"Ruth."
"Apa?"
"Macam mana ujian tadi?"
"Baik saja."
"Susah?"
"Tidak terlalu. Mungkin skor paling teruk pun 70 markah."
"Memadai."
"Kau pasti jawab dengan mudahkan?"
"Bolehlah."
"Lepas ni kau ke mana?"
"Belajar ujian esok lagi."
"Ikut."
"Tiba-tiba betul."
"Hihi, bolehlah?"
"Ya, boleh."
"Di mana?"
"Tempat biasa aku belajar."
"Baiklah. Nanti aku pergi, aku pergi kantin dulu. Kau mahu kirim apa-apa?"
"Belikan aku apa-apa makanan yang sedap. Nah, duit."
"Tak payah. Aku belanja."
"Baik betul hati kau hari ni."
"Sekali-sekala, Gila."
.....
"Krystal. Sini dulu."
"Kenapa ni, abang?"
"Nanti aku pergi kubu Utara. Ada urusan."
"Lama?"
"Tak. Dua minggu saja. Aku perlu pandangan kau untuk apa yang patut dibuat selama penambahan kesatria belum dijalankan."
"Lama lagikah penambahan tu?"
"Ya, perlu sebulan lagi dan sekarang tiba-tiba kes pembunuhan tak ada lagi. Aku rasa ada yang jadi duri dalam daging."
"Kalau tiba-tiba tak ada tu, bahaya. Cuba bayangkan kalau mereka berniat untuk buat pembunuhan besar-besaran. Mereka menunggu masa saja."
"Jadi apa perlu dibuat untuk berjaga-jaga?"
"Kita tak dapat buat apa-apa. Kita tidak ada sebarang bahan bukti atau petunjuk siapa pembunuh sebalik semua ni dan boleh jadi banyak yang terlibat."
"Kita terpaksa tunggu saja?"
"Ya. Abang. Kita ingin bagitau sesuatu tapi jangan bongkar pada orang awam. Benda ni sulit."
"Apa benda tu?"
"Ada masalah kewangan dalam pentadbiran. Tadi kita tolong uruskan laporan bulanan pentadbiran, jadi kita dapat laporan kewangan merosot."
"Mendadak merosotkah?"
"Tak pasti macam mana untuk menerangkannya tapi merosot sebanyak 10%."
"Kira mendadaklah tu."
"Abang. Kita takutlah banyak pengkhianat di mana-mana bahagian pentadbiran kerajaan ni."
"Bahaya kalau berterusan macam ni. Sudah buat laporan penuh pasal kewangan ni?"
"Belum. Mereka masih buat pengiraan semula untuk pastikan tiada kesalahan."
"Nanti, kalau betul merosot, kamu semua buat laporan langsung ke putera mahkota."
"Siapa berani?"
"Nanti kau bawa kawan yang selalu dengan aku."
"Yalah."
"Aku dah perlu pergi. Kau hati-hati di sini."
"Baiklah. Abang pun hati-hati."
"Ya."
.....
"Eh, budak."
Eh, budak? Siapa yang ganggu mereka belajar ni?
Ruth dan Darren sama-sama memalingkan wajah ke arah panggilan tersebut.
"Engkaukan buat anak aku luka macam ni?" Ada pula mak cik yang bertemu mereka. Perempuan tempoh hari yang berlawan dengan Ruth berada di belakang mak cik tadi. Dibawa pula mak dia, terhiris sikit saja lengan tu, melebih pula riak maknya.
"Ya, mak cik. Kenapa? Sampai matikah anak mak cik aku kerjakan?"
"Aku ni lagi tua daripada kau tau, jangan kurang ajar sangat."
"Poyolah, mak cik ni. Mak cik pun kurang ajar panggil aku budak, itu boleh pula."
"Kau buat apa sampai anak aku luka macam ni?" Lengan berbalut saja ingin dibahas. Sudahlah mengelak ucapan Ruth tadi.
"Alah, mak cik. Kecil saja tu. Setakat luka panjang 3 inci, tidak akan membawa mati. Dia saja yang melebih."
"Kau dah buat anak aku terluka, jangan pula mengelak."
"Lah, mengelak apa? Ni elok saja aku berdiri di depan mak cik."
"Kurang ajar, kau ni."
"Mak cik mahu apa sebenarnya? Tahu tak anak mak cik yang provok Ruth sampai dia marah. Lagi satu, tahukah kami ni dari keluarga mana?" Darren cuba menyelamatkan Ruth agar Ruth tidak baran pula untuk melawan mak cik depan mereka ni.
"Aku tak mahu anak aku bersekolah di tempat sama dengan orang jahat macam ni. Lagipun siapa kisah kamu keluarga mana! Berpengaruh apa keluarga kau sampai mahu dikenal."
"Bermakna mak cik sengajalah ni cari masalah dengan keluarga McCarlson? Boleh ni kalau lapor pada kelurga Hansford juga." Diugut dulu biar padan muka mereka.
"Mc-McCarlson? Hansford? Lah, Tuan muda dengan Cik Muda McCarlson rupanya. Haha, tak kenal bila jumpa depan-depan. Tak apalah, saya balik dulu." Aikk, balik pula. Tak ingin melanjutkan tindakan mengganggu lagikah?
Cepat-cepat melarikan diri menjauh daripada mereka, tergugatkah mendengar nama keluarga mereka atau takut pada Hansford. Padahal Darren tidak berani mengadu pun tapi mungkin berlaku jika dia memberitahu kakaknya soal ini.
Setelah mereka menjauh, sempat Ruth memberikan jari tengah pada perempuan yang dia lukai, tidak lupa untuk senyum menyinis.
"Eleh, dengar saja nama Hansford, takut seperti dikejar anjing. Cuba kalau kita bukan McCarlson dan tak ada kaitan dengan keluarga Hansford, pasti dipaksa keluar sekolah."
"Orang kaya sombong memang macam tu. Suka membuli yang dianggap rendah."
"Untung kita tinggi. Sudahlah tadi aku sudah buat perkiraan kalau kaki aku memang boleh hinggap di mulut dia."
"Kalau jangan memandai buat macam tu. Koma orang nanti."
"Siapa kisah."
"Kau buat, aku lapor kakak."
"Eh, ya, ya. Tak buat."
"Kamu berdua. Saya mahu menyampuk." Ucap kawan yang Ruth bawa tadi.
"Siapa nama kakak kamu berdua? Teringin untuk tahu."
"Krystal McCarlson. K-R-Y-S-T-A-L, guna 'y', bukan 'i'."
Pantas kawan ini membuka telefon dan mencari di media sosial. Dia melihat foto Krystal dan beralih melihat kembar di depannya. "Bezanya muka kamu berdua dengan dia. Ni serius diakah?" Dipaparkan skrin telefonnya padan Ruth.
"Dia banyak ikut muka papa. Kami lebih kepada mama."
"Eh, yalah. Serupa macam papa kamu." Tidak sengaja terlihat foto mereka sekeluarga.
"Sudahlah, kita sambung belajar dulu." Ujar Ren biar mereka kembali fokus tujuan mereka berkumpul di sini.
Share this novel