Peperangan sudahpun berlalu dan keadaan semakin aman tenteram, namun kadang berlaku konflik di dalam bahkan luar negara yang mampu menggugat keamanan negara. Bertahun berlalu, muncullah pahlawan wanita bertopeng yang bergelar 'Blood Knight' kerana bakatnya yang dikagumi oleh keluarga bangsawan bahkan bekerja di bawah arahan keluarga diraja. Namun begitu, setahun setelah kemunculannya dia menghilang entah ke mana. Khabar angin yang buruk bahkan tersebar seperti dia mengkhianat kerajaan sehingga dimusnahkan, juga mengetahui rahsia kerajaan yang tidak orang lain tahu, bahkan pahlawan itu mungkin sudahpun berkahwin sehingga tidak perlu lagi dipekerjakan dan banyak lagi. Maka dengan itu, banyak detektif juga peminat pahlawan itu mencari tahu mengenai keberadaan bahkan identiti sebenarnya. *SLOW UPDATE *Penggunaan bahasa istana yang tidak lengkap
Update 06 December 2024