1 "Nak aku terkejutlah tu." "Alah, kenapa tak terkejut?" "Dah nampak bayang-bayang kau." "Ish, dah tak menjadi." "Kenapa dekat sini?" "Mama suruh kita hantar ni. Mama kata abang dah makin kurus, jadi kena makan." Bekas bekal yang berbentuk segi empat

Fantasy Completed 1384

"Abang!"

"Mahu aku terkejutlah tu."

"Alah, kenapa tak terkejut?"

"Sudah nampak bayang-bayang kau."

"Ish, sudah tak menjadi."

"Kenapa ke sini?"

"Mama suruh kita hantar ni. Mama kata abang sudah makin kurus, jadi perlu makan."
Bekas bekal yang berbentuk segi empat disuakan kepada abangnya.

"Huh, bahagian mana aku kurus?"

"Ermm, tak tahu. Mama tak cakap."

"Kaulah tolong makan, aku sudah habis makan tadi."

"Alah, makanlah. Mana tahu nanti petang lapar, tak pun malam ni. Mama buatkan untuk abang, mana mungkin kita pula yang ingin makan."

"Yalah, nanti aku makan. Kau sedang rehatkah sekarang sampai boleh pergi ke sana-sini?"

"Ya, sedang rehat."

"Macam mana hari ini di tempat kerja kau?"

"Setakat ini semua baik saja tapi biasalah kalau ada orang baru pasti bagi mata jahat dia. Tak suka."

"Macam kau tak biasa."

"Teruskan, kita ada dengar gosip."

"Aku masih kerja ni, jangan mahu bergosip."

"Ermm~~" Suara rengekan dikeluarkan bagi menggoda abangnya mendengarkan perkataannya.
"Dengarlah. Cerita panas ni, tak mahu tunggu lama-lama."

"Pasal apa?"
Pasrah, abangnya tak boleh menahan dia untuk mengutarakan apa yang diinginkan.

"Di bahagian kepolisian ada banyak kes pembunuhan. Setiap seminggu ada yang mati dibunuh."
Dengan suara perlahan dia berkata-kata bagi mengelak masalah kerana yang lain turut mendengar jika diucapkan terlalu lantang.

"Sudah berapa lama terjadi?"

"Dua bulan terakhir."

"Jadi sudah makan berapa korban?"

"12 orang. Setiap minggu berlainan jumlah sasaran."

"Mereka tak buat kerja betul-betulkah untuk selesaikan masalah tu?"

"Entah. Kita tak tahu. Kitakan selenggara pelan dengan maklumat kerajaan je. Cumakan, dengar kata mereka tak jumpa bukti pasal pelaku; sebab tu tak dapat banteras awal-awal."

"Huh. Makin menjadi-jadi pula trend membunuh ni."

"Kan, kan. Apalah niat dia buat macam tukan? Kesian keluarga orang dibunuh."

"Hrm." Abangnya mengiyakan ucapan adiknya.

"Zach!"
Seseorang melaungkan nama abangnya dari kejauhan.
Orang yang sedang sibuk bekerja turut terkejut.
Zach atau nama panjangnya Zachary berkerja dengan pekerja lain di bilik luas namun masih mempunyai privasi bekerja dengan penghadang di belah kiri dan kanan.
Jelas semua boleh terkejut kalau dipanggil dengan lantang.

"Siapa ni, Zach?"
Atas bawah pula perempuan tadi memandangnya.

"Eee, siapa lagi ni? Pasangan kerja baru lagi?"
Dia bertanya sambil merengek.
Sudah menjadi kebiasaan kalau dia berasa sakit hati.

"Zach, bekas pasangan awakkah? Gedik betul dengan BEAR dia tu."
Atas bawah perempuan itu memandangannya dengan tatapan jijik.
Matanya turut terhenti di patung beruang yang berada dalam pelukannya.

"Tengok tu, mulut celupar."

"Tolong ya, setidaknya aku cakap kenyataan. Kebudak-budakan."

"Eee, buang sajalah dia ni. Mulut tak ada insurans. Bukannya kita kacau dia pun."

"Dah, cukuplah perang mulut."

"Cis."
Berasa sebal, dia lantas duduk di pangkuan abangnya dengan memeluk sambil menyembunyikan wajahnya di dada bidang Zach.

"Zach. Kenapa biarkan dia macam ni dengan awak? Dia tak tahukah awak ni dari Keluarga McCarlson?"

"Tenang. Dia tahu sebab dia pun salah satu ahli keluarga McCarlson."

"Apa maksud awak? Dia ni ada hubungan darah dengan awak?"

"Ya, ni adik aku. Krystal McCarlson. Kau mungkin tak kenal sebab dia tak tonjolkan diri."

"Takkan perempuan kebudak-budakan ni adik awak? Dia yang macam ni? Mustahillah. Takkan keluarga McCarlson lahirkan anak pelik macam ni? Baik buang je."

"Hrmm. Cik yang tak diketahui asalnya. Tolong jaga mulut ya. Mahu macam mana sekalipun anak-anak keluarga McCarlson, itu hal mereka dan Krystal setakat ni tak buat masalah walau perilaku dia seperti itu."
Salah seorang rakan sekerja Zach mempertahankan diri Krystal dan dia muak mendengar perkataan perempuan tadi, lagi pula sudah mengenal agak lama dengan kedua beradik McCarlson ni.

"Dah dah. Linda, kau nak apa datang sini? Setahu aku tak ada masalah di kubu utara."

"Memang tak ada masalah. Jadi, saya datanglah mahu jenguk awak."

"Buang tabiatkah kau ni? Baik kau kerjakan cara untuk perkuatkan pertahanan daripada buang masa jumpa aku."

"Alah, saya bosanlah asyik hadap benda sama. Baik jumpa awak."

"Lepas ni, kau jangan jumpa aku atas alasan peribadi. Kita cuma ada hubungan pasangan pekerjaan bukan pasangan kekasih bahkan bukan kawan."

"Jadi apa salahnya kita jadi pasangan? Mungkin jadi kawan dulu pun boleh."

"Kita tak mahu awak jadi kakak ipar kita. Kalau nanti terjadi, kita rosakkan majlis awak berdua."

"Eh, mulut kau jaga ae."

Krystal menjelirkan sedikit lidahnya untuk menyakat Linda, mungkinkah semakin meradang atau cuba bersabar?

"Dahlah, Linda. Balik sajalah kau. Aku masih banyak kerja mahu dibuat berbanding melayan kau."

"Tapi dia borak dengan awak, awak baik-baik saja."

"Dia orang yang aku sayang, tidak dengan kau."

"Ish, sampai hati awak, kan."
Laju langkah Linda meninggalkan bahagian tempat Zach bekerja.
Aman sudah telinga mereka.

"Zach, Zach. Janganlah lagi kau sebarkan pesona kau tu. Sudah banyak sangat perempuan keluar masuk di sini untuk menarik perhatian kau."

"Kau fikir aku tak ada kerjakah mahu buat sampai ingin menunjuk pesona. Lagipun itukan pasangan kerja aku. Sudah tak dapat dibuat apa-apa."

"Haih. Krystal, kau tolong-tolonglah kami daripada perempuan yang terpesona dengan dia ni. Buat masalah saja."

"Hehe. Abang kahwinlah cepat-cepat. Nanti mesti tak ada yang mahu mengganggu lagi. Kalau masih ada,, suruh saja isteri halang."

"Senanglah kau cakap. Mahu cari yang berkenan tu susah."

"Tulah, ada orang yang dekat-dekat, tak mahu perasan."

"Siapa?"

"Hehe, adalah. Mana boleh bagitahu. Cari sendiri. Tu sajalah. Kita mahu balik pejabat. Tata."

"Eh, jangan cabut dulu."

"Tak mahu dengar. Kita tak mahu cakap lebih."
Macam tu je blah.
Belum habis lagi perbualan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience