Epilog

Fantasy Completed 1384

"Krystal. Macam mana keputusan kau?" Tanya Zach. Perjumpaan Krystal dengan tiga anak raja menjadi berita hangat sehingga dia tahu Krystal dipujuk untuk membuang sumpahan Avalon itu. "Mahu hilangkan juga sumpahan tu?" Tanyanya lagi

"Kita masih fikir."

"Kau masih cintakan Putera Terrence?"

"Tak tahu."

"Kau buang sajalah. Kalaupun kau tak cintakan Putera Terrence lagi tapi sumpahan tu menyusahkan kaukan."

"Ya tapi kalau kita buang sumpahan ni, bermakna kita masih mahu bersama Putera Terrence."

"Kau betul-betul tak mahu bersama Putera Terrence? Aku nampak kau macam serasi dengan Putera Terrence tu."

"Kita tak tahu. Lagipun kita tak tahu perasaan dia. Kalau dia betul masih cintakan kita, mesti dia tunggu kita sedar lepas tu jenguk kita. Tapi dia tak buat macam tu."

"Mungkin ada sebab dia macam tu dan tengoklah adik-beradik dia pujuk kau macam mana. Mereka sepertinya serius mengatakan Putera Terrence masih cintakan kau."

"Abang pun cadang kita kembali pada Putera Terrence, kah?"

"Tak. Aku cuma memberi pandangan aku."

"Bagi kita fikir dulu."

"Buatlah keputusan yang masak-masak. Jangan sampai melepas peluang yang baik." Zach kini meninggalkan Krystal bersendirian. Membiarkan Krystal berfikir dengan tenang.

"Terrence. Awak memang masih cintakan kitakah? Tapi kenapa awak macam tak cintakan kita? Betulkah apa yang mereka cakap yang awak cintakan kita? Mereka tak tipu? Kita risau nanti kita saja yang beria mahukan awak semula tapi awak tak mahupun dengan kita. Huh." Krystal bermonolog seusai Zach meninggalkannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience