"Hari ini adalah hari terakhir kamu di sini. Pastikan apa-apa maklumat, kamu akan dapat. Jangan juga bersikap sambil lewa dengan keadaan kamu. Kamu kedapatan, kami dapat juga padahnya."
"Baik, tuan."
"Ingat. Jangan berani melalaikan tugas yang diberi atau kami buat kamu menyesal."
"Baik. Saya akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin."
"Sebelum kamu balik nanti, berjumpa dululah dengan yang lain."
"Baik, saya jumpa yang lain dulu."
"Ya."
Dia akhirnya keluar dari ruang tuannya tadi. Tugasnya di sini akan berakhir dan akan bermula di tempat lain. Mampu atau tidak dia menutupi identitinya, itu belum tentu.
~~~~~
Masa berlalu pantas sehingga tibalah masa untuk Ruth dan Darren meraihkan hari konvokesyen mereka berdua dengan kedatangan ahli keluarga mereka yang lain.
"Wah! Luasnya sekolah ni. Patutlah banyak yang suka." Ujar Krystal setelah melangkah masuk ke sekolah pertahanan adik kembar dia.
"Macamlah sekolah kau tak luas juga." Jawab Zach pula.
"Tapi ini macam lebih luas sikit. Mana kita mahu cari mereka berdua ni?"
"Kita pergi terus di dewan utama. Nanti jumpalah tu."
"Maaf mengganggu. Ini tetamu pelajar yang konvokesyen ya?" Seseorang menegur mereka secara tiba-tiba, kelihatan seperti pelajar di sini kerana ada pin logo sekolah tersebut di dada kirinya.
"Ya. Kenapa?" Krystal bertanya semula.
"Ini ada peta untuk tetamu. Bolehlah gunakan kalau perlu." Dihulurnya sekeping kertas kepada Krystal.
"Oh, terima kasih." Lantas dia menyambut.
"Sama-sama."
Mereka melanjutkan langkah dengan bantuan peta yang tadi diberi. Mudah saja mereka tiba di dewan utama yang sungguh luas. Dari perkiraan andaian, dewan boleh dimuatkan 1000 ke 2000 orang.
"Darren." Dari kejauhan Krystal sudah mengecam wajah Darren yang berjalan pantas ke arah mereka.
Darren memeluk mereka secara bergilir-gilir dan yang terakhir adalah Krystal. Sengaja Krystal yang terakhir kerana dia akan memeluk Krystal lebih lama.
"Rindunya kita pada dia ni." Dicubitnya kedua-dua pipi Darren akibat kegeramannya.
"Ren pun rindu akak." Sempat dia mengecup sebentar tangan Krystal.
"Bila majlis mula?"
"Setengah jam lagi. Awal ni kamu semua sampai."
"Tu, mama. Tak sabar jumpa awak berdua tapi mana Ruth?"
"Biasalah, kak. Perempuan mana ada cepat bersiap."
"Ish ish ish. Tak patut."
"Marilah duduk dulu. Nanti tempat duduk kita berpisah-pisah."
"Baiklah. Eh, ni jangan lupa. Untuk awak." Hampir lupa kalau jambangan bunga di tangannya itu untuk Darren.
"Wah. Terima kasih."
"Cama-cama."
Darren memandu mereka untuk ke tempat duduk tetamu yang paling hadapan.
"Ren, kamu dapat peringkat ke berapa ni? Masih berahsiakah?"
"Nanti mama tunggu pengumuman ae. Biar jadi kejutan."
"Kejutan jangan pula peringkat seratus lebih tau."
"Mana ada. Mestilah dapat yang peringkat yang bagus."
"Yalah. Peringkat Ruth macam mana?"
"Peringkat dia pun bagus. Mesti kamu semua bangga."
"Baguslah kalau macam tu. Tak merisaukan hati ni."
"Ya, ma. Ren pergi dulu sekejap. Tengokkan Ruth."
"Yalah."
.....
"Ruth, keluarga awak sudah sampai?"
"Rasanya sudah sampai jam macam ni. Keluarga awak macam mana?"
"Erm, papa dengan adik saya saja yang datang."
"Eh, yang lain?"
"Mama saya sakit sampai masuk hospital. Abang dengan kakak sibuk kerja."
"Mesti awak sedihkan."
"Tak sedih sangat. Setidaknya ada papa dengan adik."
"Wah, macam inilah kita mahukan. Seseorang yang positif."
'Klack' Pintu dibuka dari luar menghentikan perbualan mereka dan seseorang menonjolkan diri.
"Ruth, Darren cari awak."
"Dia perlu apa?"
"Dia nak awak bersiap cepat. Keluarga awak sudah sampai tu."
"Yalah. Saya keluar dulu ya. Nanti jumpa di dewan."
"Baiklah."
Ruth kemudiannya keluar menjumpai Darren yang sedang duduk berdiam diri berdekatan dengan kawasan mereka bersiap.
"Tak sabar sangat kenapa ni?"
"Kenapa terhegeh-hegeh sangat untuk bersiap? Kau tak fikirkan mereka yang menunggukah?"
"Alah, inikan untuk konvo, mestilah bagi ekstra masa untuk terlihat cantik dan anggun."
"Banyak songeh. Mari kita ke tempat mereka."
.....
"Mama." Pantas saja tubuh mama dipeluk erat oleh Ruth.
"Anak mama ni, kuatnya peluk. Sesak nafas kalau macam ni."
"Kuat sikit saja, ma."
Ruth lanjut memeluk tiga orang lagi.
Tidak lupa Zach juga memberikan jambangan bunga kepada Ruth.
"Akak~~" Beralun-alun pula suaranya.
"Apa~~?" Jawab Krystal.
"Ada orang buli Ruth tau."
"Siapa yang berani-berani buli awak ni?"
"Tu. Dia ejek akak lagi tau." Ruth menunjuk tepat ke arah junior yang membuat dia naik darah dulu. Perempuan tu ada di sana kerana bertugas dalam pengurusan majlis, jadi mudah untuk membuat Krystal mengenal pasti si pembuli tersebut padahal bukan buli teruk pun.
"Kenapa dia macam tu?"
"Tak tahu. Padahal tak pernah Ruth kacau dia. Suka-suka saja ejek kakak."
"Mahu akak berdepan dengan dia?"
"Tak perlulah. Ruth saja bagitahu."
"Yalah."
"Majlis tak lama lagi mula. Ruth perlu duduk tempat Ruth."
"Baiklah, nanti kita cerita lagi."
"Baik, akak."
Ruth dan Darren akhirnya ke tempat mereka yang telah ditetapkan oleh pengurus majlis.
Beberapa acara formal dijalankan sebelum akhirnya penyerahan sijil mengikut peringkat terendah ke peringkat tertinggi.
Mereka berdebar-debar menunggu nama Darren dan Ruth dipanggil. Hanya satu kepastian yang mereka tahu, peringkat mereka berdua tidak mencapai tiga angka.
'AKHIRNYA KITA BERADA DI PERINGKAT SEPULUH KE ATAS YA. WAH, BERDEBAR-DEBAR NI. BAIKLAH. PERINGKAT KESEPULUH JATUH KEPADAAAAA-' Lama pula 'kepada' pengacara ni.
"JATUH KEPADA RUTH MCCARLSON. DIPERSILAKAN."
Gemuruh tepukan yang diberi kepada Ruth. Hebat bukan? Dari beratus saingan, boleh mencapai di peringkat kesepuluh.
Dan mengejutkan lagi, nama Darren tidak disebut sehinggalah..
'TIDAK PERLU DIPERTANYAKAN SIAPA PERINGKAT PERTAMA. JELAS DI HADAPAN KITA. DIALAH DARREN MCCARLSON.'
Saat-saat mengharukan bagi mereka. Mereka adik-beradik mendapatkan peringkat yang baik yang berawal daripada Zachary yang mendapat peringkat ketujuh, Krystal mendapat peringkat pertama seperti Darren dan Ruth peringkat kesepuluh. Hebat bukan.
Share this novel