"Kenapa keluarga McCarlson diganggu? Kamu mahu mati awalkah?"
"Disebabkan ahli keluarga McCarlson tu, orang kita sudah tertangkap. Kalau dibiarkan, semua rancangan kita musnah."
"Kau mahu mana satu? Beberapa orang kita tertangkap atau kita semua tertangkap? Jangan lupa keluarga McCarlson tu semuanya kesatria, ada dari mereka yang lebih kuat daripada kita."
"Semua? Ada seorangkan yang bukan kesatria, biar dia yang tanggung."
"Dia tu begitu-begitu pun dapat tempat pertama di sekolah pertahanan. Kau dapat tempat ke berapa sampai berani kacau dia. Paling penting kau perlu ingat, mereka semua pengguna teleportasi kecuali puan besar McCarlson tapi kau fikir keluarga dia diam sajakah kalau ibu mereka diganggu! BODOH!"
"Jadi takkan kita diam saja."
"Tunggu masa yang tepat untuk menyerang. Sudah bagus mereka fokus untuk pertahanan awam dan penyelewengan tu, nanti tak pasal-pasal mereka siasat pula siapa yang mengganas. Tak kantoi nanti."
"Penatlah aku asyik tunggu."
"Yang kau tak menyabar, kenapa? Kau fikir buat rancangan ni lancar macam petik jari saja? Gilakah? Sekarang kita fikir macam mana kita boleh bunuh lebih banyak orang terutama keluarga kesatria TAPI jangan keluarga McCarlson, cari mati namanya."
"Tak bolehkah bunuh di tempat saja?"
"Kan nanti mereka akan menjaga setiap malam.'
"Yang tak berkaitan pasti dalam rumah, bunuh saja di rumah."
"Kalau ada kamera litar tertutup macam mana? Kau risikokan diri?"
"Pakai topeng sambil-sambil kita perangkap Blood Knight."
"Kau yakin mereka percaya? Mereka tahu betapa setianya Blood Knight tu pada negara ni. Aku sendiri rasa mustahil Blood Knight membunuh orang awam macam kita."
"Kau pun pemuja Blood Knight kah?"
"Bukan tapi kalau tetap mahu mencuba seperti itu, cubalah. Kita tengok reaksi mereka."
"Aku tak takut mencuba."
~~~~~
"Blood. Ke balkoni." Baru kali ini Terrence memanggilnya di luar waktu kerja, adakah berlaku masalah? Namun Terrence memanggil Blood untuk berbincang sesuatu. Blood lantas bergegas ke tempat Terrence dengan berjalan. Jangan membazir rise untuk berteleportasi hanya untuk jarak yang dekat.
"Tuanku, kenapa?"
"Kita berbincang santai. Duduklah."
Kalau sudah diberi kebenaran, sudah tentu dia akan duduk.
"Ada masalah apa, Tuanku?"
"Aku runsing cara untuk mempercepat proses analisis tahap teleportasi setiap pengguna teleportasi. Kau tak ada cara lebih cepat selain bertanyakah?"
Blood menghembus nafas berat, dia ada terfikir sesuatu. "Saya ada cara, Tuanku. Cumanya secara paksa dan sakit, mungkin boleh dianggap kejam."
"Apa caranya?"
"Kumpulkan pengguna teleportasi dan minta mereka beritahu tahap teleportasi mereka. Kalau tidak, gunakan saja ahli keluarga sebagai mangsa atau periksa ingatan mereka. Yang paling teruk, buat saja mereka diseksa terus-terusan."
"Macam mana cara untuk tangkap mereka sekali gus?"
"Itu susah sebab bila-bila masa pengguna tahap tinggi untuk larikan diri. Untuk mengesan mereka juga sukar."
"Kalau di tangkap rumah ke rumah?"
"Sebaiknya tangkapan pada masa sama. Biar mereka tiada persediaan untuk melarikan diri."
"Mungkin boleh kalau satu kota ke kota lain."
"Baik, saya akan cuba membantu dari segi mengelak mereka melarikan diri tapi saya perlu kumpul rise yang banyak."
"Baik, kita berfokus untuk pengawalan setiap malam dulu. Kau rasa bila kita boleh mula?"
"Secepatnya. Biar mereka gelabah dan mungkin ada menyebabkan rancangan mereka ada kecacatan."
"Bagus, esok aku suruh mereka mula. Penyelewengan macam mana? Aku fikir mahu letak lebih banyak kamera tersembunyi."
"Boleh juga tu, Tuanku tapi perlu pastikan yang mengawal kamera tu orang terpercaya."
"Sudah tentu."
"Tuanku, tidak tahu mengapa, saya berasa mereka akan melancarkan perang."
"Perang? Berani sungguh."
"Kalau mereka sekadar ingin bermain, mustahil mereka merancang sehingga begini teliti."
"Ada mungkinnya juga. Huh, aku masih tak puas hati bila tak tahu motif mereka."
"Dua kemungkinan. Jika mereka orang luar, mereka mahu menegakkan keadilan negara mereka. Jika mereka orang dalam negara, mereka mungkin ingin menunjuk perasaan terhadap sesuatu."
"Aneh."
"Begitulah, Tuanku. Seperti yang saya cakapkan tadi, mungkin akan berperang. Saya harap Tuanku menyediakan peralatan walau hanya sedikit sekadar langkah berjaga-jaga."
"Nanti aku uruskan."
"Tuanku, bolehkah esok kita ke pejabat pengurusan utama? Saya rasa punca awal penyelewengan ada di sana."
"Suka betul kau berandaian. Jangan banyak sangat firasat kau, susah aku mahu mengatur nanti."
"Yang esok, saya yang uruskan. Tuanku tengok saja."
"Esok banyak aktiviti yang perlu aku buat?"
"Tak, sebab tu saya minta untuk ke pejabat pengurusan utama."
"Baiklah"
"Tuanku, ada apa-apa lagi?"
"Tak ada lagi tapi tunggu di sini dulu, aku masih mahukan aura positif kau."
"Baik, Tuanku."
~~~~~
"Ketibaan Tuanku Diraja."
Raja memasuki ruangan mesyuarat diraja yang dipenuhi orang yang berpengaruh tinggi seperti putera-puterinya serta orang-orang kanannya.
"Beta sudah mendengarkan keseluruhan permasalahan yang berlaku. Beta mahu mendengar berita terkini." Terus ke isi, jangan membuang masa untuk melakukan prosedur formal yang lain.
"Tuanku, izinkan patik memulai." Awal-awal lagi, Hud Hansford sudah mengajukan diri.
"Silakan."
"Keadaan semakin teruk di bahagian Selatan setelah bermulanya rancangan kesemua kesatria mengawal di malam hari. Banyak kehilangan juga kematian dilaporkan dari wakil pentadbiran di sana."
"Bagaimana dengan populasi penduduk di sana?"
"Yang awalnya lebih kurang 600 000 menurun hingga kepada 400 000 lebih."
"Jumlah yang besar, bagaimana ini boleh terjadi?"
"Banyak faktor, Tuanku. Antaranya, mereka mungkin menggunakan racun asap juga bantuan dari pengguna teleportasi untuk berpindah-randah. Mereka juga mungkin mempunyai banyak anggota."
"Sudah jumpa akarnya di mana?"
"Sudah, Tuanku. Ia berawal dari orang dalam yang berpangkat tinggi. Orang itu ialah Pegawai Tinggi Kewangan Diraja dan ini ada beberapa bukti yang ada."
"Tuan Hud. Kenapa saya dituduh?"
"Ini bukan tuduh. Kamu jangan memutar belit fakta yang sudah saya dapatkan."
"Tuanku, ini tidak benar. Patik tidak mungkin akan berkhianat kepada Tuanku."
"Bukti tertera di sini. Beta akan menilai sendiri kebenarannya dan sebelum mendapat keputusan, kamu, beta tahan."
"Tuanku. Patik tidak sebodoh itu!"
"Blood" Blood lantas memberikan reaksi pantas untuk mengelak serangan bertubi-tubi yang cukup ganas dari sang tertuduh.
"Pengawal, tangkap dia."
"Tidak semudah itu." Dia perlu melarikan diri sebelum terlambat.
"Blood." Sekali lagi Terrence menyeru nama Blood sebagai arahan untuk menghalang lelaki tadi. Tidak menunggu lama, kedua-dua pedangnya sudahpun mencium leher tertuduh. Mana mungkin dia akan kalah bila melibatkan hal melarikan diri.
Share this novel