18

Fantasy Completed 1384

"Akak, akak."

"Ya?"

"Erm, akak tinggal dengan calon suami Ruth, kan?"

"Ya."

"Kacak?"

"Ya."

"Mana paling akak rasa sesuai untuk Ruth?"

"Hrm, tak tahu. Sebab tiga-tiga sesuai untuk awak."

"Ada yang minat Ruth?"

"Erm, tak pasti tapi ada seorang ni yang tanya-tanya pasal awak. Nama dia, Nathan. Kalau tak silap umur dia, 21 tahun."

"Mudanya."

"Awak mahu yang tuakah?"

"Tak juga. Yang lain siapa?"

"Ada Mark dengan Henry. Mereka pun kacak juga tau."

Darren hanya menyibuk memandang mereka berdua. Sengaja mengganggu di bilik yang Ruth dan Krystal tidur bersama.

"Jadi bila Ruth kahwin?"

"Ikut awak dengan calon yang awak pilih. Mahu awal boleh, mahu lambat sikit pun boleh."

"Lambat sikit macam mana tu?"

"Macam awak mahu kahwin tahun depan. Takpun dua tahun lagi. Ikut persetujuan awak dengan calon suami awaklah."

"Hrmm. Kalau tak mahu kahwin, boleh?"

"Bolehkah? Bukan tak boleh?"

"Tanya saja, kalau-kalau boleh."

"Kenapa? Awak tak suka dengan perjodohan ni?"

"Bukan tapi macam berat tanggungjawab jadi keluarga Hansford ni."

"Sebab awak mahu jadi kesatriakah?"

"Erm. Ruth tak mahu ada hubungan suami-isteri. Nanti mereka mahu Ruth jadi isteri mithali pula."

"Awak boleh bincang dengan keluarga Hansford. Mungkin mereka mahu bagi keringanan."

"Tak apalah. Nanti masalah pula. Inikan perjanjian dengan kerajaan juga."

"Tak salah mencuba."

"Tak apa. Nanti akak tolonglah kenalkan Ruth dengan calon suami Ruth."

"Baiklah."

"Bila kita balik rumah? Ruth tak sabar ingin pulang."

"Esok kita sudah boleh pulang."

"Yeah. Kalau macam tu, Ruth tidur dululah. Mengantuk pula."

"Baiklah. Tidur lena ya."

"Ya."

~~~~~

"Krystal, adik awak datang sini, kan?"

"Ya. Dia tak sabar tau jumpa awak dengan yang lain."

"Krystal, boleh saya cakap sesuatu?"

"Pasal apa?"

"Saya sukakan awak."

"Awak. Awak tu calon suami adik kita tau. Kenapa sukakan kita pula?"

"Tak tahu. Saya mana boleh kawal perasaan saya sendiri. Lagi pula masih ada Mark dengan Nathan, kan?"

"Awak. Tak elok macam ni. Maaf."

"Kenapa? Tak bolehkah awak bagi saya peluang?"

"Hati kita sudah terkunci untuk satu nama dan tak tahu mengapa kita tak dapat buang nama ni. Lagipun kita tak layak untuk awak."

"Awak, ini ada kena mengena dengan huruf tunggal yang ada pada patung awak?"

"Ya."

"Tapi kita boleh cuba berhubungan dahulu?"

"Maaf, awak. Kita tak mahu fikirkan soal berhubungan. Kita mahu bersendirian dahulu."

"Sungguhkah saya tidak mempunyai peluang?"

"Maaf, awak. Maaf sangat-sangat. Perangai kitakah yang membuat awak macam ni?"

"Mungkin. Tapi nampaknya saya yang terbawa suasana. Awak, boleh saya buat permintaan?"

"Boleh, kita cuba tunaikan."

"Jangan kenankan saya dengan adik awak. Saya tak mahu adik awak jadi pengganti awak."

"Huh. Baiklah, kita tunaikan-"

Belum habis ucapannya, badannya sudah ditarik ke pelukan Henry.
"Terima kasih jadi kenangan indah saya walaupun sekejap. Terima kasih."

Krystal mendiamkan diri akibat buntu harus berkata apa.

"Baiklah. Saya berkemas dulu."

"Awak mahu pergi sekarang?"

"Ya. Nanti adik awak fikir saya pun calon suami dia pula."

"Baiklah." Dengan sayu dia menjawab.

"Janganlah buat muka sedih tu. Nanti saya tak rela pula lepaskan awak."

"Awak ke situ pula. Kita ni sedih awak akan pergi, mana tahu lepas ni tak jumpa lagi."

"Saya ada di tempat kerja. Datanglah bila ada masa."

"Baiklah."

"Awak pergilah ruang tamu. Mungkin adik awak sudah sampai."

"Baik." Krystal melalukan diri pergi dari balkoni tersebut, biarlah dia menunggu saja kedatangan Ruth di ruang tamu.
.....

"Akak."

"Sampai pun. Awak berdua pergi mana lama sampai ke sini ni?" Disiasatnya kedua-dua adik dia yang lewat 20 minit sampai ke rumah. Padahal waktu perjalanan hanya 20 minit.

"Ada orang menyinggah ke sana ke sini. Mana tak lambat." Ujar Ren.

"Ruth. Kamu ke mana?"

"Hihi. Adalah. Lagipun dia pun ada salah juga. Siapa suruh sesat." Saling menyalahkan pula.

"Kau pun sama sajalah."

"Eh, cukup. Bagitahu mama kejap lagi, baru tahu. Sudah. Ini Mark dengan Nathan. Nathan, Mark, ini Ruth dengan Darren."

"Bukan akak cakap ada tiga? Seorang lagi di mana?"

"Dia sudah tarik diri."

"Hah!? Dia tarik diri sebab kami lambatkah?"

"Bukanlah. Dia bukannya kebudak-budakan sampai macam tu. Ada masalah lain."

"Krystal, seriuslah Henry tarik diri?" Tanya Mark seakan tidak percaya.

"Ya, kita serius."

"Tapi bila masa? Semalam elok saja."

"Baru tadi dia cakap."

"Sekarang dia di mana?"

"Kemas barang."

Kebetulan Henry sudah keluar dari biliknya. Mereka yang berada di ruang tamu melihatnya cermat.

"Kenapa kamu semua tengok aku ni?"

"Henry, kau betul-betul pergi?"

"Ya. Kenapa?"

"Kenapa tiba-tiba?"

"Sudah takdir. Awak Ruth, kan? Salam kenal." Dihulurnya tangan untuk berjabat tangan. Sudah alang-alang mereka melihat dia, sapalah dahulu.

"Ya, saya. Awak Henry." Tangannya menyambut tangan Henry.

"Maaflah tiba-tiba saya pergi macam ni. Ada sebab tertentu."

"Tak apalah. Apa boleh buat."

"Ni adik Krystal juga? Tak tahu pula nama siapa." Tangan beralih ke arah Darren.

"Darren, panggil Ren." Tangan disambut ramah.

"Baiklah. Salam kenal juga."

"Ya."

"Baiklah. Saya pergi sekarang."

Sebegitu saja cara berpisah mereka. Henry tidak mahu bertahan lebih lama di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience