"Krystal, kamu ke mana sampai tengah malam baru balik ke rumah?" Masuk saja ke rumah, sudah ada papa yang bertanya kepada Krystal.
"Kita tadi ada kerja mendadaklah, papa. Tadi singgah rumah calon suami Ruth, kemas baju balik ke sini. Terus, kita makan, lapar tau sejak petang tadi kita tak makan." Terlihat jelas Krystal membawa bagasinya bersama.
"Tadi Ruth kata ada calon suami dia tiba-tiba pergi dari rumah lepas dia sampai sana. Apa kamu sudah cakap pada lelaki tersebut sehingga dia keluar dari rumah tu?"
"Kita tak cakap apa-apa pun. Dia yang mahu pergi, kita tak boleh halang."
"Mustahil, Krystal! Mustahil! Kamu tahukan Ruth tak buat apa-apa kontroversi yang memburukkan nama dia. Kalau kamu tak cakap apa-apa, mustahil dia pergi. Kamu ada buruk-burukkan Ruth? Entah-entah kamu juga punca lelaki yang cuba rogol kamu tu benci pada keluarga McCarlson ni. Apa yang kamu sudah buat di sana!?" Kedua-dua bahu Krystal digenggam kuat tanpa papa sedari ia menyakitkan Krystal.
"Pa, sakitlah." Dia cuba meleraikan genggaman papanya namun papa semakin menekan bahunya.
"Jawab papa, Krystal. Apa kamu sudah buat di belakang kami!? Kenapa masih saja ada yang mahu berhenti menjadi calon suami Ruth!?"
"Kita tak tahu, pa. Kita memang tak tahu apa-apalah."
"Krystal, kamu jumpa lelaki yang keluar dari rumah tu, kan? Kononnya kerja tapi seronok dalam hotel."
"Pa. Apa ni? Tuduh kita yang bukan-bukan. Kita ni kebudak-budakan saja tau bukan kegatalan."
"Jadi apa semua ni!?" Dijerkahnya Krystal dengan beberapa lembar gambar yang dihumban ke wajah Krystal.
Krystal mengutipnya dan melihat gambar dia melakukan sesuatu yang bahkan dia tidak pernah buat. Siapa yang buat ni.
"Pa, ni bukan kita. Kita tak suka pakai pakaian seksi macam nilah. Takkan papa tak kenal kita macam mana?" Krystal ingin menegakkan kebenaran apa lagi dia melihat 'dia' dalam gambar tersebut dengan pakaian yang separas punggung dan lurah dada yang terdedah.
"Sayang, ada apa malam-malam buta berteriak ni. Krystal kenapa kamu menangis ni?" Lilith cuba mendekati Krystal namun terhalang tangan papa.
"Sayang-"
"Jangan dekat dengan perempuan macam ni. Sanggup gadaikan maruah untuk jahanamkan adik."
"Apa Sayang ni? Jangan cakap benda merepek, boleh?"
"Tengoklah gambar-gambar tu. Ketara itu dia dengan lelaki yang keluar dari rumah calon suami Ruth berdua-duaan dalam hotel. Tu, muka dia sedang sedap melayan lelaki tu pun ada."
"Krystal, itu bukan kamu, kan?"
"Ma, bukan. Ni bukan Krystal. Sumpah, ma, pa. Kita memang pergi kerja saja. Tak lebih. Pa, janganlah buat kita macam ni." Krystal terfikir kalau ini perbuatan Henry kerana muka Henry yang bersamanya namun hatinya menolak kalau Henry sanggup berbuat begini.
"Kamu bukan saja menjual maruah kamu, bahkan menconteng arang pada nama McCarlson. Berani-beraninya kamu seleweng harta kerajaan. Kurang ajar!"
"Sayang!" Terkejut pula Lilith mendengar ucapan suaminya. Tidak pernah-pernah ucapannya begini kasar apatah lagi di depan Krystal yang sudah pastinya akan marah juga.
Seleweng apanya kalau dia yang lapor? Takkan dia mahu membongkarkan kejahatan dia sendiri.
"PAPA MELAMPAU!" Krystal mengangkat kaki untuk langsung ke biliknya. Beberapa lama kemudian, Krystal membawa keluar ketiga-tiga beruangnya. Yang paling kecil disangkut di jarinya, yang selalu dibawa diletakkan di beg sandangnya dan yang paling besar di peluk erat dengan sebelah tangan.
Mama papa masih berada di ruang tamu membahaskan kejadian tadi.
"Sekarang ke mana pula? Pergi pada lelaki tu lagi? Lepas berbuat salah, tak mahu pula menyelesaikan." Pedas kata-kata papa memasuki corong telinga Krystal. Namun dia mendiamkan diri.
"JANGAN BERANI KELUAR!"
Krystal meletakkan dulu beruang besarnya dan bagasinya. Dia mahu ke dapur untuk mengambil sesuatu.
"Krystal Sayang, kamu mahu buat apa dengan pisau tu. Tajam tu." Ketakutan menyelebungi kalbu seorang ibu melihat anaknya yang marah memegang pisau tajam, dia tidak mahu Krystal melakukan hal yang tidak-tidak.
"Pisau tidak perlu dibawa main."
Titisan darah menitik di lantai bermozek putih. 'PRANG!' Krystal menghempaskan pisau tadi entah ke mana setelah dia menghiris dalam telepak tangannya.
"SELAGI MANA HATI NI TERLUKA, TAKKAN DIJEJAKNYA RUMAH NI. JANGAN DICARI KALAU HANYA MENAMBAHKAN SAKIT."
Dia kemudian menarik bagasinya dan memeluk beruangnya lalu menuju ke keretanya dengan teleportasi.
"Ren, aku takut. Aku-aku menyesal bagitahu papa. Aku tak tahu akan jadi macam ni, aku cuma cerita-cerita biasa dengan papa. Kenapa papa macam tu?" Teresak-esak Ruth menangis di pelukan Ren yang sudah berteleportasi ke biliknya.
"Mungkin ada sebab lain. Nanti kita tanya papa."
"Tapi kakak sekarang macam mana? Tak dengarkah apa dia cakap tadi?"
"Nanti kita cuba cari dia. Ingat, dia takkan marah kita yang tak ada buat dia marah." Ren cuba menyedapkan hati Ruth.
"Tadi aku dengar papa ada sebut nama aku. Mesti kakak marah juga dengan aku."
"Tak, tak. Kakak takkan macam tu. Sudah, kita rehat dulu. Kakak pun mungkin dia tak jauh. Nanti siang, kita cari."
"Kita mesti cari tau. Aku tak mahu kakak hilang."
"Ya, ya. Kita cari."
Adik pula yang menenangkan kakaknya. Lagi pula Ren juga terbangun seperti mama yang terbangun akibat jerkahan papa cumanya Ruth memang belum tidur sambil melihat telefonnya.
"Ren, abang dah balik?"
"Dia tak balik. Dia tidur di tempat kerja."
"Ish, nak abang."
"Esoklah, sekarangkan dah tengah malam."
"Kau teman aku sampai tidur."
"Ya, tidurlah." Ren menyelimutkan Ruth sehingga ke dada. Dia duduk di sebelah pembaringan Ruth sambil menggenggam tangannya.
Share this novel