"Tuan Louis, bila anak kamu boleh kembali?"
"Siapa yang dimaksudkan, tuan?"
"Ruth."
"Oh, dia. Sepatutnya dalam dua bulan lagi."
"Kesemua cucu saya yang sesuai sudahpun lengkap. Jadi bagaimana?"
"Krystal boleh menjadi pengganti sementara jika mereka ingin memulai keserasian."
"Sudah bertanya dengan Krystal?"
"Ya dan dia baik-baik saja."
"Baiklah. Saya sendiri akan menjemput dia pergi ke rumah."
"Baiklah."
Mengikut perjanjian yang ditetapkan, salah seorang anak pengguna teleportasi akan berkahwin dengan keturunan Hansford namun anak tersebut haruslah berbakat dengan bantuan pengesanan 'Rise'.
.....
"Atok!"
Sebaik saja muncul di ruang tamu, Krys mendapati atoknya ada di sini.
Lantas dirinya memeluk orang berumur itu.
"Makin cantik cucu atok ni. Makan apa ni?"
"Hehe. Mana ada makan apa-apa. Rahsia dia, kita kena selalu senyum biar aura kita positif. Jadi, atok pun perlu senyum-senyum tau."
"Apalah yang atok boleh senyumkan sekarang? Tunggu adik kamu kahwin, mungkin atok boleh senyum."
"Alah, atok ni. Kita hidup bukan selalu serius, mesti santai-santai juga."
"Yalah."
"Jadi, atok buat apa ke sini? Sudah jarang atok pergi sini."
"Mana tak jarang kalau cucu-cucu atok tak ada di sini. Lagipun atok datang untuk bagitahu yang cucu atok sudah lengkap."
"Terus, macam mana? Ruth tak balik lagi."
"Krystal, kamu pergi gantikan dulu untuk dua bulan ni." Ujar papa yang sejak tadi diam.
"Tidak apakah? Lagipun nanti mereka kahwin dengan Ruth, bukan kita."
"Tak apa. Lagipun nak serasikan hawa antara dua keluarga. Lagipun, ini pertama kali untuk mereka jumpa dengan keluarga Teleportasi."
"Baiklah tapi nanti kita perlu buat apa ketika jumpa mereka? Lagipun mahukah mereka kawan kita yang macam ni?"
"Nanti layan macam kawan saja. Kalau sampai mereka buat hal, cepat-cepat lapor pada atok. Pada masa yang sama, atok mahu kamu tengokkan perangai sebenar mereka di rumah macam mana."
"Ermm, nanti kerja-kerja dalam rumah siapa buat?"
"Mestilah pembantu rumah. Atokahu kamu temankan mereka saja, bukan jadi kuli di sana."
"Hehe, baiklah. Jadi, ingin perginya bila?"
"Sekarang ni, boleh?"
"Sekarang? Baju tak kemas lagi."
"Tak apa, bawa dua tiga pasang saja dulu. Esok ambillah lagi. Sekali gus, kita makan malam sama-sama dengan mereka."
"Wah. Kalau macam tu, kita mandi dulu lepas tu kemas baju."
"Ya. Pergilah, atok tunggu."
"Baiklah."
Krys hanya menyediakan baju tidur juga baju kerjanya untuk esok.
Sebelum balik sana, balik sini untuk ambil baju lebih.
Selepas siap, dia pun pergilah membersihkan diri.
"Krystal."
"Ya, pa?"
"Nanti dekat sana elok-elok. Lepas tu, terangkan keadaan kamu macam mana. Papa tak mahu kamu dibuli."
"Baik, pa."
"Tuan Hud, mohon ditegur jikalau Krystal berkelakuan buruk."
"Jangan risaulah. Krystal takkan buat benda buruk. Kan, Krystal?" Mama Krystal menghantarkan mereka berdua pergi.
"Betul tu, betul."
"Puan Lilith, kami pergi dulu. Krystal akan tetap selamat di bawah jagaan saya."
"Baik, Tuan Hud."
Seusai itu, mereka langsung menuju ke rumah yang sudah disediakan.
Selama dua bulan ini, Krys akan menghadap perangai-perangai yang pelbagai oleh cucu-cucu Tuan Hud.
Dan mungkin ini boleh membantu dia mencadangkan lelaki yang mana satukah sepadan untuk adiknya, Ruth.
.....
'Selamat datang, Tuan Hud.'
Dua orang pengawal menyambut kedatangan Tuan Hud untuk masuk ke rumah.
Beginilah bila menjadi orang ternama, masuk ke rumah keluarga saja memerlukan pengawal.
"Selamat datang, tok."
Di hadapan Krystal, matanya dijamu dengan empat jejaka dengan rupa paras menawan.
Semua padan untuk Ruth.
"Atok mahu perkenalkan. Ini Krystal McCarlson yang akan bersama kamu untuk dua bulan sebelum pengantin perempuan yang sebenar pulang."
"Apa maksud atok bawa dia dekat sini? Kan sepatutnya pengantin yang dekat sini."
Pertanyaan ditanya oleh seorang jejaka dengan rambut agak panjang diikat rendah dengan raut wajah yang tenang.
"Betul tapi alang-alang pengantin masih dalam proses pembelajaran dan tidak boleh berhenti separuh jalan, atok mahu Krystal tengok siapa yang dia ingin kenankan dengan pengantin."
"Apa hubungan dia dengan pengantin?"
Kemudian, seseorang yang berwajah ceria bertanya dengan nada yang lembut.
Masing-masing daripada mereka mempunyai perbezaan ketara.
"Ini kakak kepada pengantin."
"Baik dia jadi pengantin terus."
Ini pula jejaka yang sepertinya masih muda.
Jangan-jangan tak jauh beza umur dengan Ruth.
Atau mungkin saja mempunyai jenis muka bayi.
"Perkara ni sudah dalam perjanjian dan tidak boleh diubah-ubah. Jadi pengantin mestilah Ruth McCarlson bukan Krystal McCarlson."
"Tak membebankankah begini? Dengan masih pegang patung budak-budak. Entah-entah muka saja cantik, otak tak."
Seterusnya, ditanyakan pula oleh jejaka yang mempunyai mata tajam dengan wajahnya yang dingin.
"Eee, apa ni!? Tak suka kita, tak suka sajalah tapi tidak perlu menghina kita. Mahu baliklah, atok."
Lantas dia membelakang untuk pergi dari sana.
"Krystal, tunggu."
Atok menahan tangan Krys segera sebelum dia tidak mampu untuk mengejar lebih jauh.
"Jay! Hormat sikit dengan orang. Walau keadaan dia macam ni, dia tetap jadi orang berguna."
"Krystal, jangan balik dulu. Baru saja sampaikan. Kita tak makan malam lagi."
"Tidak perlulah, atok. Nanti mata kita sakit tengok orang tu."
"Krystal. Bagilah peluang berbaik dulu. Dia memang celupar macam tu."
"Tak ingin. Lepaslah, tok." Dicubanya melepaskan genggaman tangan atok di lengannya.
"Krystal. Marilah masuk dulu. Hiraukan saja ucapan dia."
Dipujuk pula oleh jejaka berwajah ceria tadi.
Arr~~ Baiknya.
"Yelah. Demi atok." Yalah tu demi atok.
"Kalau macam tu, mari masuk dulu. Mesti penat diluarkan."
"Ermm."
Nasib baiklah Krystal ni baik hati mahu luluhkan dulu rajukan dia.
Kalau tak, sudah lama dia teleport.
Sementara 'Rise' dia masih banyak.
Tidak terkuras pun buat bekerja di pejabat siang tadi.
Share this novel