5

Fantasy Completed 1384

"Atok. Hisk."
Tangisannya sudah berhenti namun masih tersengguk-sengguk.

"Cucu atok kenapa menangis ni? Siapa gaduh?"

"Jay. Atok tadi dia bekukan leher kita. Sakit. Nasib baik ada yang lain."

"Apa jadi?"

"Jay kata tak mahu ada kakak ipar lagi muda dengan kebudak-budakan. Jadi kita cakaplah yang dia bukannya nak hadap kita tapi Ruth. Dia cakap lagi yang dia dekat rumah tu sebab atok je. Bila kita tanya kenapa tak suka dengan McCarlson, dia cekik kita pula."

"Haish, cari masalah betul budak ni."

"Atok. Dia belum ada kekasih lagi? Mungkin sebab tu dia macam tu."

"Krystal, keempat-empat calon tu sudah kami tanya itu-ini. Kalau ada kekasih atau orang yang disuka, tunjukkan. Ada sakit teruk, bagitahu. Kami juga sudah memilih siapa yang bersesuaian dengan kuasa teleportasi dan hasil akhirnya mereka berempat. Masih ada yang lain tapi muda daripada Ruth."

"Jadi apa alasan dia tak mahu? Dia ada dengar cerita buruk pasal Ruthkah?"

"Setahu atok, tak ada cerita buruk pasal Ruth atau keluarga kamu."

"Haaah. Sebab dia malu ada kakak ipar macam saya sajakah dia sampai jadi macam ni?"

"Panggilkan Karin." Arah Hud kepada pembantu yang berdekatan.
Tempat mereka sekarang adalah rumah keluarga Hansford yang memang diduduki oleh kebanyakan keluarga Hansford kerana rumahnya memang agak besar.
Boleh dimuati sehingga 15 keluarga.
Besar bukan?

"Kamu sepatutnya pergi kerja, kan?"

"Ya tapi kita sudah bagitahu kita datang tengah hari nanti."

"Tak ada benda penting pagi ni?"

"Kalau tengok jadual, memang tak ada yang penting."

"Baguslah, macam tu."

'Tok. Tok. Tok.'

"Masuk."

Entah siapa yang masuk, silakan saja masuk.

"Kenapa papa panggil ni?"

"Duduk dulu."

Mungkin inilah Karin yang dimaksudkan Hud.
Salah seorang anak Hud yang Krystal tidak pernah temui.

"Ni Krystal dari keluarga McCarlson, kan? Ada masalah di rumah?"

Krystal pasti rumah yang dimaksudkan Karin itu rumah yang empat jejaka itu tinggal.

"Awal-awal pagi Jay sudah buat masalah. Dia cekik dan bekukan leher Krystal ni. Nasib baik masih ada tiga orang lain."

"Kenapa?"

"Tak terima perjodohan perjanjian. Kamu sudah ah tanya macam yang papa suruh, kan?"

"Ya. 100% ikut macam yang papa suruh."

"Kalau macam tu, paksa dia cakap apa yang dia tak puas hati dengan Krystal, dengan Ruth dan dengan keluarga McCarlson. Dan sebagai hukuman, jangan bagi duit poket selama Ruth tak balik ke sini. Biarlah dia berdikari cari duit sendiri."

"Baik, pa. Nanti Karin buat. Krystal, kamu sudah membaik?"

"Ya. Nathan dengan Henry sudah pulihkan leher kita."

"Krystal, kalau Jay buat masalah lagi, tolong cakap acik(mak cik) terus."

"Tak nak. Kita tak kenal acik."

"Tapi acik, mak kepada Jay. Patutnya acik yang tahu duhulu."

"Karin, tak payah suruh macam tu. Lagi bagus dia cakap dengan papa terus, kamu mungkin tak mahu bagitahu papa."

"Pa, Karin tak macam tu."

"Kalau macam tu, biar papa yang urus kalau Jay ada buat masalah."

"Huh, yelah, pa."

"Krystal, kamu baliklah dulu. Kalau jadi apa-apa lagi, terus jumpa atok."

"Baik, atok. Kita balik dulu. Jumpa lagi, atok dengan acik."

"Ya."
Dengan kuasa teleportasinya, Krystal menghilangkan diri.
Dia mungkin langsung ke tempat kerjanya tanpa balik ke mana-mana rumah yang dia tahu.

"Pa, kenapa libatkan orang luar ni?"

"Orang luar apa?"

"Yang akan kahwin nanti Ruth, bukan Krystal. Kenapa dia pula tinggal di sana?"

"Sengaja buat macam tu. Untuk tengok perangai sebenar mereka macam mana."

"Kalau nanti dia sebar benda bukan-bukan pasal Jay dengan yang lain macam mana?"

"Karin. Papa lagi kenal dia daripada kamu. Jangan menghakimi dia dengan luaran dia yang yang kebudak-budakan. Itu cuma perilaku dia, bukan hati dia."

"Suka hati, papalah. Nanti ada jadi bukan-bukan sebab dia, jangan pula cari Karin."

"Jangan ego sangat, Karin. Nanti kamu termakan perkataan sendiri."

"Dahlah, mahu balik."

"Pergilah."

Nampaknya Karin sejenis manusia yang kurang menyukai orang luar masuk ke dalam keluarganya.
Mungkin dia cuma ingin lebih berhati-hati dalam menerima orang baharu tapi memang sejak Krystal kecil, Hud sudah mengenal Krystal bahkan sudah mengenal ibu bapa Krystal.
Bagi Hud yang sudah lama mengenal keluarga McCarlson, dia sangat percaya akan mereka.

"Krystal. Kenapa lambat?"

"Kita ada urusan mendadak. Kenapa? Hari ni tak ada hal pentingkan? Kita dah tengok jadual kerja."

"Abang awak cari. Dia pergi ikut polis semalam. Dalam jam 4 atau 5 baru balik."

"Dia di ruang rehat?"

"Ya."

"Baiklah, kita pergi dululah."

"Baik."

Krystal lantas ke ruang rehat yang biasa Zach gunakan selesai misinya.
Kadang abangnya cuma terluka kecil namun tetap saja ingin bertemu Krystal.

"Abang."

"Krys."

"Luka dalamkah?"
Matanya segera tertumpu pada pembalut luka yang melilit lengan dan bahagian pahanya.
Masih ada darah yang kelihatan untuk cuba menembusi pembalut itu.

"Dalam sikit."

"Sudah ah jumpa doktor?"

"Sudah. Inipun doktor yang balut."

"Baguslah. Abang mahu bear?"

"Mana?"

"Nah."
Sengaja dia letakkan bear di beg galasnya, lagipula dia tidak menzip begnya sebab memang tak muat dalam beg dan dia sedang malas untuk pegang tapi dia tetap ingin bear di sisi dia.
Itulah caranya.

"Kenapa lambat datang hari ni?"

"Tadi pagi ada masalah dengan cucu atok, jadi kita pergilah mengadu."

"Jadi apa atok cakap?"

"Dia ada bagi hukuman pada Jay."

"Dia buat apa pada adik abang ni?"
Jiwa keprihatinan Zach membuat dia mengusap rambut Krystal.
Dia tahu Krystal menyukai bila ada seseorang yang mengusap kepalanya.

"Dia bekukan leher kita. Kita hampir nak putus nafas tau tadi."

"Kau ada buat dia sakit hatikah?"

"Kita tak rasa kita ada sakitkan hati dia. Dia memang layan kita tak elok sejak datang sana."

"Lepas ni, jauhkan diri dengan dia. Aku tak nak kau terjadi apa-apa."

"Baik, abang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience