37

Fantasy Completed 1384

Hari kian berlalu dengan Blood Knight yang sudah sembuh dan juga ketibaan penduduk dari kota lain.

Terrence tersedar Blood Knight seakan termenung membuat dia ingin menyapa. "Kau fikir apa, Blood?"

"Kesudahan kita semua."

"Kau ada firasat buruk?"

"Tidak tapi akan banyak korban termasuk penduduk yang berada di bawah jagaan."

"Itu tidak mustahil." Dia kemudian diam sejenak sebelum berkata lagi "Aku sambung kerja dulu. Apa-apa first, bagitahu aku."

Blood menahan lengan Terrence sebaik saja Terrence melangkah. "Penyerangan mungkin bermula."

"Hah! Sekarang?"

"Ya."

"Mereka dari arah mana?"

"Pelbagai arah."

"Kau serius, kan?"

"Tuanku, kita dikepung. Masih ada musuh dalam selimut. Saya dengar banyak pergerakan dari pelbagai arah."

"Teleport aku jumpa Ghea, kita perlukan kesahihan supaya orang percaya."

"Baik." Mengikut arahan Terrence, mereka berdua menemui Ghea.

"Ghea, ada pergerakan abnormal lagi?"

"Tidak ada, kenapa?"

"Musuh mungkin menyerang."

"Dari mana kanda tahu?"

"Firasat Blood Knight."

"Kanda, itukan cuma firasat."

"Firasat Blood Knight selalu benar."

"Firasat cuma firasat. Belum tentu akan ter-"

'Swishh'
'Swishh'
'Swishh'
Ratusan panah mendatang dalam seketika.

"Aku sudah cakap. Firasat Blood selalu benar. Pergi buat formasi yang sudah dirancang. Blood, kau pergi cari pengkhianat yang masih ada. Nanti aku minta yang lain buatkan zon selamat dan untuk zon penjara."

"Baik, tuanku."

Dengan bilangan orang yang terlalu banyak, Blood perlu lebih banyak masa untuk mencari pengkhianat yang ada. Tidak dinafikan ada segelintir orang bangsawan yang turut menjadi pengkhianat. Perkara ini membuat Blood terfikir mengapa mereka perlu berkhianat bila mereka merupakan seorang bangsawan. Jikalau mereka merupakan rakyat biasa yang mungkin telah dipinggirkan, dia masih boleh terima alasan itu.

"Krystal." Zach lantas memanggil Krystal setelah dia berdekatan dengan mereka.

"Ya?"

"Kau buat apa?"

"Cari pengkhianat."

"Kami tak ada yang boleh dibantukah?"

"Mahu berlawan?"

"Boleh?"

"Boleh tapi perlu berdekatan dengan zon selamat sahaja. Jangan terlalu jauh."

"Baiklah."

"Kita perlu pergi. Masih ada kerja."

"Ya, pergilah."

Zach tidak mahu melihat Krystal yang terbaring seperti sebelum ini. Dia ingin membantu walau hanya sedikit.

Melihat Krystal yang kembali memulakan kerjanya, Zach, Darren dan papa mereka bersedia di barisan paling hadapan zon selamat dan menunggu masa untuk menyerang.

.....

Para bangsawan bahkan keluarga diraja kini turut sama bersatu padu membanteras para penyerang yang tidak tahu habisnya bila.

'Blood.' Seru Terrence setelah lama membiarkan Krystal melakukan pencarian pengkhianat.

"Tuanku." Krystal langsung muncul di hadapannya.

"Ikut mereka menyerang. Jangan aktifkan kekuatan kau sebelum aku suruh."

"Baik, Tuanku."

"Sebelum tu, bagi Tiny Bear kau."

Krystal memberikan patung yang sebesar tapak tangan sahaja kepada Terrence. Patung itu dapat dijadikan sebagai rantai kunci dan mudah dibawa ke mana-mana dan bahkan ada huruf T di rantai patung itu.

Setelah memberikan itu kepada Terrence, Krystal pergi ke tempatnya. Sejak awal, mereka sudah merancang agar Terrence dan Gheara yang mengatur keadaan sepanjang perlawanan agar Blood Knight lebih fokus berlawan musuh berbanding merisaukan keadaan majikannya, Terrence. Gheara yang belum yakin dalam berlawan dengan keadaan bahaya memilih untuk berlindung daripada menyusahkan orang lain.

'AARRGHH'
'AARRGHH'
'AARRGHH'

Teriakan di dalam zon selamat menarik perhatian Blood. Apa yang terjadi di dalam?

'Blood, teleport aku ke sana.' Nampaknya Terrence ingin menyelesaikan sendiri apa yang berlaku di sana. 'Fokus berlawan.' Ujar Terrence lagi.

"Apa yang berlaku?" Tanya Terrence yang sedikit tegas suaranya.

"Tuanku. Ada berbunuh."

"Tuanku." Blood muncul di sebelahnya.

Terrence merasakan sedikit keganjalan pada Blood Knight ini. Dia menurunkan kerah baju Blood sehingga memperlihat dada kiri Blood.

"Kau siapa?" Tanya Terrence. Membuat orang di sekitar mereka kepelikan kerana di mata mereka, sebelah Terrence adalah Blood Knight yang mustahil Terrence lupa.

"Tuanku, saya Blood Knight."

"Kalau mahu memperbodoh, jangan jadi lebih bodoh. Blood ada di luar zon selamat."

'Blood' tersebut lantas berubah riak wajahnya. Dia kemudian menghunuskan pedang ke arah Terrence namun untungnya Blood sentiasa mengaktifkan kekuatan teleportasi untuk Terrence membolehkan pedang itu tembus tanpa mencederakan tubuh Terrence.

Blood yang sebenar kini muncul dengan pedang yang tancap ke jantung Blood yang menyamar. Dia selalu sigap apabila merasakan ada sesuatu yang menembusi tubuh Terrence.

Datar saja wajah Terrence melihat Si Penyamar itu mati di hadapannya. Dia kemudian menarik Blood mendekatinya dan membisikkan sesuatu. 'Hati-hati dengan keadaan sekeliling. Mungkin masih ada penyamar. Aku hampir tertipu dengan bentuk luaran penyamar tu, cuma dia tak ada tanda sumpahan di dada kiri untuk meniru kau.'

"Baik, tuanku."

"Pergi." Sudah masanya Blood kembali melawan musuh yang masih ada.

Terrence kembali memikirkan teriakan yang sebentar tadi. Berbunuh? Siapa yang gila berbunuh di dalam zon selamat ini? Jangan sampai zon selamat dibahagi dua kategori.

"Tuanku." Darren muncul di hadapan Terrence untuk melapor. "Ada pembunuhan berlaku antara keluarga bangsawan."

"Tunjukkan jalan." Arah Terrence.

"Baik, tuanku."

Sesampainya di tempat, Terrence dijamah dengan beberapa mayat yang berlumuran darah.

"Apa yang berlaku?"

"Tuanku. Mereka tidak ingin memberikan sedikit tempat untuk kami." Ujar seorang bangsawan yang berada di bahagian kiri Terrence.

"Mereka sudah mempunyai tempat, mengapa harus meminta lebih tempat? Kami juga perlukan tempat." Ujar Si Bangsawan di kanan Terrence.

"Hanya sebab itu kamu sampai berbunuh seperti ini. Jangan sampai aku suruh Blood bunuh musuh dengan kamu-kamu sekali. Bincang secara baik-baik sekarang."

Wajah mereka sedikit berkerut mendengar kata-kata Terrence, mereka turut sedikit teragak-agak untuk berkata-kata.

"Cepatlah! Apa tunggu lagi." Darah Terrence mendadak naik melihat mereka seperti itu. 'Blood.' Dia memanggil Blood untuk menakutkan mereka.

'Blood.'
'Blood.'
'Blood.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience