"Dia tak suka sayakah?" Tanya Ruth setelah Henry sudah jauh perginya.
Krystal hanya menjongketkan bahu walau dia tahu apa punca Henry sebegini rupa.
"Tak apalah, sekarang fokus pada awak bertiga dulu. Apa kata Ruth berkenal satu-satu. Mark dulu atau Nathan?"
"Aku dululah."
"Baiklah. Kami bertiga pergi dulu." Krystal mengangkat punggungnya begitu juga dengan Darren dan Nathan. Memberikan ruang bagi mereka berdua untuk mengenal secara mendalam.
Mark menunggu mereka semakin jauh sebelum memulakan pembicaraan.
"Aku Mark, tahun ni aku 24 tahun. Kuasa aku, tumbuhan. Aku kerja sebagai pegawai kerajaan."
"Pegawai apa?"
"Pegawai perancangan."
"Jadi, apa pandangan awak terhadap saya?"
"Bagi aku, kau cuba meniru gaya Krystal. Sebenarnya gaya kau tak selembut Krystal. Aku perasan pandangan tajam kau pada Henry."
"Wah, pandai awak analisis saya ya tapi betullah juga apa yang awak cakap. Saya memang kurang feminin."
"Suka bergaul dengan lelaki?"
"Tak sebab pergaulan saya memang tak bebas."
"Jadi kau ingin melakukan apa dengan perkahwinan kau nanti?"
"Saya tak tahu. Lagipun, saya mahu jadi kesatria, bukan suri rumah."
"Perjanjian tidak melarang kau untuk menjadi kesatria."
"Boleh jadi suami saya nanti melarang."
"Lapor saja ke atok, mustahil atok tidak melakukan apa-apa."
"Saya bukan Krystal, Mark. Saya tidak suka berbuat begitu."
"Lalu, apa penyelesaiannya? Mustahil kamu ingin membatalkan perjanjian ini?"
"Kalau boleh, ya. Saya mahu batalkan semua perkara gila ni. Saya tak mahupun terikat dengan perjanjian ni."
"Buatlah sesuka hati kau, asal jangan kami yang tidak berkenaan terkena tempias. Kami juga hanya mengikut perjanjian yang kami tak mahu. Sudahlah, perbicaraan kita sampai di sini saja."
"Kenapa berhenti? Larikah?"
"Aku tak mahu mendengar ucapan kau yang seakan ingin menentang kerajaan. Sebelum aku semakin berang, ada baiknya aku pergi. Aku panggilkan Nathan. Kau di sini saja."
Dia merespon Mark dengan hanya senyum kosong yang diketara kepalsuannya. Dia kemudian menunggu sebentar kedatangan Nathan.
"Kak. Kenapa Henry pergi tadi?" Tanya Nathan sebaik saja mereka bertiga duduk di balkoni.
"Entah. Dia tiba-tiba saja kata ingin berhenti dalam perjodohan ini."
"Serius dia tak cakap apa-apa?"
"Ya. Kita serius. Buat apa main-main."
"Jadi kenapa dia berhenti tiba-tiba pula ni?"
"Mana kita tahu. Takpun mungkin dia mahu fikir pasal kerja dia. Kekasih? Eh, tak ada. Atau juga ada masalah keluarga? Awak cubalah tanya dia."
"Yalah. Nanti aku tanya."
"Sejak bila akak ada adik baru ni?" Terpacul pula soalan cepumas Darren. Tak pernah-pernah orang luar mahu memanggil Krystal sebagai kakak.
"Adik baru? Awak maksudkan Nathan?"
"Ya, siapa lagi."
"Hehe. Baru-baru saja. Kenapa? Awak tak suka?"
"Bukan. Ingin tahu saja. Jangan saja berniat tidak baik."
Pantas pula kepala Krystal berpaling kepada Nathan seakan ingin tahu niat sebalik menjadi adik dia.
"Tak ada. Aku tiada niat yang tidak-tidak." Jawab Nathan dengan pantas.
Krystal mengangguk faham naum anggukannya belum habis, telefon pula berdering.
"Ya?" Kata Krystal yang menjawab panggilan telefon tadi.
"Perlu pergi sekarang?"
"Alah, kitakan sudah minta cuti hari ni?"
"Tak mahulah."
"Apa? Arr, ya ya. Kita pergi sekarang. Minta dia tunggu kejap tau." Dimatikan panggilan telefonnya.
"Ren, nanti temankan Ruth balik. Kalau dia mahu tinggal sini lagi bagus. Nanti lepas ni, kita balik rumah sana. Erm, Nathan, awak tolong tengok-tengokkan juga mereka ya. Kita perlu pergi sekarang, ada kerja mendadak. Baiklah, jumpa nanti."
"Kak, hati-hati."
"Baiklah, Ren."
"Aku Nathan. Aku anak sulung dengan tiga adik."
"Saya Ruth sebagai anak ketiga dari empat beradik. Awak ada kuasa apa?"
"Kuasa api. Biasa-biasa saja."
"Kuasa akan menjadi istimewa kalau awak boleh kawal dengan baik. Jadi, awak kerja apa?"
"Aku belum bekerja. Masih menunggu salah satu permohonan kerja aku diterima."
"Awak guna nama keluarga Hansford? Mustahil mereka tak mahu awak."
"Aku tak letak nama keluarga. Aku mahu mereka terima aku kerja sebab kepakaran aku, bukan sebab aku keluarga Hansford."
"Oh, baiklah. Dari apa yang awak nampak, apa perspektif awak terhadap saya?"
"Perspektif? Kau cantik."
Tersenyum kecil Ruth mendengarnya. "Lain?"
"Menarik untuk dikenal."
"Kenapa?"
"Lepas dengar cerita kakak, aku sedikit tertarik dengan kau."
"Maksud awak, Krystal?"
"Ya."
"Eh. Awak panggil Krystal tu kakak?"
"Ya, tak bolehkah?"
"Bukan, bukan. Pelik saja."
"Pelik kenapa ni?"
"Orang selalunya menganggap Krystal tu gila sampai selalu diejek."
"Kenapa berani ejek keluarga McCarlson?"
"Kami inikan keluarga yang sepatutnya tinggal di Negera Narnia tapi tinggal sini pula. Mungkin masih ada yang tak terima kedatangan kami."
"Jadi kau pun selalu diejek?"
"Ya tapi diejek sebagai adik kepada orang gila. Apapun-" Ruth menggenggam tangan Nathan tanpa tanya izin. "Terima kasih sudi adik Krystal. Mesti dia gembira ada orang yang tak anggap dia gila."
"Err, ya. Boleh tahu kenapa dia dianggap gila?"
"Huh, hanya disebabkan dia berperangai kebudak-budakan tapi dia tak buat masalah pun. Mereka saja yang pelik. Dia tak pernah buat masalah pada awak dengan yang lain, kan?"
"Tidak. Malah kami yang menyusahkan dia." Jatuh pandangannya ke bawah.
"K-kenapa? Dia tak apa-apa, kan?"
"Dia tak cerita apa-apa pasal calon suami kau yang keempatkah?"
"Keempat? Dia bagitahu ada tiga saja."
"Terpaksalah aku bagitahu, tak tahu pula dia tak cerita."
"Ceritalah apa jadi."
"Ada seorang sepupu aku ni yang entah kenapa dia tak suka dengan keluarga McCarlson sampai dia selalu sakitkan hati Krystal sampai satu masa tu dia mencekik dan hampir bekukan leher Krystal. Adalagi satu hari tu, dia cuba rogol Krystal. Disebabkan itu, dia dikeluarkan."
"Kenapa kakak tak cerita?"
"Mungkin dia tak mahu kamu risau."
"Kakak mana?" Ingin pula dia bertemu Krystal pada saat itu.
"Dia tadi pergi. Ada panggilan kerja mendadak."
"Tak apalah kalau macam tu."
Share this novel