minggu yang lalu.

"Kita mahu pergi jalan-jalan. Awak?"

"Saya tak buat apa-apa. Mahu ikut awak, boleh?"

"Tapi kita tak ada destinasi yang pasti. Kita jalan saja."

"Tak apa. Saya tetap mahu ikut awak."

"Baiklah. Kalau begitu, awak memandu ya." Diberinya kunci keretanya pada Henry.

"Baiklah."

Mereka berjalan menuju ke bandar sambil melihat-lihat sekeliling kalau-kalau mereka ingin singgah ke tempat itu.

"Krystal."

"Ya?"

"Awak memang selalu pengsan macam tukah?"

"Tak, ada masa-masanya. Abang kita tak cakap sesuatu yang menyakitkan hati kamu semuakan?"

"Tidak. Cuma saya teringin untuk tahu apa yang menyebabkan awak terlebih guna rise."

"Awak tahukan kita tak pandai kawal rise kita. Waktu Jay nak 'ehem' tu, kita panggil papa dengan abang supaya terus muncul depan kita. Untuk buat tu, mestilah kita teleport papa dengan abangkan, cumanya kita panik sampai tak sedar kalau terguna banyak rise. Kita sudah ah cuba mahu mendapatkan semula rise yang hilang tu tapi tak lama. Sebab tu kita baru pengsan dengan awak semua." Panjang lebar sudah penjelasan Krystal. Semoga difahami.

"Susahkan jadi awak ni. Serba-serbi perlu berhati-hati. Awak macam tak muak pun."

"Hehe. Sudah takdir terlahir seperti ini. Tidak baik jika terus difikirkan. Awak. Kita cuba makan makanan Narnia, mahu?"

"100% makanan Narnia?"

"Tidak tahu. Kita pun baru mahu merasa makanannya."

"Awak pernah makan makanan Narnia?"

"Pernah. Kita pernah balik Narnia sewaktu kita kecil."

"Atok dengan nenek awak asal Narniakan?"

"Ya. Kita dengan adik-beradik saja bukan asal Narnia."

"Itu sudah tentulah. Baiklah, kita pergi ke tempatnya"

"Ya."

.....

"Awak, pergi mana semalam? Saya tak jumpa pun awak berlatih?"

"Saya pergi ruang rawat. Tiba-tiba perut saya sakit sangat semalam."

"Terukkah? Kenapa boleh macam tu?"

"Keracunan makanan. Mungkin ada lauk-pauk kelmarin yang tak sesuai di tekak saya."

"Sekarang sudah membaik?"

"Sudah. Ubat yang doktor beri sangat berkesan pada saya."

"Baguslah kalau begitu. Lega saya mendengarnya. Lepas ini awak buat apa?"

"Saya mahu ke kantin. Laparlah. Nanti kita berlatih pedang pula, mahu?"

"Mahu. Malam nanti kita ulang kaji pula. Huh. Beberapa minggu lagi sudah mahu ujian."

"Awak takut?"

"Ya. Macam mana kalau saya dapat peringkat bawah?"

"Takkan macam tu. Dengan prestasi awak, tentu dapat peringkat yang lebih baik."

"Awak pula tak takut?"

"Takut tapi setidaknya saya sudah usaha. Kalau tetap teruk, apakan daya, terima sajalah."

'Inikah senior yang ada kakak gila tu?'
'Ya, inilah tu. Sampai dia bawa junior berlawan.'
'Eh, kenapa?'
'Sakit hatilah tu.'

"Eh, budak ni. Saya marah sekejap lagi baru tahu." Perlahan saja suaranya, ia tidak mahu juniornya mendengar ucapannya.

"Sabar ya, awak. Mulut celupar memang macam tu."

"Sudah, cepat jalan. Jangan dengar sangat apa yang mereka cakapkan." Muncul tiba-tiba sambil memeluk pinggang Ruth membawanya terus melangkah berjalan.
Tergesa-gesa teman Ruth tadi mengikut mereka berdua.

"Kau kenapa tiba-tiba muncul ni, Ren?"

"Mahu mengelak kau marah. Aku dengar apa yang mereka cakapkan. Kau ingin ke mana?"

"Kantin."

"Marilah aku temankan."

"Rajinnya."

"Sekali-sekala. Lagipun aku mahu ke kelas tambahan selepas ni."

"Adakah kelas tambahan?"

"Ada."

"Tak tahu pun."

"Memang untuk beberapa subjek saja. Lagipun ikut persetujuan prof juga. Ini kelas tambahan sendiri, bukan sekolah yang aturkan."

"Oh, patutlah."

"Mahu ikut sekali?"

"Tidak. Aku mahu berlatih nanti."

"Ada masa, kita boleh berlatih sama-sama."

"Bila?"

"Mungkin petang lusa."

"Boleh. Sekejap, aku membeli dulu."

"Ya."
Kurang dari 10 minit, Ruth kembali dengan bungkus plastik.

"Nah, mana tahu kau mahu makan semasa kelas."

"Lumayan, ada orang belanja. Terima kasih."

"Sama-sama. Aku pergi dululah."

"Ya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience