32

Fantasy Completed 1384

Sesak!
Mereka ditempatkan di tempat yang tidak sesuai untuk ratusan ribu orang muatannya. Terpaksa mereka berhimpit hanya untuk duduk.

"Ghea. Perbesarkan lagi ruangan ini. Ini terlalu sempit." Kata Terrence setelah melihat kesesakan yang ada dan nasib menyebelahi mereka apabila ruangan bawah tanah ini boleh diatur kebesarannya dan itu semua dikawal oleh Gheara.

Saat demi saat, perlahan-lahan ruangan itu menjadi lebih besar.

"Apa perkembangan dari kota yang lain? Mereka berjaya berpindah?"

"Timur-1 tak lama lagi untuk selesai bila bonda sudah turun tangan. Selebihnya sudah dalam keadaan baik dan mereka cuma berlaku kecederaan."

"Baguslah. Kau teruskan bertanya perkembangan mereka dan beritahu perkembangan kita juga."

"Baik, kanda."

"Blood, macam mana dengan rise kau?"

"Saya cuma kehilangan separuh dari rise saya."

"Kau pergi berehat untuk tambahkan rise kau. Kita tak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang. Sebaiknya kau tidur, kau akan berjaga malam ni"

"Baik, Tuanku."

Blood Knight mengundurkan diri lalu pergi ke tempat berehat kesatria yang sudah disediakan, walau begitu, kawasan tersebut masih terlihat oleh rakyat yang lain, hanya kawasan saja yang berbeza. Dia lantas duduk dan menyandar di dinding, tiada istilah selesa di sini bahkan anak raja saja hanya mempunyai alas dan bantal untuk tempat mereka tidur apa lagi hanya seorang kesatria.

.....

"Macam mana dengan penyerangan tadi di Utara-1?"

"Di sana ada Blood Knight dengan Putera Terrence, mana mungkin kita berjaya menculik banyak orang, bahkan membunuh saja susah."

"Di kota lain?"

"Sedikit juga kerana raja dan ratu turut turun tangan."

"Lalu apa yang berlaku?"

"Mereka ke ruangan bawah tanah."

"Ada yang berjaya menyelusup?"

"Sudah tentu ada, yang pastinya pengguna teleportasi."

"Kalau begitu, kita kumpulkan apa yang patut sebelum menyerang lagi."

"Sudah tentu. Yang pasti kita perlu menyerang Utara-1 dahulu, kita tak boleh biarkan Blood Knight trrus mengganggu rancangan kita."

"Baiklah, kita buat rancangan matang untuk menghadapi Blood Knight."

~~~~~

"Kanda, bangun. Hari sudah siang." Ghea membangunkan abangnya dari lena. Dia faham abangnya penat namun pagi sudah menjelang dan tidak lama lagi masa untuk bersarapan.

"Kenapa ni?"

"Tidak lama lagi untuk bersarapan. Bangunlah."

"Suruh saja Blood bantu aku simpan."

"Tak elok lewatkan sarapan. Bangun."

"Aku masih penat. Kau pergilah sarapan dengan Blood."

"Kanda."

"Tuan puteri. Sebaiknya biarkan Putera Terrence untuk sementara. Nanti saya uruskan apa yang patut."

"Blood, awak jangan manjakan kanda saya ni. Nanti dia malas bangun, macam mana?"

"Saya tidak rasa tuanku akan begitu. Apa sebaiknya saya sediakan sarapan untuk tuan puteri juga?"

"Tak perlu. Saya boleh pergi ambil sendiri."

"Baiklah, tuanku."

Blood yang sudahpun bersarapan kini menyediakan makanan untuk Terrence yang masih tertidur. Nampaknya Terrence banyak menggunakan rise sehingga dia memerlukan lebih banyak rehat.

"Blood Knight, awak memang sediakan sarapan untuk kanda, kah?"

"Tidak. Kadang-kadang saja. Lagipula tuanku jarang makan dalam bilik."

"Oh. Rise awak macam mana? Sudah pulih?"

"Tidak sepenuhnya pulih tapi setidaknya lebih banyak berbanding sebelumnya."

"Awak boleh ambil rise saya kalau macam tu."

"Tak perlu, tuanku. Buat masa sekarang kita semua perlu jimat rise. Simpan saja rise tuanku."

"Tapi kalau awak memang perlu rise, jangan segan minta saya ya."

"Baiklah." Pandangan Blood teralih seketika bila melihat Terrence yang sepertinya sudah bangun. "Nampaknya tuanku sudah bangun. Saya pergi tengokkan dulu."

"Baiklah."

Blood lantas menuju ke arah Terrence yang sedang bangkit dari tidur. Dia menghadap Terrence sambil sebelah kakinya berlutut.

"Tuanku sudah bangun?"

"Erm."

"Tuanku mahu bersihkan muka dengan mandi sekali?"

"Ya."

"Baik." Blood segera menyediakan baju ganti dan apa yang diperlukan oleh Terrence.

"Blood." Ujar Terrence sambil memicit pangkal hidungnya.

"Ya, tuanku."

"Sini." Dia mahu Blood mendekat dengannya.

"Tuanku, sakit kepala? Tuanku tak cukup tidurkah?"

"Ya."

"Kenapa tak panggil saya?"

"Kau bertugas, tak elok kalau aku kacau." Dia mengeluh lembut sebelum kembali ke pembaringan. "Bagi aku rehat sekejap. Sini tangan kau." Terrence menggunakan tangan Blood untuk meredakan sakit kepalanya. Sebelumnya pernah dia buat juga dan dia sedikit membaik, mungkin dikeranakan Blood boleh membawa ketenangan kepada dia. "Sekarang sudah lebih membaik. Aku pergi mandi dulu."

"Baik, tuanku." Melihat Terrence pergi, dia mengemaskan tempat tidur Terrence yang kecil ini. Dia sedikit risau Terrence sakit kepala berpunca dari ketidakselesaan untuk tidur di tempat terbuka seperti ini.

.....

"Tuanku, ini sarapan hari ini. Ubat juga saya sudah sediakan kalau kepala tuanku masih sakit."

"Ya. Ada apa-apa perkembangan dari kota lain?"

"Semuanya masih stabil. Tiada tanda-tanda penyerangan."

"Kau ada pergi berjumpa keluarga kau?"

"Belum lagi. Nanti selepas saya pastikan keadaan, saya akan berjumpa mereka."

"Jangan terlalu lama. Nanti mereka risau tak nampak kau di kerumunan orang."

"Baik."

"Ghea mana?"

"Tuan puteri sedang berkomunikasi dengan tuanku ratu. Mungkin risau dengan keadaan baginda."

"Kau sudah siapkan penggiliran kerja untuk kesatria dan orang dapur?"

"Sudah dan mereka berlapang dada untuk terima penjadualan yang ada."

"Baguslah." Sayu wajah Terrence kelihatan di mata Blood. Adakah Terrence mempunyai masalah lain?

"Tuanku. Tuanku masih sakit kepala?"

"Sedikit."

"Tuanku, boleh saya pegang dahi tuanku?" Sengaja dia meminta begitu kerana teringat sebentar tadi yang tangan Terrence sepertinya sedikit lebih hangat berbanding sebelum ini.

"Ya." Tangannya tidak segan lagi untuk menyentuh dahi Terrence setelah mendapat izin.

"Tuanku demam ni. Sebaiknya tuanku kembali berehat."

"Terukkah demam aku?"

"Tidak begitu teruk. Selepas makan ubat, pasti akan cepat sembuh."

"Yalah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience