22

Fantasy Completed 1384

Berpuluh panggilan dan mesej Krystal tak hiraukan. Dia biarkan saja adik-beradiknya bahkan mamanya. Dia terlalu sakit hati dengan papanya yang tiba-tiba begitu. Bahkan tidak mempercayainya. Mudah terpengaruh dengan sumber luar.

"Krystal, dari tadi tau telefon asyik bunyi. Awak merajukkah? Dengan siapa?" Teman sekerjanya menegur Krystal yang terlihat muram.

"Ada masalah. Maaf tau kalau bunyi ni mengganggu. Kita senyapkan dulu."

"Tak apalah. Apapun, betulkah awak dipindahkan tempat kerja?"

"Ya tapi lebih kepada kita ada dua tempat kerja. Kadang sini, kadang sana."

"Tak penatkah macam tu?"

"Tak apa. Kita boleh. Lagipun di sini, mungkin sekali dua dalam sebulan saja. Selebihnya di sana." Beginilah cara dia merajuk. Ingin pergi jauh-jauh sampai tak ada yang boleh jumpa. Untungnya majikan dia memberi kebenaran untuk bekerja di kawasan lain.

"Alah, nanti saya rindulah dengan awak."

"Hihi, wah. Ada orang mahu rindu kitalah."

"Mestilah. Awak ni penyelamat kami tau, kalau bukan awak, mungkin kami tak bertahan bekerja di sini." Dia mengatakan begitu kerana Krystal satu-satunya yang perasan akan perbelanjaan kerajaan yang lebih banyak berbanding jumlah sepatutnya.

"Ih, janganlah buat kita malu. Malaslah dengan awak ni."

"Dah merah pipi awak."

"Cukup." Kedua-dua tangannya menutup wajahnya yang malu.

"Yalah. Saya tak kacau lagi. Buatlah kerja tu."

"Hehe, ya."

.....

"Krystal." Tangan Zach mencapai tangan Krystal sebelum tidak sempat. Dia sudah menunggu Krystal pulang untuk bertanyakan banyak hal setelah mendengar cerita dari adik-adik mereka.

"Abang?"

"Kau pergi mana?"

"Tadi?"

"Sekarang ni?"

"Oh, baliklah. Sudah habis masa kerja ni."

"Balik mana?"

"Adalah, abang tak boleh tahu."

"Jom, balik rumah."

"Tak ingin."

"Krystal, jom kita bincang elok-elok. Aku rasa papa terlepas marah saja. Tolonglah, balik. Aku risaulah kau tak balik rumah."

"Heh, tak ingin. Ren dengan Ruth tak bagitaukah kita takkan balik sana selagi kita sakit hati."

"Tunggu, ni kenapa?" Baru pula dia terperasan tangan Krystal berbalut.

"Kita toreh semalam. Siapa suruh papa sakitkan hati kita."

"Kau ni, janganlah bahayakan diri. Kau tak sayang nyawakah?"

"Alah, toreh tangan saja. Bukan toreh jantung pun. Sudahlah, kita mahu balik. Penat."

"Tak. Kau perlu balik rumah."

"Tak ingin. Berapa kali kita perlu cakap?"

"Setidaknya bagitahu aku, kau tinggal mana? Biar aku tak risau."

"Di tempat yang bukan sembarang orang boleh masuk. Tata."

"Tunggu."

"Apa lagi?"

"Baiklah. Kalau kau tak mahu bagitahu aku, kau tinggal mana. Bagitahu aku, apa sebenarnya terjadi semalam."

"Janji kalau kita cerita, abang tak halang kita pergi balik mana-mana."

"Ya, janji."

"Baiklah."

"Kita sambil makan malam, boleh?"

"Ya."

"Guna kereta aku."

"Ya."

~~~~~

"Kita bertemu kembali, Blood Knight."

"Ya, tuanku."

"Keluarga kau sudah tahu pasal kau siapa?"

"Belum, Tuanku."

"Baiklah. Nampaknya aku akan gunakan khidmat kau lagi. Tolong jaga aku."

"Baik, Tuanku."

"Aku mahu berehat untuk beberapa hari. Kau aturkan tempat yang sesuai untuk aku lawat. Hari ni, aku berehat di rumah saja."

"Baik, tuanku."

"Kau tinggal di istana, kan?"

"Ya, Tuanku."

"Bagus. Aku mahu kau saja yang urus urusan sehari-hari aku. Bahkan barang dalam bilik aku, kau saja boleh sentuh."

"Maksudnya makan pakai Tuanku juga saya aturkan?"

"Ya. Boleh? Aku mahu kau kerja seawal jam 6 dan habis kerja jam 6 juga."

"Tuanku, saya pelindung dan juga pembantu Tuanku. Mana boleh saya kerja sampai jam 6 saja."

"Tak apa. Ada apa-apa terjadi selepas jam 6 petang, aku panggil kau. Kau tak buang perjanjian 'majikan-perkerja' aku, kan?" Perjanjian yang dimaksudkan adalah perjanjian di awal mulanya mereka menjadi majikan dan pekerja. Perjanjian di mana mereka boleh mendengar apabila mereka memanggil satu sama lain dan juga Terrence menetapkan hanya kepada dia kerabat diraja yang Blood Knight boleh berlutut dan bersujud dan selebihnya hanya tunduk hormat dan beberapa lagi.

"Tidak, Tuanku."

"Bagus. Itu saja hari ni. Kau boleh buat apa kau mahu."

"Baiklah, Tuanku."

~~~~~

"Putera Terrence, selamat kembali." Setelah beberapa hari ia pulang ke Avalon, akhirnya dia menghadiri mesyuarat mengenai masalah yang merundung Negara Avalon ini.

Blood Knight sentiasa berada di sisi Terrence dengan aura yang kuat membuat mereka yang lain sedikit tegang.

"Blood, jangan serius sangat." Dia sedar aura memangsa Blood Knight yang meningkat sebaik saja masuk ke bilik mesyuarat ni. Dan dia juga memang memendekkan panggil Blood Knight kepada Blood.

Mendengar teguran Terrence, Blood lantas mengawal auranya biar tidak terlalu berlebihan.

"Baiklah. Boleh mulakan perbincang-"

'AARRGGHH' Tiba-tiba muncul seseorang wanita dan Blood menikam tanggannya di meja mesyuarat. Buat terkejut orang betullah dia ni. Blood jugalah yang teleportkan perempuan tu.

"Blood, jelaskan." Blood lantas membisikkan sesuatu ke telinga Terrence.

"Dia ni cuba curi dengar perbincangan kita di sebalik dinding. Di antara dinding ni, ada satu ruangan rahsia. Mungkin sebab itulah rancangan yang kamu bincang selalu gagal. Blood yang cakap" Ujar Terrence setelah bisikkan Blood.

"Pengawal, bawa dia ke penjara." Ucap Putera Jade yang sebenarnya Putera Mahkota setelah mendengar ucapan Terrence.

"Maaf, Tuanku. Kenapa tuanku percaya 100% terhadap Blood Knight ni? Mungkin perempuan tadi cuma tidak sengaja berlalu berdekatan bilik ini." Serta-merta hujung pedang terletak di kulit lehernya. Blood Knight bila-bila sama boleh menyembelih orang ini tetapi dia perlu menunggu arahan Terrence.

"Berani kau cakap macam tu? Kau musykil dengan kemampuan Blood Knight akukah?"

"Pengawal! Bawa dia pergi penjara juga." Sekali lagi Jade mengarahkan pengawalnya. Di situasi seperti ini, orang luar yang paling boleh dipercayai adalah Blood Knight. Ada sebabnya.

"Blood, kembali." Terrence mahu Blood kembali ke posisinya.
"Baik. Kita mulakan mesyuarat."

"Beta sudah membuat pemeriksaan setiap kesatria yanga akan bertugas. Sudah hampir separuh. Untuk pengguna teleportasi, beta masih belum ada maklumat penuh." Jade terhenti ucapannya apabila Terrence mengangkat tangannya.

"Kau pergi cari maklumat." Perintah dia kepada Blood. Blood lantas menunduk hormat lalu berteleportasi.
"Blood." Muncul kembali Blood Knight-nya. "Bukan sekarang, nanti." Kali ini Blood mengangguk faham. "Sambung."

"Disebabkan masih belum dapat maklumat penuh mengenai pengguna teleportasi, masih sukar untuk ketahui siapa dalang dan motif masalah ni berlaku." Selesai, giliran Aleen untuk memberikan maklumat soal penyelewengan yang berlaku.

"Selepas siasatan berlangsung sebelum ni, kita dapati puncanya dari pekerja peringkat pertengahan. Di mana, dia mempunyai kuasa untuk menyalurkan kewangan apabila perlu, namun disalahgunakan. Dan hal ni berlaku di setiap kota."

"Sudah tahu siapa orang 'tu'?"

"Belum. Identiti yang samar. Kamera tersembunyi sudah dipasang, hanya menunggu masa mendapatkan hasil."

"Ada maklumat daripada yang lain?" Terrence melihat kepada mereka yang bukan ahli keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience