40

Fantasy Completed 1384

'HUKK'
'HUKK'

"Kakak!" Panggil Ren yang tersedar dari lenanya mendengar Krystal yang batuk.

"R-Ren."

Darren tangkas mengambilkan segelas air untuk Krystal. Krystal yang dahaga lantas meneguknya.

"Kakak." Ren tak mampu lagi menahan diri untuk tidak memeluk Krystal akibat rindu yang dipendam.

"Ren." Krystal menyandarkan tubuhnya kepada Ren namun dia tidak mampu kembali memluk Ren kerana tangannya yang masih lemah.

"Ren panggilkan doktor dulu. Sekejap tau."

"Ya." Krystal mengangguk kecil.

Ren menunggu doktor melihat keadaan Krystal di luar bilik bersama ahli keluarga yang lain dan pastinya tiada Ruth kerana masih di penjara.

"Sayang. Sedar juga kamu. Lama kami tunggu tau." Ucap mama sambil memeluk erat tubuh Krystal yang lemah.

"Maaf."

"Tak apa. Asalkan kamu betul-betul sihat sekarang. Ada sakit-sakit?"

"Tak ada." Ujarnya sambil menggeleng.

"Baguslah. Sayang, mama mahu tanya sesuatu. Mama harap kamu tak kisah."

"Apa?"

"Sejak bila kamu ada hubungan romantik dengan Putera Terrence?"

"Hubungan romantik?" Riak wajah Krystal menunjukkan dia keliru. "Apa maksud mama?"

"Zach. Tunjukkan gambar tu."

Zach mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan sejumlah gambar yang menunjukkan kemesraan Krystal bersama Terrence.

"Ini betul kamu yang buat?" Tanya mama.

Krystal membisukan diri, dia terlalu terkejut melihat gambar yang baru saja dia lihat. Dia tidak percaya ini.

"Krystal." Panggil mama. Risau pula bila Krystal berdiam diri.

"Mana dapat semua gambar ni?"

"Puteri Gheara. Dia sebarkan gambar-gambar ni di akaun media sosial dia." Jawab Zach dengan jujur.

Krystal meraup kasar wajahnya. Kenapa masalah ini timbul sekarang?

"Kak. Kakak tak apa?"

"Kita tak mahu cakap pasal ni. Kita mahu berehat. Jangan kacau kita." Krystal menghempaskan tubuhnya lalu menyelimuti seluruh tubuhnya dengan kepala sekali.

Terdengar yang lain menghelakan nafas. Namun begitu, mereka tetap membiarkan Krystal dahulu, biarlah Krystal berehat dulu dan mungkin juga sedang berada dalam emosi yang tidak stabil.

~~~~~

"Puteri Gheara."

Keterujaan terpapar di wajah Puteri Gheara apabila Krystal dapat menemuinya.

"Awak. Apa khabar?"

"Baik, tuan puteri."

"Saya mahu lawat awak semasa awak di hospital tapi keluarga awak larang. Saya gembira awak datang sini."

"Tuan puteri, saya mahu bertanyakan soal apa yang tuan puteri lakukan sekarang."

"Saya buat apa?"

"Kenapa tuan puteri sebarkan gambar-gambar lama tu? Tuan puteri sendiri tahu saya dan Putera Terrence sudah tidak memiliki apa-apa hubungan."

"Itu~~. Saya sengaja, biar semua orang tahu awak dengan kanda saya pernah ada hubungan sebagai kekasih dan terpaksa putus sebab ayahanda kami."

"Tuan puteri, perkara sudah lama. Tidak perlu diungkit lagi."

"Tapi saya mahu ayahanda buang sumpahan awak tu dan terus bersama kanda saya. Saya tahu awak masih cintakan kanda saya dan kanda saya pun macam tu."

"Tuan puteri-"

"Diam! Saya tak habis cakap lagi. Lepas tu, ayahanda kami salah bila paksa awak dan kanda berpisah dengan cara bagi sumpahan Avalon tu. Dan untuk pengetahuan awak, kanda saya sakit dan terlantar di atas katil hampir dua tahun lepas awak habis belajar di sekolah pertahanan sebab dia tak rela lepaskan awak."

Tanpa tahu mengapa, mata Krystal seakan dimasuki debu membuat matanya berair memandang Gheara. Dia turut cuba menahan perasaannya apabila mereka kini menjadi pusat perhatian kerana sejak tadi Gheara mengucapkan perkataan tadi dengan lantang.

"Tuan-"

"Belum habis di situ. Disebabkan perbuatan ayahanda, kanda pilih untuk pergi dari Avalon. Dia tak mahu berada di sini sebab dia akan rindukan awak dan mahu mengelak daripada ayahanda. Dia mahu kembali ke sini hanya sebab ayahanda membenarkan dia berkerjasama dengan awak, Blood Knight." Gheara pula yang menangis sekarang. Nampaknya dia sungguh sedih bila membicarakan soal hubungan Terrence dan Krystal sebelum ini.

"Tuan puteri. Saya tak mahu kenang hal lama. Keadaan sudah begini, tak perlulah diubah apa-apa."

"Awak mahu berpindah hati daripada kanda saya, kah?"

"Sudah seharusnya begitu. Kami takkan bersama lagi."

"Boleh! Awak boleh bersama kanda lagi. Ayahanda akan buang sumpahan tu kalau awak sanggup. Tolonglah, sanggup. Saya mahu awak dengan kanda saya semula."

"Tapi-"

"Janganlah ada tapi-tapi. Saya sudah pastikan ayahanda tunaikan ucapan dia untuk hilangkan sumpahan tu. Orang ramai pun setuju kalau awak masih dengan kanda saya. Tolonglah, awak."

"Tuan puteri."

Gheara menggunakan jurus terkuatnya iaitu berlutut di depan Krystal, dia tak malu untuk berbuat begitu di hadapan khalayak ramai asalkan Krystal sudi menerima cadangannya.

"Tuan puteri, tolong jangan berlutut. Saya tak boleh berlutut pada tuan puteri. Tolong berdiri."

"Saya tahu awak tak boleh berlutut sebab perjanjian kanda saya. Jadi, awak tak mahu dengan kanda saya, saya tak mahu berdiri."

"Bangunlah tuan puteri." Krystal mencuba menarik tubuh Gheara untuk berdiri namun mengapa susah sungguh?

"Krystal McCarlson." Namanya diseru oleh seseorang yang dikenal.

Krystal memandang Putera Jade bersama Puteri Aleen mendekati mereka.

"Putera Jade. Tolong. Puteri Gheara tak mahu berdiri."

"Kami berdua datang untuk memujuk kamu untuk kembali menerima Terrence. Melihat Terrence begitu, nampaknya dia sudah cinta mati dengan kamu."

"Putera Jade, jangan bergurau begini."

"Beta tidak bergurau. Kami sekeluarga nampak bagaimana Terrence layan kamu yang sama seperti sebelum ini. Padahal sudah 6 tahun berlalu."

Krystal melilaukan matanya melihat ke sekeliling mengimbau masa lalunya di mana benarlah ucapan Jade yang mengatakan layanan Terrence sama sepeti dahulu.

"Krystal. Terimalah Terrence semula, kami akan sokong kamu walau apapun yang terjadi. Bonda dan ayahanda kami pun begitu." Pujuk Aleen pula.

"Dengar tu, awak. Kami semua mahu awak dengan kanda." Pujuk Gheara sekali lagi.

Krystal menghela perlahan nafasnya. Fikiran bercelaru dengan apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience