"Ini mesyuarat yang ke sekian lamanya. Silakan membentang laporan." Titah Putera Jade.
"Bilangan rakyat kekal berkurangan seperti sebelumnya. Dianggarkan sudah lebih 10 000 orang yang hilang tanpa jejak."
"Apa keterangan ahli keluarga yang hilang?"
"Mereka sendiri tak sedar bila masa ahli keluarga mereka hilang bahkan baru sebentar tidak di depan mata, sudah menghilang."
"Aksi mereka semakin berani. Adakah kehilangan juga berlaku di siang hari?"
"Ya, Tuanku."
"Kalau begitu, boleh jadi mereka mempunyai sesuatu alat membantu. Mustahil ini terjadi hanya dengan kuasa teleportasi."
"Besar kemungkinan seperti itu, Tuanku. Kemudian, Tuanku, ada permasalahan mengenai isu makan dan minum rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Mereka perlu bekerja secepatnya."
"Suruh mereka jangan bimbang mengenai itu. Akan ada rancangan lain yang muncul." Tiba-tiba saja Putera Terrence menyampuk.
"Apa maksudnya?"
"Dinda ada rancangan untuk dibentang dengan ahli kerajaan. Nanti kanda juga akan tahu."
"Rancangan apa lagi?"
"Nanti kanda akan mengetahuinya. Tunggu saja."
"Baiklah. Teruskan laporan lain."
"Ini mengenai dapatan kajian Blood Knight. Dia sudah mengetahui kemungkinan besar kawasan persembunyian musuh. Juga dipastikan mereka bukan rakyat Avalon."
"Mungkinkah kita perlu menyerang mereka?"
"Tidak. Kita cuma tahu kemungkinan besar dan yang pasti, markas mereka berada di Utara-4."
"Seterusnya?"
"Mereka mempunyai beberapa teleportasi tahap tinggi dari bukan dan warganegara Avalon."
"Sudah tahu punca mereka melakukan ini semua?"
"Masih belum. Mereka sangat pandai menyembunyikan identiti. Aku mahu mahu mendengar laporan kewangan untuk menyesuaikan rancangan aku."
"Peningkatan mendadak selama sebulan dan menstabilkan kembali tahap kewangan."
"Berapa ramai lagi rakyat yang ada?"
"Keseluruhan lebih kurang 1 600 000 rakyat."
"Nampaknya sudah hampir separuh dari jumlah asal sebelum ni. Aku akan segera membuat sidang kerajaan untuk rancangan yang ada. Sebaiknya kita tamatkan perbincangan ini dan dilanjutkan bila aku sudah selesai perbincangan."
"Kalau itu kata dinda, kanda perkenankan. Selama kita menunggu keputusan rancangan Putera Terrence, diharapkan semua masih berusaha mencari maklumat lanjut."
"Baik, Tuanku."
.....
"Blood, kau siapkan kertas kerja untuk menjemput para ahli kerajaan dalam waktu terdekat. Masa kita mungkin semakin suntuk."
"Baik, Tuanku."
"Dinda, bolehkah kanda mendapat maklumat mengenai apa yang Blood Knight siasatkan?" Ujar Putera Jade untuk ingin mengetahui perkara lanjut yang dibincangkan tadi.
"Sebaiknya jangan. Kita tak tahu siapa yang boleh dipercayai di sekeliling kanda. Hal lanjut hanya diketahui dinda dan Blood Knight."
"Baiklah kalau begitu, kamu berdua tidak bermaksud menyembunyikan sesuatu, bukan?"
"Tidak ada benda yang perlu disembunyikan. Jika kanda terlalu ingin tahu, datang saja ke bilik dinda. Dinda akan menunjukkan semuanya."
"Baiklah. Dinda, kalau kamu ada rancangan untuk kembali dengan 'dia', kanda sudi membantu."
"Jangan membicara soal itu. Dinda tak mahu ia mengganggu kefokusan dinda."
"Baik. Kanda pergi dahulu."
Mereka berdua melihat Putera Jade berlalu pergi meninggalkan mereka.
