Prolog

Fantasy Completed 1384

'SEMUA! SEDIA!'
Hentakan larian kuat bergema di seluruh tanah lapang yang dipenuhi para tentera yang menghadapi penyerangan dari kerajaan luar yang cuba menggugat kepemimpinan negara.

Di sisi lain, Sang Raja belum turun padang bagi memastikan kedatangannya tidak terhambat masalah juga memastikan peperangan berakhir seutuhnya setelah dia menyertai perang tersebut.

"Tuanku. Patik mendapat berita dari Kerajaan Avalon bahawa mereka mampu membantu namun mempunyai syarat."

"Syarat apa yang diajukan?"

"Mereka meminta seseorang yang mempunyai teleportasi yang berbakat untuk berkahwin dengan warga Kerajaan Avalon."

"Syarat ini terlalu mementingkan diri. Tanyakan apa maksud di sebalik kemahuannya. Gunakan teleportasi untuk menghantar surat."

"Perintah diterima, Tuanku."
Penasihat tersebut segera menghantarkan surat seperti yang diinginkan raja.

Seharusnya memang seperti ini.
Sebaiknya menanyakan niat awal Kerajaan Avalon untuk mendapatkan pemilik teleportasi berbakat.
Ini boleh mendatangkan kesan buruk bagi kerajaan ini jika disalahgunakan.

Raja masih memantau keadaan perang di hadapannya.
Dia perlu menunggu sebentar lagi turut ingin menunggu maksud dari keinginan Raja Avalon.

"Tuanku. Patik membawakan surat balasan dari Kerajaan Avalon."

"Bacakan."

"Kuasa teleportasi merupakan hal yang jarang muncul di kerajaan ini. Mohon bantuan Kerajaan Narnia untuk meningkatkan pengguna teleportasi di sini."

"Seingat beta, kebanyakan pengguna teleportasi sudahpun berkahwin atas dasar memulihkan peningkatan pengguna teleportasi. Bagaimana untuk menangani ini?"

"Jikalau Tuanku berniat untuk membantu Kerajaan Avalon, ada dua cara yang patik dapat ajukan."

"Silakan."

"Pertama, berikan saja pengguna teleportasi bersama pasangannya dan melahirkan anak sebagai warganegara Kerajaan Avalon dan selanjutnya mengembangkan keturunan yang mampu berteleportasi. Kedua, meminta mereka menunggu anak salah satu pasangan pengguna teleportasi untuk tumbuh besar dan berkahwin dengan warga Kerajaan Avalon."

"Beta pilih yang pertama. Mungkin sedikit keterlaluan jikalau kita meminta mereka menunggu anak yang belum lahir."

"Baik, Tuanku."

Sekali lagi surat dihantar dengan segera.
Tidak pelik jika surat selesai ditulis kerana Penasihat Diraja mampu menulis dengan hanya menggunakan isi hatinya.

.....

"Tuanku, bala bantuan telah tiba dari Kerajaan Avalon."

"Mereka terima cadangan yang diaju?"

"Ya, Tuanku dan mereka datang segera dengan bantuan beberapa pengguna teleportasi yang mereka ada."

"Maka, beta akan turut berperang. Segera carikan pasangan pengguna teleportasi yang tidak mungkin mengkhianati kerajaan ini."

"Perintah diterima, Tuanku. Tuanku pergi mendapat luka, pulang membawa kejayaan. Tuanku akan diberkahi."

"Ucapan yang menarik. Beta turun."

Dari dinding gagah yang tinggi untuk menjamin pertahanan negara, raja terjun ke bawah tanpa ragu.
Baginda sendiri mempunyai kuasa teleportasi.
Setelah baginda mendapat kudanya, dia menyapa sebentar Jeneral Kerajaan Avalon sebelum langsung bersemangat untuk mendapatkan kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience