"Darren. Kau pergi tengok kembar kau."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia bergaduh dengan pelajar semester tiga atau empat tu."
"Kenapa boleh macam tu?"
"Entah. Kau pergilah tengok. Sudah main pedang tu."
"Seteruk itu."
Pantas Darren meninggalkan kerja rumahnya yang baru separuh disiapkan.
"Cukup!" Hampir saja pedang kedua-dua wanita ini tertancap di tubuh lawannya.
Keberuntugan bila mana Darren sempat meneleportasikan pedang mereka.
"Ruth, kenapa macam ni?"
"Salah dialah! Dia ejek Kak Krystal. Mana aku tak marah."
Darren menjeling sebentar ke arah perempuan yang dikatakan mengejek idolanya.
Mana mungkin dia tidak marah namun sebaiknya dia diamkan dulu.
"Sudahlah, jangan marah lagi. Nanti orang fikir kau ini baran."
"Biar. Biar dia tahu siapa Ruth McCarlson. Berani-berani untuk bercakap buruk pasal kakak aku, nahas dia dapat."
"Sudah, sudah. Mari pergi." Dia mengembalikan dulu pedang yang tadi diteleport ke tuan punya badan sebelum membawa Ruth menjauh daripada kerumunan manusia yang semakin mendorong amarah Ruth.
Seusai saja berada di pondok belajar yang Darren tempati tadi, dia bertanya.
"Dia cakap apa tadi?"
"Dia cakap kakak cacat otak sehingga kebudak-budakan tetapi dia tak tahu yang perangai akak seperti itu sekali pun masih ada adab, bukan seperti dia yang mulut longkang."
"Macam mana boleh mula?"
"Tadi aku baru selesai dari kantin. Ketika ingin masuk ke kelas, dia terlanggar aku tetapi tidak meminta maaf. Aku sindirlah 'sudah melanggar tak mahu minta maaf pula.'. Dia hangin melampau sehingga cakap aku ni melampau sangat ingin dihormat sehingga dilanggar sedikit ingin menyindir. Banyak lagilah dia katakan sehingga tiba-tiba dimasuk soal kakak. Mana aku tidak marah."
"Tapi kenapa boleh berpedang semua? Kalau aku tak datang tadi, boleh mati salah satu daripada kamu."
"Tidak kisah. Dia yang mulai."
"Selepas ini, jauhkan diri daripada masalah. Lagi dua bulan kita akan selesai, jangan buang masa untuk perkara tidak perlu."
"Ya. Kau ni, macam aku pula yang adik hingga dinasihat seperti itu."
"Tak ada halangan umur untuk memberi nasihat. Sudahlah, tenangkan dulu diri kau. Kemudian, baru pergi."
"Ya. Kau buat apa ni?" Terlihat buku Darren yang berserakan atas meja. Mungkinkah dia belajar semua mata pelajaran dalam masa yang sama?
"Belajar. Tak lama lagi akan ujian, bukan?"
"Rajinnya. Padahal masih ada sebulan."
"Aku ingin tempat pertama, paling tidak mungkin antara peringkat lima teratas. Kau, bila mula ulang kaji?"
"Tengoklah nanti."
"Terpulanglah. Asalkan bukan antara peringkat 200 terbawah." Saja Darren memperingatkan Ruth.
Lagi pula mereka yang semester enam atau akhir semuanya berjumlah lebih kurang 300.
Jadi memalukan jikalau angka peringkat melebihi 100, apa lagi mereka dari keluarga McCarlson.
Mereka memang dipandang tinggi kerana adanya kuasa teleportasi kerana itu mereka perlu memenuhi ekspektasi orang-orang dalam kehidupan mereka.
"Kalau tiba-tiba aku dapat peringkat 300, macam mana?"
"Aku tak ingin mengaku kau sebagai kembar aku."
"Jahat."
"Makanya, dapatkan peringkat yang bagus. Bersaing dengan aku untuk dapat peringkat yang baik."
"Kalau bersaing dengan kau, sudah pasti kau lebih tinggi."
"Cubalah dulu. Mungkin saja kau kalahkan aku."
"Sajalah tu ingin menyedapkan hati aku."
"Tentu saja tidak."
"Sudahlah. Aku kembali ke kelas dulu. Kau sambunglah dengan pelajaran kau."
"Ya, ya."
.....
"Awak. Pergi mana tadi?" Risau dibuatnya bila Darren membawa Ruth pergi tadi.
"Pergi pondok belajar."
"Darren tak marah awak?"
"Tak. Kalau dia marah, kami akan bergaduh."
"Tapikan awak, mengapa pelajar semester 4 itu berkata seperti itu? Jahat sungguh."
"Nanti awak akan faham bila jumpa kakak saya tapi kakak saya tidak seburuk itu. Dia cuma terlalu manja, itu saja. Setakat ini, dia tidak pernah membuat masalah."
"Oh, begitu. Tadi Profesor Han ada panggil awak."
"Mesti pasal kerja kursus lagi. Aduhai."
"Berharap yang baik-baik saja."
"Baiklah, saya pergi dulu ya."
"Ya, hati-hati."
Dengan membawa pen dan juga kertas, Ruth lantas bergerak ke bilik pejabat profesor yang ingin menemuinya.
'Tok.. Tok..'
"Prof, saya Ruth."
'Masuk.'
"Ada perkara apa sehingga saya dipanggil?"
"Untuk tugas selanjutnya, kamu akan buat sendiri tanpa pertolongan teman kamu. Jadi berhati-hati untuk tidak melakukan kesalahan. Satu kesilapan, hancur masa depan kamu."
"Kerja kursus ini terlalu berat tanpa pertolongan orang lain. Bolehlah, prof bagi orang yang lebih pintar untuk tolong saya?"
"Ruth. Ini tugas terakhir kamu di sini. Selepas ini, kamu tidak akan jumpa kerja kursus seperti ini."
"Baiklah, prof. Saya akan buat macam yang prof minta. Itu saja?"
"Kamu tidak ingin membawa kembar kamu?"
"Mustahil dia mahu."
"Akan lebih baik jika dia tolong sekali. Kamu mempunyai kuasa yang sama, bukan?"
"Daripada saya ambil risiko untuk memujuk dia, sebaiknya saya sendiri saja."
"Baiklah. Terpulang kepada kamu asalkan semuanya selesai dengan baik."
"Baik, prof. Kalau begitu, saya pergi dulu."
"Silakan."
Seusai keluar dari bilik pejabat Profesor Han, dia lantas menhelakan nafas berat.
Dia nampaknya akan berfikir dengan bertungkus-lumus untuk memikirkan cara untuk menyelesaikan kerja kursus terakhirnya.
Dan sungguh, ini susah tanpa teman yang menolongnya.
"Ruth, macam mana tadi?"
"Huh. Tak baik. Masih ada yang perlu diselesaikan."
"Mesti susahkan kerja kursus awak tu?"
"Ya. Sangat-sangat susah."
"Tetap usaha ya, awak. Kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong, cakap tau."
"Ya. Terima kasih."
"Sama-sama. Saya ingin membuat latihan memanah dulu. Awak mahu ikut?"
"Tapi, kalau pergi sekalipun, saya kurang pandai memanah."
"Itu tandanya awak perlu berlatih. Awak jangan lupa, nanti untuk ujian akhir, ada ujian memanah juga."
"Baiklah. Saya ikut bersama. Saya ambil bekas minuman dulu."
"Baik, saya tunggu."
Ruth segera mencapai bekas minuman yang berisi air untuk diminum semasa latihan nanti.
Share this novel