"Sudah baik aku tidak mengingat benda yang lalu. Diingatkan pula."
.....
"Pa. Sudah cari Krystal?" Zach mempertanyakan keberadaan Krystal kepada papa mereka.
"Sudah." Jawab papa dengan dingin.
"Jadi dia tinggal di mana?"
"Tidak tahu. Dia tidak dapat dikesan bahkan papa tidak mendapat berita kalau-kalau ada yang melihat dia di mana-mana."
"Buat risau betullah Krystal ni."
"Papa cuma risau kalau-kalau terjadi apa-apa dan yang berhubung dengan kamu hanyalah penipu. Lagi pula dia hanya berhubung dengan kamu, kan."
"Pa, jangan berandai begitu dan jangan bagitahu mama pasal andaian papa. Nanti terlalu risau pula dia."
"Kalau begitu kamu ajak dia berjumpa supaya tiada kesangsian dalam hati papa ni."
"Baiklah. Zach cuba pujuk dia."
"Pergilah, mungkin dia sudah mahu memaafkan papa."
"Semoga begitu, pa."
Zach menunggu beberapa lama sebelum dia bersedia menghubungi Krystal, walaupun dia pasti orang yang dihubungi adalah Krystal, namun keraguan tetap bercambah di hatinya. Kerana itu, dia memilih untuk menelefon berbanding bermesej. Tetapi mengapa? Tiada sahutan daripada satu panggilan telefonnya? Ke mana Krystal pergi? Jangan biarkan mereka dibelenggu kerisauan yang tiada henti.
~~~~~
Hari demi hari menunggu keputusan perbincangan kerajaan mengenai rancangan Putera Terrence. Ada yang bersetuju ada juga yang tidak bersetuju kerana cadangan tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan drastik. Mereka perlu berfikir lebih dalam sebelum memutuskan keputusan akhir mereka.
"Aku harap ini perbincangan terakhir kita untuk menyelesaikan masalah ni. Setelah beberapa hari menunggu, mereka bersetuju untuk rancangan aku. Aku minta semuanya bekerjasama dengan baik. Aku mahu kamu semua dibahagikan tugas untuk membeli bahan makan dan minuman rakyat yabg akan dikuarantin. Kumpulkan juga bekal tenaga rise sebanyak yang mungkin. Tenaga kerja yang banyak untuk pengawalan tempat kuarantin dengan penjagaan ketat. Pastikan juga setiap kota untuk tempat kuarantin mempunyai kawasan yang cukup. Tidak minta untuk selesa, asalkan mempunyai tempat. Keluarga bangsawan turut berada di tempat sama tanpa menghiraukan pangkat dan darjat mereka. Sesiapa yang membantah, akan dijadikan suspek."
"Tuanku, bolehkah kami meminta penjelasan lebih mengenai rancangan Tuanku?"
"Kota berangka 1 seperti Utara-1 akan dijadikan tempat kuarantin untuk semua rakyat di bahagian Utara. Kemudian akan ada penghadang rise di sekeliling Utara-1 selama mana masih kuarantin."
"Perkara ini berlanjutan sehingga bila?"
"Sehingga pelaku sebenar ditemui."
"Bukankah itu mengambil risiko?"
"Sudah tentu. Sampai bila kita perlu tunggu menunggu? Sehingga semuanya mati dibunuh? Yang dulunya 2 juta lebih sekarang tinggal sejuta lebih."
"Dinda, bilakah kuarantin akan bermula?"
"Seminggu daripada sekarang."
"Singkat sungguh masanya."
"Sudah tentu. Biar mereka terkejut dan mungkin menggagalkan misi mereka yang selanjutnya."
"Baik, kalau begitu, kita sama-sama membasmi mereka."
"Kerana itu, pembahagian tugas perlu dilaksanakan secepatnya dan esok sudah perlu menjalankan tugas. Sebarang pertanyaan dan kesulitan, berhubung dengan Blood Knight."
"Baik, Tuanku."
Share this novel