"Sepertinya mereka sudah sampai."
"Mark dan Henry?"
"Ya."
Mereka berdua menunggu kemunculan Henry dan Mark sambil duduk di sofa. Sungguh mereka malas bergerak untuk menyambut kepulangan mereka.
"Nah." Masuk saja ke rumah, Mark menyuakan barang kiriman Krystal dan Nathan.
"Banyaknya. Berapa harga semua ni?"
"Kenapa?"
"Kan kita kirim, mestilah kita bayar semula."
"Tak perlu. Aku tak muflis dengan membelikan kau itu." Tangan Mark mengelus lembut kepala Krystal.
"Kenapa awak buat macam tu?"
"Sengaja."
"Ermm, baiklah. Terima kasih belanja kita."
"Sama-sama. Krystal, kau selalunya kerja jam berapa sampai berapa?"
"Jam 8 pagi sampai jam 5. Kalau kerja lebih masa, mungkin sampai jam 7 malam. Kenapa?"
"Kau ni orang yang boleh dipercayakah?"
"K-kenapa tiba-tiba macam ni? Kita ada buat salahkah?"
"Bukan. Jawab soalan aku tadi."
"Erm, kita rasa kita boleh dipercayai tapi bergantung kepada situasi."
"Ini rahsia kerajaan, kau jangan bagitahu sesiapa."
"Mark, kau serius biarkan dia tahu? Kalau dia terasa bagaimana?"
"Bukankah lebih baik kalau-kalau boleh membantu?"
"Terpulanglah. Aku tidak bertanggungjawab dengan apa akan terjadi."
"Jangan difikir banyak." Mark meyakinkan untuk tetap memberitahu Krystal.
"Janganlah bagitahu. Kita tak suka tahu rahsia orang yang tak percaya kita."
"Aku percaya kau. Dari banyak orang, kau saja yang mungkin memberi jawapan jujur."
"Pasal apa?'
"Kami perlu siasat kalau-kalau pelaku pembunuhan yang sering terjadi itu pengguna teleportasi. Jadi kau rasa cara seperti mana kami perlu buat untuk yakin itu bukan pelaku?"
"Ermm. Sebenarnya kan. Tak semua pengguna teleportasi boleh teleportasi diri. Ada yang cuma teleportasi barang, teleportasi hanya orang lain atau dapat teleportasi dengan had kejauhan masing-masing. Jadi awak perlu pastikan betul-betul dulu sama ada orang tu pengguna teleportasi mana satu."
"Apa cara?"
"Tanya secara berhadapan saja."
"Memangnya mereka mahu jujur?"
"Erm, baiklah macam ni. Kalau dia bagitahu awak apa tahap teleportasi dia secara jujur, dia tidak akan apa-apa tapi kalau dia tipu tahap teleportasi dia, dia akan menderita. Contohnya macam dia muntah darah. Lepas tu, kalau dia tak mahu cakap tahap teleportasi dia, boleh jadi dia suspek sebab tak ada sebab kami sembunyikan tahap teleportasi kami demi kebaikan dan siasatan awak, kan?"
"Jadi, kau boleh teleportasi sejauh mana?"
"Ermm, tak tahu. Yang pasti lebih sepuluh kilometer. Sebab kita punya tempat kerja, lebih kurang 25 kilometer jauh. Terus, kita jarang teleport ke tempat lain. Selalunya ke rumah, ke pejabat atau ke tempat atok. Selebihnya guna kereta."
"Baiklah. Lihat, Henry. Dia mampu membantu kita. Kau saja yang takut berlebihan. Kau jangan terasa pula bila kami buat siasatan ni, Krystal."
"Tak apa. Ada benarnya juga kalau-kalau pelakunya pengguna teleportasi. Tapi jangan berfokus untuk satu suspek saja ya. Boleh jadi lebih banyak daripada yang dikira."
"Ya. Adik-beradik kau yang lain jenis pengguna yang macam mana?"
"Itu kita tak boleh bagitahu. Sebab itu pantang dalam pengguna teleportasi. Tidak boleh memberitahu kuasa teleportasi orang lain kepada orang lain. Kecuali orang itu yang memberitahu."
"Oh, baiklah. Apa boleh buat. Kau tahu apa lagi pasal pengguna teleportasi yang boleh membantu kami?"
"Erm, jangan bagitahu waktu tetap awak mahu siasat Nanti mereka teleport ke sana ke sini."
"Baik."
Tiba-tiba, Jay dengan barang-barangnya berlalu di hadapan mereka berempat tanpa sebarang kata pergi. Diam seribu bahasa.
"Kau tak mahu minta maaf dengan apa yang kau buat sebelum pergikah?" Henry memperingat Jay.
"Jangan masuk campur hal aku."
"Jangan terlalu ego, nanti memakan diri."
Jay tidak ingin menjawab lagi, dia segera pergi meninggalkan mereka.
"Atok sudah tahu mengenai hal tadi, bukan? Apa katanya?" Henry teringin untuk tahu langkah selanjutnya yang akan dilakukan atok.
"Itu kita tak tahu. Lagipun, Jay terpaksa untuk ikut perjodohan ni. Mungkin sebab itu dia tidak suka dengan kita. Jadi kita tak terfikir untuk bagi dia hukuman tapi atok kata mahu bagi dia hukuman."
"Kau jangan baik sangat dengan orang, Krystal. Jangan bagi orang ambil kesempatan pada kau. Kau patut bagi dia hukuman."
"Tak apalah. Biar atok yang wakilkan. Cuma keluarga kita mahukan kata maaf daripada Jay, kalau tidak, papa kita akan marah."
"Memang patut seperti itu. Sesiapa juga akan marah bila anaknya diganggu."
"Kita mahu ambil air sekejap."
Mungkin coklat yang dimakannya manis dan sebaiknya minum air juga.
"Krystal-" Nathan yang sejak tadi duduk bersebelahan sempat menyambut tubuh Krystal yang longlai sebaik saja dia berdiri.
"Argh. Sakit." Kedua-dua tangannya menekan kepalanya yang terlalu menyakitkan.
"Kau kenapa ni?"
"P-panggil abang kita." Dia menyerahkan telefonnya ke udara. Pandangan kabur tidak dapat melihat sesiapa.
"Krystal! Krystal!" Dipanggilnya berkali-kali namun tiada sahutan.
Krystal sudah tidak sedarkan diri.
Mark yang tadi menyambut telefon Krystal lantas mencari nombor Zachary. Di ruang sejarah panggilan terdapat nama yang disimpan 'Abang', Mark berfikiran kalau itu Zachary. Lantas dia membuat panggilan telefon.
"Ini Zacharykah?"
"Ya. Kenapa kau guna telefon Krystal?"
"Krystal pengsan selepas dia mengadu sakit kepala. Dia suruh panggil kau."
"Dia sekarang pengsan?"
"Nampaknya begitu."
"Hantar lokasi kamu sekarang, tunggu aku datang dan buat apa yang patut."
"Baiklah."
Share this novel