"Abang." Sekian lama Krystal mendiamkan diri, akhirnya dia berinisiatif untuk menelefon Zach.
Krystal, kau di mana sekarang?"
"Kita di rumahlah. Mana lagi? Kan tak boleh keluar rumah."
"Makan minum kau macam mana?"
"Semua baik. Kita sudah kumpulkan semua sebelum tak boleh keluar rumah."
"Kau tak mahu pulang ke sinikah? Aku risau kau di luar."
"Tak mahu. Nanti papa marah kita pula."
"Mustahillah dia marah. Dia sudah tahu kebenaran dari apa yang terjadi."
"Tetap tak mahu. Kita masih mahu menyendiri begini."
"Nanti kalau rancangan Putera Terrence berjalan, kau mesti jumpa aku."
"Kenapa? Sudah boleh keluarkah nanti?"
"Nanti kau tahulah tu. Kau jangan mengelak jumpa papa nanti, aku tak mahu kamu berdua begini."
"Tengoklah. Kita masih sakit hati."
"Apapun, kau pergilah berhubung dengan mama dengan adik-adik tu. Mereka selalu menunggu kau."
"Tak mahu. Kita tak berani. Lepas tu, mereka tak ada pun cari kita atau berhubung dulu lepas kita keluar. Abang saja yang ada berdepan dengan kita."
"Masalah terasalah ni? Yalah, kalau itu mahu kau. Asalkan kau tak berhenti berhubung dengan aku. Yang selama ni kau tak berhubung dengan aku kenapa?"
"Kita malaslah ingin berhubung. Bukannya ada benda untuk dibagitahu setakat duduk rumah saja."
"Kalau ya pun, janganlah seminggu lebih tak hubung. Tiga empat hari saja, taklah aku risau jadi apa-apa pada kau."
"Yalah. Nanti kita lebih kerap hubung abang."
"Sekarang kau buat apa?"
"Dalam bilik, kita buat kerja."
"Kerja apa?"
"Urus pasal kewangan kerajaanlah. Kan ada peningkatan kewangan lepas cukai naik, kita perlulah aturkan semua."
"Setiap harikah kau kerja?"
"Tak. Tunggu ketua bagi kerja dulu."
"Yalah, hati-hati bila kau jauh dengan kami."
"Baik, abang."
Sebatas itu saja perbualan mereka namun setidaknya Krystal sudah memberikan khabar. Sejujurnya, Krystal mempunyai masalah dalam pekerjaannya namun mungkin sebaiknya dia tidak memberitahu keluarganya agar mereka tidak terlalu merisaukan dia.
Krystal yang berada di beranda memandang langit biru tanpa secebis awan, merasakan sesuatu yang tidak lengkap jika tiadanya awam yang menghiasi langit. Begitu juga dia yang berada jauh dari keluarganya. Dia sudah tidak memikirkan konfliknya bersama papa bahkan tidak terasa hati terhadap yang lain. Dia cuma ingin mengelak terlalu merindukan mereka sehingga menjejaskan pekerjaan dia yang masih menumpuk di meja kerjanya.
~~~~~
"Zach, kau sudah memeriksa berapa jumlah penduduk di Utara-4?"
"Sudah."
"Kau rasa kita patut kumpul bekalan untuk berapa lama bertahan?"
"Tiga bulan?"
"Bukankah itu terlalu lama?"
"Kita juga tak tahu bila kuarantin ni akan selesai. Dibuatnya nanti kita sediakan untuk sebulan, tiba-tiba berlanjutan sampai dua bulan. Mati kebuluran nanti."
Blood Knight menghampiri mereka berdua yang sepertinya berlaku sedikit percanggahan pendapat, kebetulan pula dia sedang bertugas untuk memantau pekerjaan orang lain.
'Ada apa?' Tanya Blood Knight dengan memberikan nota kecil yang ditulisnya tadi. Sengaja tidak mahu berbicara agar mereka tidak mengenalnya melalui suara.
"Kami sedang berfikir untuk mengumpulkan makanan untuk berapa bulan." Ujar Zach dengan tenang.
'Sediakan untuk sebulan. Rancangan ini hanya berlaku untuk sebulan sahaja.'
"Seriuskah? Kalau tiba-tiba perlukan lebih masa?"
'Terpaksa rancangan dibatalkan. Tiada jalan lain.'
"Baik, Blood Knight. Ada apa-apa lagi yang kami perlu buat?"
'Semua bekalan untuk setiap bahagian sudah tersedia?'
"Ya. Seharusnya cukup untuk semua selama sebulan."
'Hantar bekalan ke pusat kerajaan setiap kota. Pastikan ada yang berjaga.'
"Baik, Blood Knight."
'Itu saja. Saya pergi dulu.'
"Blood Knight. Saya ada pertanyaan kalau-kalau boleh dijawab."
'Silakan.'
"Boleh tahu apa yang akan terjadi selama kuarantin?"
'Sekadar untuk membuat musuh terperangkap.'
"Baik, terima kasih."
'Ya, sama-sama.'
Lantas Blood Knight beranjak pergi dengan berteleportasi ke tempat seterusnya.
"Seram. Naik bulu roma aku."
"Kenapa pula?"
"Entah. Aura dia agaknya yang kuat sangat."
"Pelik-pelik saja kau ni. Aku baik-baik saja berdekatan dia."
"Kau kuat daripada akulah, Zach. Memanglah tak rasa apa-apa. Sudahlah, aku uruskan yang lain. Kau pergi saja memantau."
"Ya."
.....
"Ruth. Abang cakap esok kita perlu berkumpul di Utara-1. Kau sudah berkemas?"
"Sudah."
"Kau jangan bawa banyak sangat barang, sudah bergerak nanti. Lagi-lagi kalau ada kecemasan."
"Ya, tahu."
"Kenapa muka kau begitu? Monyok sangat muka, buruk kau tau."
"Ish, malaslah aku pergi pindah sana. Aku mahu di sini saja."
"Kau ni, ikutkan saja kemahuan kerajaan. Mungkin ni jalan terbaik untuk selesaikan masalah yang ada. Lagipun aku mahu berjumpa dengan kakak secepatnya. Mungkin kakak boleh bersama-sama kita."
"Itu aku mahu juga tapi-. Tak apalah kalau macam tu. Asalkan jumpa kakak."
"Hah, macam tulah bagus. Jom tolong mama kemas rumah. Lama ni kita tinggalkan rumah. Harap tak jadi berantakan pula lepas kita balik."
"Yalah. Jom."
.....
"Tuanku, kami dapati ada pergerakan abnormal di kawasan barat."
"Pergerakan seperti apa?"
"Seakan ada pergerakan sekumpulan orang tetapi tidak kelihatan."
"Sah. Mereka menjadi halimunan."
"Apa tindakan yang perlu kami lakukan?"
"Tetap awasi pergerakan mereka ke mana. Beritahu beta apabila pergerakan mereka terhenti."
"Baik, Tuanku."
"Sudah. Kembali ke posisi."
"Baik, Tuanku Jade."
Share this novel