24

Fantasy Completed 1384

"Sayang. Macam mana ni? Krystal tak bagi langsung khabar dengan kita. Nasib baik dia masih mahu berkomunikasi dengan Zach. Kalau tak, tak tahu apa yang jadi."

"Biarkan saja. Sudah besarkan. Pandailah hidup."

"Dia macam tu sebab Sayang tau. Sayang langsung tak mahu dengar penjelasan dia. Boleh jadi, gambar tu edit saja."

"Dia lari, bermaksud dia takut dan dia memang buat begitu."

"Kenapa Sayang macam ni? Takkan Sayang lupa betapa terjaga diri dia tu. Dia pun tak berani sentuh lelaki sesuka hati kecuali keluarga dia. Sayang sanggup fikir dia berani buat macam tu? Sampai hati Sayang, kan?"

Celoteh isterinya dibiarkan hening. Nanti dijawab, makin panjang pula.

"Sayang ni ego, kenapa? Cakap dengan saya. Apa yang Sayang tak puas hati dengan Krystal?"

"Sudahlah, Lilith. Jangan memperbesar masalah."

"Oh, mula-mula Krystal. Sekarang saya yang awak bawa bergaduh. Baik. Suka hati awaklah." Lilith meninggalkan suaminya dengan kekacauan di jiwanya. Orang ni separuh mati risaukan anak, yang seorang tu pula masih tak mahu menerima hakikat bahawa perbuatannya salah dan terlalu melulu. Bahkan sudah terbukti kalau Krystal tidak melakukan seperti apa yang dituduh papa.

~~~~~

"Hai, Krystal. Lama tak jumpa." Tegur kawan Zach yang turut menghadiri mesyuarat.

"Hai." Jawab Krystal sepatah.

"Kenapa ni? Risau?" Krystal mengangguk laju.

"Kau ni. Mereka takkan buat apa-apa pada kaulah."

"Takut juga."

"Haih, kau ni. Tak apalah, asalkan kau ikut. Kau tak bawa beruang kaukah hari ni?" Tidak pula nampak beruang di tangan mahupun di beg.

"Ada tapi yang kecil saja."

"Baiklah."

Kemunculan yang berhormat kini tiba. Mereka semua berdiri untuk menunduk hormat para kerabat diraja yang hadir.

"Tak perlu basa-basi. Kita terus mulakan perbincangan. Sebelum tu, siapa dua muka baru ni?" Dia perasan pada hari sebelumnya mereka berdua ni tidak bersama mereka.

Zach menyenggol lengan Krystal supaya sedar bahawa salah seorang yang dimaksudkan Putera Terrence tu adalah dia. Krystal lantas berdiri.

"Kita-." Tersasul pula.
"Saya Krystal McCarlson. Pembantu bahagian kewangan pejabat pengurusan di Utara-2."

"Jadi ini yang Encik Zachary cakapkan?"

"Ya, Tuanku." Jawab Zach.

"Baiklah. Yang seorang lagi, sebelah Cik Krystal." Jangan ingat Terrence tak tahu siapa yang baru muncul.

"Saya Charlie Aydiem. Mesyuarat sebelumnya, saya tidak dapat datang atas masalah keluarga."

"Masalah keluarga atau masalah rancangan kamu akan gagal?"

"Apa maksud, Tuanku?"

"Tidak ada apa-apa. Duduklah."

"Baik."

'PRAKK!' Tiba-tiba munculnya panah besar yang mencecah di meja mesyuarat yang tepat di hadapan Krystal. Mereka yang lain sempat tergamam. Namun terlihat jelas Krystal menahan air matanya yang sedang ketakutan, apa lagi dia merasa ada darah mengalir keluar dari lehernya.

"Krystal." Zach mengambil sapu tangannya menahan darah mengalir keluar dari leher Krystal. Tidak lupa untuk menyembuhkan luka Krystal yang sedikit dalam.

Krystal berdiri kasar sambil menghentakkan meja, nampaknya dia marah. Lalu dia teleportkan diri entah ke mana.

"Krystal." Tidak sempat pula ditahan adiknya, bahaya ni kalau Krystal berfikir untuk tangkap orang yang memanah ke arahnya. Al-maklumlah kalau Krystal marah, memang gila sedikit. "Maaf, Tuanku. Nampaknya dia sedang marah."

"Dia ke mana?"

"Ada dua kemungkinan saja. Mungkin dia pulang, mungkin dia tangkap pemanah tadi."

"Perlu bantuan Blood Knight?" Blood Knight sejak tadi hanya melihat. Dia tidak menghiraukan apa yang terjadi pada Krystal kecuali berkaitan dengan Terrence.

"Sebaiknya jangan. Nanti dia bertambah marah."

"Baik. Mungkin kita boleh tunggu dia sebentar. Kalau-kalau dia tangkap pemanah tadi."

"Baik."

Pelik bukan? Di bilik mesyuarat boleh terdapatnya panah, sudah pasti dikeranakan orang yang meneleportkan panah tadi. Kurang asam betul.

'Bukk' Terdengar sesuatu hentakan pada lantai.
"Lepaskan akulah. Lepas!" Krystal menggenggam semakin kuat rambut panjang perempuan yang memanah dia tadi. Macam mana dia tahu? Sebab dia ada pendengaran yang sensitif jadi senanglah dia kesan di mana kedudukan seseorang yang tidak terlalu jauh.

"Ingat lepas sakitkan kita, boleh lepas senang-senangkah."

"Krystal, jangan genggam kuat sangat." Risau pula Zach, tak pasal-pasal nanti botak kepala perempuan tu sebab Krystal.

"Apa awak pandang-pandang Charlie!?" Tersedar tadi Charlie dan perempuan ni bertatapan mata sedikit lama. "Awak ada kena-mengena dengan dia!?" Tangan beralih menggenggam kolar leher Charlie dengan kasar.

"Krystal, cakap elok-elok. Jangan macam ni." Zach mencuba meleraikan tangan Krystal.

"Tadi mereka pandang-pandang. Takkan mereka tak ada kaitan." Pandang Krystal pada Zach.

"Baik tapi tenangkan diri kau dulu. Jangan marah-marah macam ni."

"Jangan lari!" Boleh pula perempuan tadi mahu lari dengan bantuan kawan teleportasi dia.

"Cukup!." Mata terarah kepada Terrence. Mungkinkah dia sedang marah? "Encik Zachary, kau percaya itu pemanah tadi?"

"Ya."

"Kenapa?"

"Sebab Krystal mustahil tangkap orang yang salah dan saya percaya dia betul."

"Mengenai Charlie?"

"Saya percaya Krystal."

"Zach, apa ni?" Charlie berasa kecewa Zach tidak membantunya.

"Baik. Pengawal, bawa perempuan yang ditangkap dan Charlie Aydiem."

"Tuanku, kenapa saya juga ditangkap? Saya cuma melihat perempuan tadi seperti mana yang lain juga melihat dia."

"Tapi perempuan ni pandang awak macam dia minta tolong pada awak."

"Diamlah, kau. Menyibuk." Kasar pula bahasa Charlie pada Krystal.

Zach pantas menghalang pedang Charlie menyentuh tubuh Krystal, pedang mereka saling bertemu menghasilkan bunyi nyaring.

"Nampaknya kau memang kenal perempuan ni. Jangan melawan kalau kau memang tak ada kaitan dengan perempuan ni."

Charlie akur. Dia tidak mahu memperbesar masalah. Dia pergi bersama pengawal. Di samping itu, Zach melihat lengan dan leher Krystal sama ada memerah atau tidak. Dia perlu segera dihantar ke hospital jika kekurangan rise. Untungnya tidak, mungkin Krystal sejak awal sudah mengambil beruang dia yang selalu dibawa itu.

"Kalau sudah tidak ada masalah, mari mulakan perbincangan." Arah Putera Terrence. Sudah berapa minit lambat akibat tadi.

Krystal mengambil tempatnya kembali.

"Macam mana dengan pemeriksaan setiap kesatria?"

"Semua sudah diperiksa dan hanya menunggu masa untuk dijalankan."

"Lepas ni, bahagikan mereka kepada beberapa waktu kerja dan kawasan kerja. Cik Krystal, kenapa buat muka begitu?" Dari banyak orang, Krystal saja menunjukkan riak seakan senyum palsu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience