20

Fantasy Completed 1384

"Blood Knight."

"Saya, Tuanku." Dia menundukkan kepalanya terhadap kerabat kerajaan ini.

"Beta perlukan kamu bekerja kembali. Jawatan kamu, beta tidak lepaskan."

"Untuk tujuan apa saya bekerja kembali, Tuanku?"

"Putera beta akan kembali. Beta ingin kamu menjadi pelindungnya untuk beberapa waktu."

"Tuanku. Saya tidak rasa mampu menjadi pelindungnya lagi. Saya takut kisah lama terulang kembali."

"Ini perintah Blood Knight. Beta tidak mahu mendengar sebarang alasan. Ingat sumpahan yang ada pada kamu. Mustahil kisah lama terulang lagi."

"Namun, tuanku-"

"Beta tidak mahu alasan!"

"Bukan, Tuanku. Saya akan menjadi pelindung Putera Terrence tapi saya minta Tuanku bagi saya masa untuk mengelak dengan keluarga saya."

"Kamu masih sembunyikan hal ini kepada keluarga kamu? Sudahlah, bagitahu mereka saja."

"Tidak. Saya tidak mahu mereka tahu."

"Baiklah. Beta hormat keputusan kamu. Minggu depan Terrence akan kembali. Kamu, beta perkenankan kamu untuk tinggal dalam istana. Beta mahu kamu sentiasa menjaga Terrence. Dan segeralah berurusan dengan keluarga kamu selama lima hari ini."

"Baik, Tuanku. Saya akan berbuat demikian. Kalau begitu, saya pergi dulu."

"Baik."

Blood Knight menundukkan kembali kepalanya sebagai tanda hormat dan tanda perpisahan mereka pada perbahasan kali ini. Sekarang dia perlu memecahkan otak untuk mencari alasan bernas untuk keluarganya.

.....

"Ruth, kau pergi mana? Lama sangat aku tunggu kau dalam pusat beli-belah tu. Kau beli makanankah beli satu kedai dalam pusat beli-belah tu?"

"Kau ni. Janganlah berkira masa sangat. Aku ni sudah lama tak membeli sakan, membazir duit macam ni."

"Sudahlah. Aku mahu balik."

"Ya, jom balik."

Ren mula memanaskan enjin sebelum kereta meluncur laju ke jalan raya.

"Ren. Kau ada telefon kakak?"

"Tak ada. Kenapa?"

"Kakak ada cerita tak yang sebenarnya aku ada empat calon suami?"

"Tiga sajalah."

"Empat. Nathan yang bagitahu tapi disebabkan dia buat masalah, dia diberhentikan sebagai calon suami aku."

"Kakak tak cerita. Alah, lagipun buat apa fikir pasal itu. Kan benda lepas."

"Yalah. Jadi lepas ni, kau buat apa?"

"Tidur. Aku penat ni."

"Bukan yang tu. Untuk tumpuan kau lepas ni, takkan menganggur saja."

"Oh, cakap yang jelas. Aku mahu ikut abang kerja. Kau?"

"Ikut abang juga."

"Kau sudah siapkan apa yang perlu?"

"Nantilah. Kan lama lagi pengambilan kerja tu."

"Bagus, buat kerja saat akhir."

"Taklah. Kan masih ada empat bulan, sabarlah. Aku sekarang mahu berfoya-foya dulu sebelum kerja. Lepas tu, aku takkan dapat berfoya-foya lagi."

"Suka-suka kaulah. Jangan melepas, sudah."

"Hehe, ya."

.....

"Zach. Kita ada mesyuarat mendadak dengan putera mahkota."

"Sekarang?"

"Ya. Kita jalan terus. Aku sudah siapkan apa yang perlu. Dalam kereta kita bincang apa yang patut."

"Ya."

Boleh pula tiba-tiba ada mesyuarat. Untungnya mereka tidak ada perkara darurat yang lainnya.

"Mesyuarat apa pula kali ni?"

"Jumlah kematian setiap minggu bertambah mendadak. Setiap kota ada berpuluh-puluh mangsa. Ditambah sekarang ada yang menyeleweng duit syarikat dari pekerja peringkat pertengahan."

"Apa yang berlaku ni? Bukankah pembunuh tu sudah tidak aktif?"

"Tak tahu apa puncanya. Dua minggu terakhir dia mula mengganas. Aku rasa pembunuh dengan penyelewengan duit kerajaan ini ada kaitan. Cuma kita tak tahu siapa."

"Boleh jadi. Tapi aku paling ingin mengetahui tujuan sebalik perbuatan mereka ni. Ada dendam apa sehingga melakukan perkara seperti ini."

"Itu paling kita semua tak tahu."

.....

"Tuanku, semua yang berkenaan sudah sampai."

"Baiklah. Kita mulakan mesyuarat. Beta pasti semua sudah mendapat maklumat mengenai pembunuhan dan penyelewengan yang berlaku." Semua mengangguk dengan ucapan putera mahkota ini.
"Beta ingin melancarkan operasi penjagaan rumah ke rumah. Kesemua kesatria akan turun membantu polis dan yang lain untuk berkawal di malam hari. Namun beta akan buat pemeriksaan terlebih dahulu terhadap orang yang akan ikut dalam operasi ini. Bermula jam 6 hingga jam 6 pagi, mereka akan memeriksa rumah ke rumah pada waktu yang berbeza mengelak pembunuh itu tahu bila masa untuk dia pergi membunuh. Encik Zachary, kamu mungkin tahu benda apa yang diperlukan untuk tahu tahap teleportasi sebenar seseorang untuk kita kesan siapa yang berkemungkinan menjadi pembunuh atau pembantu pembunuh tersebut."

Zach tersentak sebentar pertanyaan putera tersebut. Masih belum tahukah kalau tahap teleportasi seseorang itu tidak boleh diketahui oleh orang melainkan orang tersebut yang rela memberitahu.

"Encik Zachary, ada masalahkah?"

"Sebagai seorang yang berkuasa berteleportasi, tahap teleportasi tidak boleh didedahkan kepada orang disebabkan itu, tiada satu benda pun yang boleh mengukur tahap teleportasi seseorang. Kalau sampai orang tahu, kami boleh menderita."

"Jadi, macam mana kita pasti seseorang itu terlibat dalam masalah ni?"

"Tuanku boleh terus bertanya di hadapan orang yang berkuasa teleportasi tersebut. Kami tidak boleh menipu bila ada yang bertanya soal tahap teleportasi kami cumanya jumlah orang yang boleh mengetahuinya terbatas. Mungkin Tuanku boleh bertanya bersama pembantu Tuanku saja."

"Sudah juga jadi kamu ni. Serba-serbi berpantang. Kalau kamu tak keberatan, beta mahu tahu tahap teleportasi kamu."

"Sebelum tu, saya akan menipu dahulu. Agar tuanku tahu kalau seseorang menipu tahap teleportasinya."

"Baik tapi di sini masih banyak orang."

"Tidak mengapa. Disebabkan saya ada kuasa penyembuhan, saya terlepas dari pantang itu."

"Baik."

"Saya ada kuasa teleportasi sangat jauh." Serta-merta leher Zach membahang dengan uratnya menimbul. Darah mengalir keluar di hidung bahkan dia memuntahkan darah.

Semuanya beriak tidak percaya terhadap permandangan mengejutkan di hadapan mereka.

"S-saya. tele-portasikan barang saja. Hukk." Reda. Keadaan mereda, leher kembali ke suhu awal, hidungnya tidak berdarah lagi dan tidak memuntahkan darah kembali.

"Kamu tak apa-apa?" Putera sedikit khuatir terhadap Zach.

"Saya baik-baik saja, Tuanku."

"Beta dengar tadi kamu cuma teleportasi barang sahaja? Manusia?"

"Tidak. Barang sahaja."

"Kamu ada kenal sesiapa yang boleh teleportasi manusia?"

"Ya."

"Boleh tahu?"

"Tidak. Nanti mereka berlaku seperti apa yang saya alami tadi."

"Baiklah. Apapun, usaha kamu tadi memadai. Cukup membantu kami. Kalau kamu betul baik-baik saja, ktia lanjutkan untuk topik seterusnya."

"Baik, Tuanku."

"Laporan penyelewengan ini bermula apabila seseorang menghantarkan laporan kewangan kepada beta. Encik Zachary, kamukah menyuruh adik kamu bertemu beta?"

"Ya, Tuanku. Fikiran saya ketika itu sebaiknya keluarga kerajaan tahu dengan cepat sebelum si penyeleweng mengetahui bahawa ada yang sedar terhadap kelakuan dia."

"Baik, beta faham. Untuk kes ini, beta akan serahkan kepada adinda beta, Puteri Aleen. Dia lebih mahir soal ini berbanding beta. Dia sudah mengatakan akan membuat pemilihan dan pemeriksaan pekerja secara teliti untuk urusan kewangan ini. Kita akan bincang lebih setelah dia dapat datang ke mesyuarat. Dan minggu depan, adinda beta, Putera Terrence akan pulang dan membantu kita. Akhir sekali, kita mungkin akan kedatangan Blood Knight."

BLOOD KNIGHT?
Semua mendengar tidak percaya dengan dua perkataan terakhir putera mahkota itu. Sekian lama menghilang, kini akan muncul kembali.

"Sekiranya Terrence bersama Blood Knight, kamu semua boleh melaporkan masalah kepada Blood Knight. Kamu tidak boleh berurusan terus dengan Terrence." Semua mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience