35

Fantasy Completed 1384

"Blood, pergi dapatkan rawatan sekarang."

"Penyerangan belum selesai, tuanku."

"Sebelum kau mati, baik kau pergi sekarang."

"Saya akan selesaikan tugas saya dulu." Pergi! Ditinggalkan Terrence sendiri, sedangkan dirinya menyerang melulu ke arah musuh yang lemah baginya. Setiap dari penyerang dibunuh dengan hanya sekali libasan pedang dan semakin cepat apabila pedang Blood Knight sudah ada di kedua-dua tangannya. Genangan darah dan bau hanyir memenuhi ruangan besar ini juga disebabkan Blood Knight suka membuat musuh mati kehabisan darah berbanding terus membunuhnya terkecuali untuk penyelamat Ejen K yang langsung dibunuh di tempat.

Terrence yang mengetahui keadaan sebenar Blood Knight membuatnya menjadi gusar kalau-kalau Blood Knight sampai mati akibat lambat mendapatkan rawatan namun bagaimana dia akan menghalang Blood Knight ketika dia sudah berubah dengan matanya yang menjadi merah. Perkara ini berlaku kerana Blood Knight ingin mengeluarkan lebih banyak kekuatan sehingga dia pulih dari luka dan mendapatkan kekuatan yang berlipat ganda. Hal ini disebut sebagai Kekuatan Narnia yang sememangnya orang Narnia akan dapat melakukan ini mengikut kemampuan dia.

Tidak lama kemudian, suasana menjadi hening dengan deruan nafas kepenatan. Tiada lagi musuh yang perlu Blood Knight bunuh bahkan tiada lagi yang mahu menyelamatkan Ejen K.

'Hukk!' Muntahan darah yang banyak mengejutkan orang sekeliling.

Terrence sigap mengarahkan pengguna teleportasi yang berkerja dibawahnya untuk meneleportkan dia kepada Blood Knight.

"Cukup, Blood Knight. Jangan guna kekuatan tu lagi. Kau perlukan rawatan."

"Tuanku. Masih belum tentu musuh sudah berputus asa."

"Itu aku akan urus. Sekarang pentingkan diri kau dulu."

"Ejen K tu-" 'Hukk' Sekali lagi dia muntah darah.

"Kau mahu buat apa dengan dia?"

"Baca ingatan dia, terutama sepanjang dia belajar di sekolah pertahanan."

"Nanti aku uruskan. Kau kembali kepada asal." Terrence siap sedia memegang lengan Blood Knight sebelum Blood Knight kembali kepada asal.

Tubuh Blood Knight menjadi longlai dan terlihatlah luka-luka yang dia dapat hasil tikaman penyerang berlima tadi bahkan terdapat calar di seluruh badannya yang berkemungkinan akibat serangan melulu tanpa berfikir dia akan tetap terluka. Ini yang membuat Terrence gusar, Kekuatan Narnia mungkin bagus namun inilah kelemahannya. Kekuatan tadi tidak mampu memulihkan kecederaan sehingga boleh membawa maut akibat kehilangan banyak darah.

Terrence mencempung badan Blood Knight lalu mengarahkan pengguna teleportasi untuk meneleportkan mereka berdua ke kawasan rawatan. Para perawat sigap membantu Blood Knight dan menyalurkan darah dengan segera sebelum terlambat. Terrence menyingkap tangan Blood Knight dan kelihatannya sudah menggelap. Bukan biru tua melahan sudah menjadi hitam. Keadaan Blood Knight sudah kritikal. Dalam hati yang kegusaran, dia teringat untuk mengambil patung, sebaiknya dia ambil patung yang besar saja. Patung dibiarkan menjadi bantal kepada Blood Knight. Untuk membuat lebih berkesan, dia menggenggam tangan Blood Knight untuk menyalurkan rise dnegan lebih banyak. Namun dia masih gusar melihat kecederaan Blood Knight yang parah. Dia bahkan sudah berfikir Blood tiada harapan.

"Sesiapa yang mempunyai banyak rise, minta mereka salurkan kepada Blood Knight dan carikan beberapa orang dengan kekuatan penyembuhan membantu Blood Knight."

Ada beberapa orang menyudikan diri untuk memberikan rise mereka bahkan ingin menyembuhkan Blood Knight dan sudah tentu ada keluarganya, iaitu keluarga McCarlson yang terkenal dengan kombinasi kekuatan teleportasi dan penyembuhan.

'BUKK!' Tunggu! Masih ada penyerang?

Ejen K tersentak melihat kedatangan siapa kali ini. Ini-
Ini ketua dia, pasti dia akan menyerang Putera Terrence juga Blood Knight yang merangkap kakaknya. Ini tak boleh jadi, boleh jadi kakak dia mati akibat ketua dia.
Dengan menggunakan separuh rise dia, dia mampu meleraikan diri dari pisau yang menikan di sekitar lehernya. Penduduk menjadi terkejut dan panik melihat keadaan seperti ini.

"Teruskan. Aku akan berhadapan dengan musuh ni." Ujar Terrence.

Musuh bergerak ke hadapan seketika Ejen K berada di hadapannya juga.

"Ejen K."

Dengan tangisan yang masih tersisa, dia menahannya dan mengesat kasar air matanya. Pedangnya terarah kepada ketuanya.

"Apa maksudnya ini, Ejen K."

"Jangan dekat. Saya tak mahu kakak saya mati."

"Bukankah sebelum ni kamu obses ingin membunuh Blood Knight?"

"I-itu sebelum ni. Saya takkan biar ketua bunuh kakak saya!"

"Kamu cari mati, Ejen K!"

Pedang diangkat tinggi tapi tangannya di kawasan lain. Ejen K cuba memotong pergelangan tangannya namun dia lupa kalau ketuanya mampu memulihkan luka dan mengembalikan organ dengan sekejap. Dia melarikan diri dahulu sebelum menaburkan sesuatu serbuk di pedangnya. Untungnya dia tidak lupa membawa serbuk ini.

Dia menggunakan lagi kuasanya untuk memindahkan tangan ketuanya ke tempat lain dan memastikan dia memotong tangan ketuanya dengan segera dan tidak akan pulih lagi dengan masa sekejap.

"TAK GUNA!"
Sekelip mata, Ejen K berada di belakang ketua dan cuba memenggal kepalanya namun tidak mampu memotong tulang lehernya yang sekeras batu. Pedang tersebut juga tidak dapat dicabut seakan tertelan oleh isi leher. Tidak berputus asa, Ejen K menggunakan pedang entah siapa pemiliknya lalu ditaburkan lagi serbuk tadi dan sekali lagi mencuba memenggal kepala namun hampa menerpa, hasilnya tetap sama seperti tadi.

Mendadak, Ejen K merasakan tekanan di jantungnya seakan sesak. Tanpa dia tahu, matanya memerah sepeti mana berlaku pada Blood Knight sebentar tadi. Kesakitan yang seketika membuat dirinya ringan lalu menggunakan pedang ditaburkan pula dengan racun yang kuat bahkan ini dibuat oleh ketua di hadapannya dan belum ada penawar sama sekali. Berkali-kali Ejen K menyerang di bahagian yang boleh melumpuhkan pergerakan ketua seperti di tempurung lutut dan juga cuba membuat lebih banyak luka.

'BUKK!' Tubuh ketua Ejen K terbaring jatuh secara paksa namun itu bukan kerjanya. Siapa yang melakukan ini.

"Habiskan dia, cepat!" Teriakan Puteri Gheara membuat Ejen K lantas mengambil pedang lain dan menabur serbuk tadi lalu ditusuk ke jantung ketua. Juga secara tiba-tiba Terrence muncul dengan pedangnya membelah dua badan ketua di pinggang dengan pantas dia menarik pedangnya agar tidak tertanam seperti pedang Ejen K. Ejen K sigap menggunakan serbuknya ditaburkan diluka yang dibuat oleh Terrence. Dia tidak lupa untuk menggunakan racun mematikan di pedang lainnya.
"Maaf, ketua." Tangannya lantas menancapkan pedang ke tengkorak ketua dengan andaian mampu membuat dia mati. Tetapi kenapa? Dia masih boleh bergerak. Kegeraman di hati Ejen K mendadak kemuncak lalu menikam bertalu-talu di kepala ketua.

Terrence teringat dengan pedang Blood Knight. Pedang Blood Knight mampu menghisap rise yang mungkin mampu menghalang musuh ini terus memulihkan diri. Dia diteleportkan lalu mengambil pedang Blood Knight dan ditusukan ke jantung.

Tak lama, tiada lagi pergerakan yang terlihat.
Melihat itu, Ejen K kembali kepada asal tanpa mata yang merah semula.
Dia measarakan penat yang belum pernah dia rasakan, mungkin impak penggunakan Kekuatan Narnia dan dia sudah menggunakan separuh rise untuk lari dari kekangan pisau Blood Knight. Dia terduduk tanpa sedar dan kembali mengingat perbuatannya terhadap kakaknya.

Dia mengambil bekas kecil di poketnya. Dia ada juga membawa ramuan untuk menyembuhkan badan dengan segera. Dia patut bagi kakaknya.

"Tuanku." Dia membaiki posisinya menjadi bersujud. "Ini ramuan untuk penyembuhan segera. Tolong bagi kakak saya."

"Kau pasti ini menyembuhkan bukan mematikan."

"Saya takkan berani buat kakak saya mati."

Terrence mengambilnya dengan pandangan dingin. "Ghea." Ghea faham dengan arahan Terrence lantas menggari Ejen K dengan kuasanya.

"Ruth McCarlson. Aku tak sangka kau jauh berbeza dengan Krystal McCarlson yang taat setia terhadap kerajaan ni walaupun dia juga bukan sepenuhnya orang Avalon."

Terrence berlalu pergi mendekati kembali tubuh Blood Knight yang terbaring lemah. Menggunakan ramuan yang Ruth berikan kepada Blood.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience