11

Fantasy Completed 1384

"Kami sangat berterima kasih tuanku sudi memberikan kami peluang untuk bertemu tuanku."

Zachary serta beberapa rakan sekerja sudahpun mendapat jemputan untuk bertemu dengan Putera Mahkota Avalon sebagai wakil pihak kerajaan yang akan membicarakan soal penambahan kesatria dalam misi mencari pembunuh dan penculik rakyat Avalon.

"Teruskan ke intinya. Menurut orang yang dipercayai, kamu ingin menambah kesatria dalam misi ini."

"Betul, tuanku. Dan semisalnya boleh, mungkin boleh mengkuarantin dulu semua orang dan kesan siapa yang hilang atau keluar dengan sengaja."

"Itu sedikit susah."

"Tuanku, saya ada pandangan yang mungkin boleh diterima." Setelah dipujuk berulang kali oleh Mark, Henry akhirnya setuju untuk datang ke perjumpaan dengan wakil pihak kerajaan.

"Silakan."

"Bagaimana jikalau semua pengguna teleportasi disiasat? Rasionalnya kerana setiap kali penculikan dan pembunuhan tidak diketahui lokasi dan waktu berlaku. Sebarang jejak pembunuhan turut tiada khabar. Besar kemungkinan jikalau pelakunya pengguna teleportasi."

"Zachary McCarlson, bagaimana pendapat kamu?"

"Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Henry."

"Tapi ini termasuk meragukan kamu?"

"Tidak apa. Mungkin ini cara yang lebih cepat."

"Baiklah. Kami akan mempertimbangkan cadangan ini. Ada apa-apa cadangan lagi?"

"Itu saja, tuanku."

"Baiklah. Tolong bagi kami masa sejam untuk berbincang."

"Baik, tuanku."

Mereka yang tidak berkaitan dengan pihak kerajaan meminta diri untuk keluar.
Biarkan mereka berbincang dulu sebelum membuat keputusan.

.....

Setelah mengambil masa untuk bertenang di rumah keluarganya, Krystal akhirnya kembali ke rumah perjodohan adiknya.
Dia ingin mengetahui apa yang berlaku sehingga Tiny Bear dia ada pada Jay.

"Krystal. Henry kata kau tidak ke pejabatnya. Apa yang berlaku?" Seusai melangkah masuk ke rumah, dia ditanya oleh Nathan.

"Ada masalah."

"Masalah apa lagi? Henry buat apa dengan kau?"

"Bukan. Jay ambil Tiny Bear kita, jadi kita tak sampai di tempat Henry tapi ke tempat Jay."

"Tiny Bear itu apa?"

"Itu nama patung beruang kita yang paling kecil. Yang ni." Ditunjukkan patung beruang yang sebesar tapak tangannya.

"Jadi Jay mesti ada buat sesuatu terhadap kau? Dia buat apa?"

"Dia cuba rogol kita." Matanya serta-merta meredup memikirkan perkara yang berlaku pagi tadi.

"Dah melampau ni. Kau sudah lapor pada atok?"

"Sudah."

"Baiklah. Kau makanlah ini, mungkin membantu mengelokkan emosi kau. Pelik pula bila kau tak seceria sebelum ni."
Sebalang gula-gula beraneka perisa diberikan kepada Krystal untuk menenangkan hati Krystal.
Boleh saja Krystal mengalami trauma kakau tidak diperhatikan elok-elok.

"Terima kasih."

"Kau mahu temankan aku menonton televisyen? Atau mungkin kau mahu bersendirian dulu?"

"Kita teman awaklah. Kita risau kita sedih pula kalau bersendirian."

"Baguslah. Aku ingin mengirim sesuatu pada Mark, kau mahu sesuatu?"

"Boleh kirim minuman susu coklat?"

"Boleh. Itu saja?"

"Dengan coklat."

"Baiklah."
Nathan mengetik papan kekunci di telefonnya sebelum membuka televisyen dan mencari saluran dengan drama menarik.

"Hasil dari persetujuan kami semua. Sebanyak 1000 kesatria akan membantu dalam kes ini dan akan dipertimbangkan untuk menambah lebih banyak sekiranya diperlukan. Untuk mengkuarantin penduduk akan ditunda dahulu sehingga keadaan kritikal. Siasatan terhadap pengguna teleportasi turut dilakukan dengan bantuan 10 kesatria bagi setiap kota."

"Bagaimana dengan pengurusan semua ini, tuanku?"

"Encik Zachary dengan rakan-rakan sebelumnya menguruskan kesatria yang akan bertugas sama. Encik Henry pula uruskan mengenai siasatan. Senarai pengguna teleportasi akan kami berikan selewatnya esok. Semua ini akan dilangsungkan pada bulan hadapan. Kami perlu melakukan persediaan dan selama itu kamu buat persediaan apa yang patut."

"Baik, tuanku."

"Sebarang masalah, boleh segera adukan ke pejabat kerajaan atau terus ke pembantu peribadi beta."

"Baik, tuanku."

"Baiklah. Beta berangkat ke istana dahulu."

"Kembali dengan selamat, tuanku."
Semuanya memberikan hormat dengan tangan kanan di dada kiri sambil sedikit menunduk.
Dan yang lainnya kini bersurai.

"Ini semua kau punya angkara. Sebaiknya aku tidak datang ke sini tadi. Lihat, aku sudah harus mengelola mengenai siasatan itu."

"Bukan kau seorang saja, masih boleh dibantu oleh orang lain. Aku juga boleh membantu kau. Jangan marah begitu."

"Tidak pasal-pasal, aku sibuk dengan kerja yang tidak sesuai untuk aku."

"Sudahlah. Sebaiknya kita cepat pulang dan singgah dulu ke kedai. Aku ada berita tidak sedap daripada Nathan."

"Mengenai apa?"

"Mengenai Krystal. Jay buat masalah lagi. Nanti aku cerita dalam perjalanan pulang. Nathan dan Krystal ada mengirim barang."

"Baiklah."

"Tunggu." Seseorang menahan mereka pergi.

"Ada apa Tuan Zachary?" Tanya Henry.

"Kamu berdua salah satu dalam perjodohan perjanjian pengguna teleportasi itu, kan?"

"Ya, macam mana tuan tahu?"

"Aku abang Krystal dan Ruth. Zachary McCarlson, bukankah sudah jelas. Aku selalu mendapat khabar buruk mengenai Jay. Mungkinkah kamu beruda juga seperti dia?"

"Tidak. Kami tidak akan melakukan itu pada calon kakak ipar kami. Jangan risau, kami akan berusaha untuk menghalamg Jay melakukan yang tidak-tidak." Henry cuba menyedapkan hati Zach padahal baru tadi dia mendapat tahu Jay melakukan masalah dengan Krystal.

"Pegang kata-kata itu. Kalau sampai berlaku yang tidak baik, aku akan turun tangan dalam perjodohan perjanjian itu. Dan aku berharap kau tidak ingin menjatuhkan Krystal dengan siasatan pengguna teleportasi. Aku tahu kau tahu Krystal pengguna teleportasi." Zach berasa sangsi dengan pendapat yang Henry berikan tadi.

"Tidak. Aku tidak berniat begitu."

"Baiklah, jikalau itu yang kau katakan. Aku akan biarkan prasangka tadi. Itu saja yang ingin kukatakan."

"Baiklah."

Zach akhirnya berlalu pergi dengan aura yang sedikit dingin. Mungkin dia sungguh merisaukan keadaan Krystal. Apatah lagi tadi dia terpaksa tinggalkan Krystal untuk mengikut pertemuan tadi.

"Tegasnya." Komen Mark.

"Dia pasti marah dengan apa yang berlaku pada Krystal. Mana mungkin dia mahu keluarga dia disakiti."

"Ya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience